Posts

Showing posts from October, 2012

Keluhan hati Mike Tyson ......

Image
Tan Sri Haji Muhammad Taib bersama anaknya Azri (11 tahun) dan Arif (14 tahun) Semasa perjumpaan ibu bapa dan guru semalam, sempat saya bertanya Tan Sri Haji Muhammad Taib (TSHMT) mantan Menteri Besar Selangor tentang isu-isu politik semasa.  Demikianlah wawancara tidak rasmi saya. Saya : Apa perkembangan Tan Sri  ? TSHMT :  Macam nilah...., sejak bersara dari politik, saya buka kilang di Nilai. Saya : Tan Sri tak mahu aktif dalam politik lagi ? TSHMT : Tak payahlah...., dahlah tu..., saya dah 40 tahun bergelumang dalam politik. Cukuplah..., bagilah orang lain pulak. Saya : Apa pandangan  Tan Sri dengan perkembangan politik di Selangor. TSHMT : Susah...., susah BN nak menang. Sesama mereka 'bergasak'.... Saya : Apa pula pandangan Tan Sri dengan politik di Negeri Sembilan ? TSHMT : Sama juga macam di Selangor, silap-silap boleh 'bungkus'. Saya : Kenapa pula ? TSHMT : Yalah...., masing-masing ada klik. Klik Mat Hasan, klik Rais Yatim, klik Isa Sa

Bersegera memohon keampunan Allah

Image
  Tafsir Al-Quran Surah Ali Imran : 133-136 “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa (133) (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada masa senang susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan mereka yang melakukan kesalahan kepadanya. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang melakukan kebaikan (134)  Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya) (135) Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik (balasan) bagi orang yang beram

“Menanti di pintu Baqi’…” : Masalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf

Image
Episod 9 : Masaalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf “Ustaz…, semasa tawaf boleh tak saya pegang tangan isteri  ?”, tanya Dato’ Hashim . Matanya meleret memandang Datin Hasnah. Sayangnya pada Datin Hasnah tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Sungguh mendalam.  Hanya kematian yang dapat memisahkan mereka berdua. Sakit pening dan susah derita yang dilalui sepanjang hidup, Datin Hasnahlah yang banyak membantu. Tanpa Datin Hasnah siapalah Dato’ Hashim.    Sebab itu Dato’ Hashim berazam untuk menjaga Datin Hasnah sebaik yang mungkin ketika menunaikan Haji nanti. “Boleh…, tapi kenalah berlapik”, jawab Ust Haji Abdullah. “Kalau tersentuh juga tangan isteri….?”, Dato’ Hashim terus mengasak. “Tidak batal…., kerana dalam keadaan musyaqqah (kepayahan)tidak batal wuduk jika   tersentuh tangan isteri atau mana-mana perempuan yang bukan mahram asalkan tidak timbul syahwat. Ini pendapat mazhab Syafie yang marjuh”, jelas Ust Haji Abdullah. “Jadi tidak perlu

Berkat doa ibu … , suami isteri terpilih ke tanah suci

Image
Senyum gembira menjadi tetamu Allah  Saya ingin berkongsi kisah…, kisah yang menjadi teladan untuk kita semua.  Saya mula mengenali keluarga ini sejak lima bulan yang lalu. Ia bermula apabila Pn Salipah Yunus (usia 80 an) menerima surat tawaran mengerjakan Haji awal tahun ini.  Oleh kerana beliau kategori warga emas, anaknya Noraziah Yunus (usia 50 an) merayu kepada Tabung Haji supaya dibenarkan mengiringi ibunya ke sana. Sementelahan pula Pn Salipah mengidap pelbagai penyakit. Alhamdulillah…, rayuannya diterima dan beliau mendapat tempat untuk ke tanah suci. Dalam masa yang sama En Hashim Yusuf (usia 60 an) suami kepada Pn Noraziah Yunus  juga teringin untuk ke tanah suci. Lalu beliau membuat suarat rayuan kepada Tabung Haji.., supaya dapat mengiringi ibu mertua dan isterinya ke Mekah. Laungan azan dikumandangkan  Hari demi hari berlalu tanpa sebarang jawapan daripada Tabung Haji. Mereka sekeluarga berdoa….., tidak putus- putus berdoa…apatah lag