“Menanti di pintu Baqi’…” : Masalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf
Episod 9 : Masaalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf
“Ustaz…, semasa tawaf boleh tak saya pegang tangan isteri ?”, tanya Dato’ Hashim . Matanya meleret
memandang Datin Hasnah.
Sayangnya pada Datin Hasnah tidak dapat diucapkan dengan
kata-kata. Sungguh mendalam. Hanya
kematian yang dapat memisahkan mereka berdua. Sakit pening dan susah derita
yang dilalui sepanjang hidup, Datin Hasnahlah yang banyak membantu. Tanpa Datin
Hasnah siapalah Dato’ Hashim.
Sebab itu Dato’ Hashim berazam untuk menjaga Datin Hasnah
sebaik yang mungkin ketika menunaikan Haji nanti.
“Boleh…, tapi kenalah berlapik”, jawab Ust Haji Abdullah.
“Kalau tersentuh juga tangan isteri….?”, Dato’ Hashim terus
mengasak.
“Tidak batal…., kerana dalam keadaan musyaqqah
(kepayahan)tidak batal wuduk jika tersentuh tangan isteri atau mana-mana
perempuan yang bukan mahram asalkan tidak timbul syahwat. Ini pendapat mazhab
Syafie yang marjuh”, jelas Ust Haji Abdullah.
“Jadi tidak perlu saya ambil air sembahyang semula ?”, tanya Dato’
Hashim yang mahu kepastian.
“Tidak perlu”, jawab Ust Haji Abdullah sepatah.
“Kalau isteri saya terlepas dari pegangan saya …..?”, tanya
Dato’ Hashim lagi.
Dia sedar dalam suasana yang berasak-asak semasa tawaf,
mungkin dia atau isterinya akan dirempuh
menyebabkan mereka terpisah. Hal
ini sangat dibimbangi oleh Dato’ Hashim.
“Begini…,” Ust Haji Abdullah menghirup air kopi yang semakin sejuk
sebelum menyambung penjelasan.
“Sebaik-baiknya semasa tawaf, biarlah isteri berada di
belakang kita. Jika dia berada di sebelah kanan atau kiri, risiko untuk
dirempuh atau di tolak ke depan adalah besar, menyebabkan masing-masing akan
teripsah.
Sebaliknya jika isteri berada di belakang, jika di tolak ke depan
atau di rempuh sekali pun, isteri tidak akan ke mana, dia tetap berada di
belakang kita”.
Dato Hashim mengangguk, hatinya puas mendengar jawapan yang diberikan oleh Ust
Haji Abdullah.
Tidak rugi dia menjemput Ustaz yang berepngalaman ini datang ke rumahnya pada hari itu.
Tidak rugi dia menjemput Ustaz yang berepngalaman ini datang ke rumahnya pada hari itu.
Bersambung…..
Comments
Post a Comment