Apabila pemimpin bertopengkan agama
Daripada
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah
saw. bersabda;
يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكْلَةُ
إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةِ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ صَلَّى
اللهُ عليهِ وسلمَ بَلْ أنتم يومئذ كثير ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ
السَّيْلِ وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ من صدوررِ عَدُوِّكُمُ المهابةَ منكم وَلْيَقْذِفَنَّ
فِى قُلُوبكم الوَهْنَ . قال قائل : يا رسول الله وما الوهنُ ؟ قال حب الدنيا وكراهِيَةُ
الموتِ
Maksudnya : "Hampir tiba suatu masa di
mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak mengerumuni makanan dalam talam hidangan mereka".
Maka seorang sahabat bertanya "Apakah kerana jumlah kami sedikit pada hari
itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu ramai sekali,
tetapi kamu umpama lautan buih dibawa arus air. Allah SWT akan mencabut perasaan
gerun dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya
Rasulullah?" Nabi Muhammad saw kita menjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati". (HR Abu Daud)
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi saw menjelaskan
di akhir zaman umat Islam akan dilanyak, ditindas, diinjak-injak, disakiti,
dibunuh oleh orang-orang kafir. Menurut
perangkaan Jewish Agency, jumlah orang
Yahudi yang terdapat dalam dunia hari ini ialah
seramai 13.2 juta. Manakala jumlah umat Islam menurut Wikipedia pula
ialah seramai 1.84 billion. Berdasarkan angka tersebut nisbah orang yahudi dan
orang Islam ialah 1 Yahudi : 1400 orang Islam. Walaupun jumlah orang Islam ramai, tetapi itu
tidak menggerunkan hati hati musuh untuk bersatu dan melumpuhkan kekuatan umat
Islam.
Kenapa
hal ini berlaku ? Seperti yang djelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadith tadi,
ada dua sebab kenapa umat Islam menjadi lemah bagikan buih yang dibawa arus
air. Pertama kerana cintakan dunia dan yang kedua ialah kerana sifat bencikan mati.
Umat
Islam hari ini terlalu cintakan dunia sehingga ada dikalangan mereka terlibat
dengan gejala rasuah, pecah amanah, khianat, menipu, skim cepat kaya, sibuk
bekerja sehingga tidak ingat kepada tuntutan agama dan asyik dengan kemewahan
yang dimiliki.
Ini
disebut oleh Rasulullah saw dalam hadisnya,
إِقْتَرَبَتِ
السَّاعَةُ وَلَا يَزْدَادُ النَّاسُ عَلَى الدُّنْيَا إِلَّا حِرْصًا وَلَا يَزْدَادُوْنَ
مِنَ اللهِ إِلَّا بُعْدًا
Maksudnya : Jika hari Qiamat hampir terjadi, tidak bertambah
manusia melainkan loba (rakus akan harta benda) dan mereka tidak bertambah
dekat dengan Allah kecuali bertambah jauh daripada ajaran agamanya. ( HR
Thabrani)
Selain
itu, oleh kerana terlalu cintakan dunia membawa kepada kelekaan yang
berterusan. Umat Islam leka dengan produk-produk yang dihidangkan oleh
orang-orang kafir seperti facebook, twitter, youtube dan pelbagai lagi. Babak-babak yang tidak sepatutnya
ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh
sesiapa saja.
Kuliah-kuliah
ilmu kurang dihadiri, ulama-ulama yang berwibawa semakin berkurangan, manakala
ulama-ulama yang sedia ada disekat untuk menyampaikan kebenaran. Ini membawa
kepada kejahilan terhadap masyarakat serta kejelikan akhlak.
Institusi
kekeluargaan pula longgar, anak-anak terbiar, adik beradik bergaduh sesama
sendiri dan jiran-jiran tidak bermuafakat. Manakala pendedahan aurat, judi,
zina, minuman arak, pelacuran dan pelbagai lagi kemungkaran dilakukan
terang-terangan. Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ
مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَرْفَعَ الْعِلْمَ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيَشْرَبَ
الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاءَ وَيَقِلَّ الرِّجَالَ حَتَّى
يَكُوْنَ الْخَمْسِيْنَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ
Maksudnya : Di antara sebahagian tanda-tanda dekatnya hari Qiamat
adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar,
meluasnya penzinaan secara terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya
lelaki sehingga (nisbah) lima puluh wanita satu lelaki. (HR Bukhari)
Hal ini bertambah parah apabila umat
Islam dipimpin oleh manusia yang bertopengkan Islam tanpa ada usaha untuk
mendaulatkan syariat Allah SWT. Pemimpin-pemimpin
ini menyeru rakyat bersatu padu, tetapi laungan itu hanyalah sekadar ntuk
kepentingan peribadi mereka sahaja. Hakikat yang sebenar mereka mengajak rakyat supaya bersatu menyokong
mereka untuk terus kekal menjadi pemimpin.
Justeru
segala rasuah dan wayang politik, kata-kata agama dimainkan agar rakyat
terpesona lalu terus mengekalkan mereka sebagai penguasa dan pemerintah. Mereka
mengajak rakyat supaya memajukan negara dan bangsa, namun hakikatnya mereka
hanya memajukan diri sendiri dan keluarganya terlebih dahulu.
Rasulullah
saw mengingatkan,
يَخْرُجُ
فِى أَخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتَلَوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّيْنِ يَلْبَسُوْنَ
لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللَّيْنِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ
وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الِّذئَابِ
Maksudnya :
Akan tiba di Akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dunia dengan
memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari
bulu domba yang halus, lidah mereka lebih manis daripada gula, sedang hati
mereka laksana hati serigala. ( HR Tirmidzi)
Rasulullah
saw melarang umatnya supaya membantu atau menyokong pemimpin seperti ini. Sabda
baginda saw,
سَتَكُوْنُ
مِنْ بَعْدِىْ أُمَرَاءُ يَكْذِبُوْنَ وَيَظْلِمُوْنَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِيْهِمْ
وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّى وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَمْ يَزِدْ عَلَى
الْحَوْضِ
Maksudnya :
Akan tiba di akhir zaman setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan
berbuat zalim. Maka barangsiapa yang
membenarkan kedustaan mereka dan membantu tindakan mereka yang zalim itu, maka
ia buka termasuk umatku dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai ke telaga (yang ada di syurga). (HR Tirmidzi, Nasaei dan Hakim)
Tentera-
tentera yang sepatutnya mempertahankan rakyat dan negara daripada musuh bertindak
kejam membunuh rakyat sesuka hati kerana patuh kepada arahan pemimpin yang
tamakkan kuasa. Hal ini juga disebut oleh Rasulullah saw,
سَيَكُوْنُ
فِى أَخِرِ الزَّمَانِ شُرْطَةٌ يَغْدُوْنَ فِى غَضَبِ اللهِ وَيَرُوْحُوْنَ فِى سُخْطِ
اللهِ
فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُوْنَ مِنْ بَطَانَتِهِمْ
Maksudnya :
Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera berpagi-pagi dalam kemurkaan
Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh itu berwaspadalah kamu
semua, jangan sampai kamu dijadikan perisai buat mereka. (HR Thabrani)
Berbeza
dengan umat Islam terdahulu yang sangat cintakan akhirat. Bermula dengan pemimpin
mereka yang hidup dengan kesedrhanaan. Ambil contoh sifat Rasulullah saw sebagai
pemimpin agung seperti yang diceritakan oleh Saidina Omar,
"Aku
pernah minta izin untuk bertemu Rasulullah saw. Aku mendapati baginda sedang
berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebahagian tubuh baginda berada di
atas tanah. Baginda hanya berbantalkan pelepah kurma yang keras. Aku ucapkan
salam lantas duduk di sisinya. Aku menangis di depannya. Melihat tangisanku
maka Rasulullah saw bertanya, "Mengapakah engkau menangis, wahai Umar
bin al- Khattab?" Jawabku, "Bagaimana aku tidak menangis. Tikar ini
telah menimbulkan bekas pada tubuhmu. Engkau ini Nabi Allah, kekasihNya. Ini
sahaja kekayaan yang ada padamu seperti yang aku lihat ini. . Padahal di sana,
Kisra dan Kaisar duduk di atas katil emas, berbantalkan sutera." Nabi saw
menjawab, , "Mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang; kesenangan
itu akan segera berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita
untuk hari akhirat. Perumpamaanku dengan dunia seperti seorang yang bermusafir
pada musim panas. Ia berteduh sejenak di bawah sebatang pokok, kemudian
berangkat dan meninggalkannya." (Hayat al-Sahabah ).
Demikian juga Saidina Omar bin al-Khattab
ketika menjadi khalifah, beliau pernah berusaha meminjam duit dari Baitul Mal
untuk membeli baju anaknya. Ketika
sampai di pejabat Baitul Mal, pegawai bendahara yang menjaga Baitul Mal tidak ada,
lalu Khalifah Umar bin al-Khattab meninggalkan sepucuk surat kepada pegawai
ini,
"Kepada
pegawai perbendaharaan Baitulmal yang terhormat, saya memohon pinjaman sebanyak
empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari
Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Apabila
pegawai Bendahara membaca surat Umar, lalu dia membalas,
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin
Khattab,"Telah saya baca surat tuan tentang permohonan pinjaman dari wang
Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani mengatakan bahawa
diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan ini sehingga aku dapat menuntut
hutang dari Tuan? Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir,
apakah Tuan mampu bertanggungjawab di hadapan Allah? Wasalam."
Khalifah
Umar bin Abdul Aziz salah seorang pemerintah di zaman Bani Umaiyah, semasa menjadi
Gabenor Madinah dan ketika menjawat jawatan Khalifah, hartanya adalah sama,
sedikit pun tidak bertambah. Kehidupannya sama seperti rakyat biasa. Harta yang
ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala
perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas
alasan ia adalah harta rakyat.
Tentera
Islam dahulu begitu kuat, bukan sahaja kuat dari sudut persenjataan namun kuat
rohani dan jiwa. Salahuddin Al-Ayubi seorang panglima tentera yang mengetuai
tentera muslimin dalam peperangan Salib, Beliau hanya memilih tenteranya yang
kuat mengerjakan Qiamullail untuk ke medan perang kerana dia tahu hanya mereka
yang kuat ‘untuk bangun malam mengerjakan tahajud’ sahaja yang memiliki kekuatan untuk bertempur
dengan musuh di medan perang. Hasilnya, tentera Islam menang dalam setiap
peperangan dengan tentera musuh.
Penyakit kedua yang dihadapi oleh umat Islam
akhir zaman ialah takutkan kematian. Takut mati di sini maksudnya leka dengan
kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk akhirat dan tidak ada
perasaan untuk berkorban dalam memperjuangkan agarna Allah SWT. Mereka
takut mati kerana memikirkan dosa yang mereka lakukan terlalu banyak,
sebaliknya amalan pahala pula kurang.
Berbanding
umat Islam generasi pertama dahulu yang cintakan mati kerana dapat
bertemu dengan Allah SWT dengan segera. Justeru
bila ada panggilan jihad, mereka bergabung tenaga memerangi musuh Islam tanpa
rasa gentar kepada kematian.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment