Tazkirah : Larangan membunuh diri
Pelbagai sebab orang membunuh diri. Ada disebabkan cinta tidak kesampaian, hutang keliling pinggang, tidak lulus periksa, gagal dalam perniagaan dan bermacam lagi.
Hakikatnya perbuatan membunuh diri adalah termasuk dosa besar yang mengakibatkan si pelakukanya menerima azab yang pedih di neraka kelak.
Hakikatnya perbuatan membunuh diri adalah termasuk dosa besar yang mengakibatkan si pelakukanya menerima azab yang pedih di neraka kelak.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم الَّذِيْ يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِى
النَّارِ وَالَّذِيْ يَطْنُعُهَا يَطْنُعُهَا فِى النَّارِ
Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : Barangsiapa yang membunuh diri dengan mencekik lehernya maka dia akan mencekek lehernya pula di neraka. Dan barangsiapa yang menikam dirinya maka dia akan menikam dirinya pula di neraka kelak.” ( HR Bukhari)
Sebuah
lagi hadis, daripada Thabit bin Dhohak r.a, Rasulullah saw bersabda :
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di
dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR Bukhari
dan Muslim)
Daripada
Jundub bin Abdillah r.a, katanya Nabi S.A.W. bersabda:
كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ
رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا
رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي عَبْدِي
بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki
yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung
kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah
tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku
kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (HR Bukhari
dan Muslim)
Huraian hadis
Hadis
ini menjelaskan perbuatan membunuh diri adalah termasuk
salah satu daripada dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Tetapi itu tidaklah bermaksud perbuatan ini menyebabkan
seseorang itu murtad melainkan jika dia menghalalkan perbuatan tersebut.
Dalilnya Rasulullah saw tidak melarang para
sahabat menyembahyangkan jenazah oorang yang membunuh diri walaupun baginda
sendiri tidak mahu menyembahyangkannya.
Daripada
Jabir bin Samurah r.a katanya:
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ
عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi saw jenazah seorang lelaki yang
membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.”
(HR Muslim)
Dalil
ini merupakan pertunjuk kepada para ulama dan mereka yang dipandang mulia dalam
masyarakat agar tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati bunuh diri sebagai
mengikuti perbuatan Nabi saw, juga sebagai pengajaran kepada orang lain.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment