Pensyariatan umrah
Umrah ertinya mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bila bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat syaratnya. Hukum mengerjakan umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap muslim yang mukallaf, jika mereka berkemampuan. Dalil pensyariatan umrah sebagaimana firman Allah SWT, Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT. (Al-Baqarah : 196) Mengerjakan umrah berulang kali adalah hukumnya adalah sunat. Sabda Rasulullah SAW, العمرةُ إلى العمرةِ كفَّارَةٌ لمَا بينَهمَا ، والحجُّ المبرورُ ليسَ لهُ جزاءٌ إلا الجنَّةُ Maksudnya : “Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa di antara keduanya dan Haji yang mabrur tiada balasannya melainkan syurga”. ( HR Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah SAW lagi, تَابِعُوا بين الحجِّ والعمرةِ ، فإنَّهما ينفيانِ الفقرَ والذنوبَ ، كما يَنفي الكيرُ خَبَثَ الحديدِ والذهبِ والفضةِ Maksudnya : “ Iringilah ibadah haji dengan memperbanyakkan ibadah umra