KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !
Berbeza dengan Malaysia, di Makkah dan Madinah waktu azan pertama pada hari Jumaat adalah setengah jam sebelum masuknya waktu Zuhor. Saya perhatikan ramai jemaah, termasuk jemaah Malaysia bangun selepas azan pertama untuk melakukan solat sunat. Bila saya tanya solat sunat apakah yang mereka lakuan. Mereka jawab solat sunat Qabliyah Jumaat. Salah ! Tidak betul ! Kenapa salah ? Kenapa tidak betul ? Sebab solat sunat Qabliyah Jumaat dilakukan apabila telah masuk waktu Zuhor (waktu solat Jumaat). Justeru melakukan solat sunat Qabliyah Jumaat sebelum masuk waktu Zuhor adalah tidak sah. Kalau jemaah hendak lakukan solat sunat juga selepas azan pertama, mereka boleh lakukan solat *SUNAT MUTLAQ* Dan orang perempuan yang tidak menunaikan solat Jumaat, jangan pula mendirikan solat Zuhor di hotel apabila mendengar azan pertama hari Jumaat. Kerana belum masuk waktu lagi. Masuk waktu Zuhor apabila azan ke...
Comments
Post a Comment