Lakukan tiga perkara
Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi, اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ Maksudnya : “Bertakwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada, dan ikutilah kejahatan yang kamu lakukan dengan amal kebaikan yang akan menghapuskan dosa kejahatan tersebut pergauli manusia dengan akhlak yang mulia” Walaupun hadis ini amat ringkas, namun ada tiga perkara yang Nabi saw sebut untuk kita jadikan panduan. Yang pertama : - Dalam hadis ini Nabi saw mengingatkan agar kita sentiasa bertaqwa kepada-Nya walau di mana kita berada. Perkataan taqwa inilah yang sering diingatkan oleh para khatib ketika menunaikan solat Jumaat. Taqwa dari segi bahasa diambil dari perkataan “wiqayah” maksudnya memelihara. Yang dimaksudkan dengan memelihara di sini ialah memelihara hubungan baik dengan Allah SWT. Insya Allah, jika 'hablum minallah' seseorang itu baik, akan melahirkan insan ya...