Posts

Showing posts from August, 2010

Sehati Ramadhan….dari Kg. Ismail ke Taman Jujur

Image
Warga Surau Taman Jujur Sikamat Bayangkan kalau anda sudah tua…, tidak ada siapa yang memperdulikan anda. Hidup anda tersisih dalam masyarakat , anda dianggap tidak bermanfaat malah di ibarat seperti kain buruk. Dipanggil datang... disuruh pergi. Apakah perasaan anda ? Alangkah sayunya ketika itu…. Justeru itulah Nabi saw menyuruh agar kita menyantuni orang-orang tua. Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, ما أكرم شاب شيخا لسنه إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه Maksudnya : Tidak memuliakan seorang muda ke atas orang tua kerana umurnya melainkan disediakan Allah baginya orang yang memuliakannya. Sebuah lagi hadis yang turut dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, ليس منا من لم يرحم صغيرنا ويوقر كبيرنا ويأمر بالمعروف وينه عن المنكر Maksudnya : Bukanlah di kalangan kami mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak dan memuliakan orang-orang tua dan menyuruh orang berbuat baik dan mencegah orang daripada melakukan kemungkaran. 30.8.2010 - 8.25 p.m di S...

Didik anak dengan kaedah Luqmanul Hakim

Image
Bersama Tuan Haji Awal dan Imam Besar Masjid Sikamat Tuan Haji Awal bin Nain, Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat jika berbual dengan saya mesti berbahasa Inggeris. Sehingga menghantar ‘sms’ kepada saya pun dalam bahasa Mat Saleh ini. “Ure cordially invited to our iftar on this Saturday at 6.30 p.m. Pls give a tazkirah on any topic infront of about 250 attendance. Tq.” Demikianlah bunyi 'sms' yang saya terima darinya dua hari lepas. Saya tabik dengannya. Hebat betul Guru Besar ini. Petang semalam saya saya hadir berbuka puasa bersama ibu bapa dan guru-guru Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat. Semasa sesi tazkirah saya mengingatkan diri saya dan ibu bapa, “Ibu bapa sekalian, dalam kita mendidik anak-anak marilah kita mencontohi Lukmanul Hakim dimana beliau mengenalkan anak-anaknya dengan Allah SWT. Insya Allah jika anak-anak kita kenal Allah SWT, mereka akan takut melakukan kejahatan". Seterusnya saya menekankan lagi, "Kita tidak mahu anak-an...

Kisah saya di SHAMS dan Dato’ Mufti

Image
SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) banyak menyimpan nostalgia kepada saya. Di madrasah ini saya menimba ilmu dengan ramai para Ustaz antaranya Al-Fadhil Ust Ali Kuty, Ust Jaafar bin Mohamad, Ust Hashim bin Harun dan Ust Hj Yusuf bin Haji Ahmad. Di kalangan rakan-rakan pula, saya berkawan dengan Al-Fadhil Ust Hafizi bin Ali (senior), Ustaz Khusahairi Hamthan (classmate tkt 4 dan 5) dan Ust Khazri bin Othman (junior). Tawaran ke Universiti Darul Uloom, Deoband India. Keputusan SPM 1989 tidak memihak kepada saya untuk memohon mana-mana Matrikulasi. Ya, saya mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan tersebut tetapi jumlah aggregatenya 21. Sedangkan syarat untuk masuk mana-mana Matrikulasi mestilah mendapat sekurang-kurangnya aggregate 18 ke bawah. Tingkatan Enam Atas Usuluddin Saya tidak berputus asa. “ Kalau universiti tempatan tidak mahu terima tidak mengapa …, mungkin Universiti luar Negara ada peluang”, pujuk hati yang sedang kecewa. Lalu saya menghantar surat ke beberapa Uni...

Perang Badar : Tumpasnya kebatilan, menangnya kebenaran !

Image
Sekadar gambar hiasan Bulan Ramadhan bulan yang berkat. Di bulan ini Nabi saw telah memenangi peperangan Badar. Tentera kebatilan yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut akhirnya tumpas, dihancurkan oleh tentera kebenaran walaupun jumlah pengikutnya tidak seramai mana. Apabila tentera kebatilan tumpas, ramai yang terkejut dan tidak percaya termasuklah bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Lahab. Seminggu selepas peperangan ini berakhir, Abu Lahab yang taksub kepada kebatilan ini akhirnya mati dalam keadaan hina. Apakah iktibar dari kisah Badar al-Kubra ? Tidak lain, hendaklah kita bersama-sama dengan jemaah yang menyatakan kebenaran. Jangan kita bersekongkol dengan kumpulan yang batil kerana ia adalah satu kezaliman sedangkan menyokong kezaliman itu adalah langkah menuju ke neraka. Na’uzubillah… Selain bantuan Allah, Rasulullah saw menang dalam peperangan Badar kerana baginda di kelilingi oleh pejuang-pejuang yang bersifat benar dan cintakan kebenaran. Dengan kata lain me...

Kisah wanita bakhil

Image
Dalam sepotong hadis daripada Aisyah r.anha menceritakan, Ada seorang wanita telah datang kepada Rasulullah saw sedangkan tangan kanannya dalam keadaan lumpuh. Wanita itu berkata, “Ya Rasulullah sudilah kiranya kalau engkau mohon kepada Allah agar disembuhkan tanganku yang lumpuh ini”. Maka Nabi saw bertanya, “Wahai perempuan apakah yang menyebabkan tangan kananmu lumpuh ?” Wanita itu menceritakan, “Ya Rasulullah pada satu malam aku bermimpi seolah-olah neraka Jahim telah menyala-nyala dan syurga telah sedia terbuka di hadapanku. Aku melihat ibuku berada dalam neraka sedangkan di tangannya terdapat sepotong lemak dan di tangannya yang sebelah lagi memegang kain lap. Dengan lemak dan kain lap itulah ibuku menahan kepanasan daripada bahang api neraka". "Aku pun bertanya kepada ibu : Wahai ibu, mengapa ibu dalam keadaan begini ? Bukankah semasa di dunia dahulu ibu adalah seorang yang taat kepada perintah Allah dan ibu juga seorang yang berbuat baik kepada ayah dan ayah pun telah...

Di Surau Al-Ansar, Coral Height

Image
Al-Fadhil Ust Rosmin bin Adam dan En. Shamsuri bin Ahmad Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, penduduk Taman Coral Height menjalankan aktiviti agama di sebuah rumah yang di sewa. Tapi tahun ini, penduduk di sini telah mendapat nikmat dan rahmat daripada Allah SWT, dimana sebuah surau yang serba baru lagi selesa telah berjaya didirikan. Pembinaan surau ini dibiayai oleh kerajaan negeri. Manakala kelengkapan karpet, P.A System, Air Cond dan bangunan tambahan adalah dari sumbangan derma orang ramai. Syukur Alhamdulillah. Sebahagian daripada jemaah Surau Al-Ansar Malam tadi saya berkesempatan ke surau ini kerana diundang untuk memimpin solat Terawih 8 rakaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah. Al-Fadhil Ust Hj Affendy bin Mohd Nor Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jemaah Surau Al-Ansar khususnya Ybhg Al-Fadhil Ustaz Haji Affendy bin Mohd Nor, Ustaz Rosmin bin Adam, En. Samsuri bin Ahmad dan En Norazlan bin Ismail dan ramai lagi kerana sudi menjemput...

Indahnya Ramadhan

Image
Alif (tengah) anak YAB MB Terengganu Bulan Ramadhan bulan yang banyak memberi erti dalam kehidupan saya. Enam belas tahun dulu, di bulan yang penuh berkat ini saya melamar seorang gadis yang bernama Zaharatol Jannnah bt Mohd Abd Rahman sebagai isteri. Ketika itu kami sama-sama belajar di Fakulti Pengajian Islam UKM sebelum masing-masing membawa haluan di tahun 3, di mana beliau mengambil bidang Al-Quran dan As-Sunnah manakala saya lebih fokus di bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, bersaksikan rakan-rakan terdekat serta berlandaskan syariat saya berkata, “ Saya ingin mengambil awak sebagai isteri saya”. “Nantilah dulu, saya tanya keluarga saya”, jawab si gadis sambil tersipu-sipu. Hari ini gadis yang dilamar sudah pun menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya seramai lima orang. Alhamdulillah. Justeru setiap kali bulan Ramadhan tiba, kami akan tersenyum mengenang nostalgia lama. Ramadhan tahun ini Ramadhan tahun ini sam...

Solat Terawih 10 rakaat ?

Image
Almarhum Sheikh Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan yang pertama. Saya masih ingat tahun lepas saya berbual dengan seorang jemaah surau Bandar Warisan Puteri Sikamat. Dia bertanyakan saya mengenai amalan solat Terawih di Negeri Sembilan yang agak pelik jika dibandingkan di negeri-negeri lain. “Setahu ana solat Terawih ini hanya 8 atau 20 rakaat sahaja”, katanya yang berasal dari pantai timur. Ya, bagi mereka yang pertama kali datang ke Negeri Sembilan mungkin merasa pelik dengan kaifiat solat Terawih seperti ini. Tetapi bagi mereka yang lahir atau yang sudah lama bermastautin di Negeri Sembilan, menunaikan solat Terawih 10 Rakaat adalah perkara biasa. Ia adalah amalan tradisi yang dilakukan oleh ulama-ulama soleh di Negeri Sembilan sejak dahulu lagi. Kita bersangka baik dengan kealiman ulama-ulama Negeri Sembilan seperti Almarhum Sheikh Haji Muhammad Said al-Linggi dan anakandanya Almarhum Sheikh Haji Ahmad, mereka mempunyai dalil dan hujah yang kuat mengenai amalan solat Terawih ...

Menumbangkan seekor lembu di Kolej Height Sikamat

Image
Lembu jantan bewarna putih “Lembu ini liar Ustaz”, kata seorang jemaah surau Kolej Height. “Masa nak tumbangkan tadi, macam-macam helah dilakukannya....”, kata seorang lagi warga jemaah surau sambil mengesat peluh di dahinya. Nampak gaya, masing-masing berada dalam kepenatan. “Sudah berapa lama lembu ini berada di sini ?”, tanya saya. “Sejak hari Rabu Ustaz”, jawab seorang AJK Surau. "Insya Allah, sebentar lagi saya akan selesaikan", kata saya. Tepat 8.38 pagi, akhirnya lembu ini berjaya disembelih. Lembu ini dihadiahkan oleh seorang Pegawai Kanan Polis Negeri Sembilan untuk dijadikan santapan lauk malam ini. Insya Allah, malam ini (7.8.2010) Surau Kolej Height akan menganjurkan ceramah Israk Wal Mikraj selepas Maghrib. Bergambar ramai-ramai setelah misi selesai Jika tuan puan berkelapangan datanglah beramai-ramai , selepas mendengar ceramah bolehlah menjamu selera dengan lauk daging lembu yang fresh !

Sepucuk surat dari Tabung Haji

Image
Balik dari Surau Hidayah BWP selepas Zuhor tadi, anak ketiga saya berlari mendapatkan saya. "Ayah ada surat", katanya. Saya mengambil dan terus membukanya. Perenggan kedua surat ini saya baca berulang kali. "Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS dalam temuduga yang telah diadakan pada 24 Julai 2010" Perenggan ketiga pula menyatakan : " Sehubungan dengan itu, tuan/puan akan disenaraikan sebagai Guru Pembimbing Ibadat Haji (Pelapis) bagi peringkat negeri masing-masing". Saya memandang isteri saya. "Tahniah", katanya. Syukur kepadaMu ya Allah.., ini satu anugerah dan kemuliaan yang Engkau berikan kepadaku. Semoga dengan rezeki ini menjadikan aku lebih hampir kepadaMu....Amin

Detik kewafatan Rasulullah saw

Image
Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, “.... Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku telah cukupkan kepadamu nikmatKu, Aku telah redha Islam itu menjadi agama bagimu...” (Al-Maidah : 3) Diriwayatkan surah AI-Ma-idah ayat 3 ini diturunkan pada hari Jumaat sesudah Asar ketika Nabi saw berada di Padang Arafah menunaikan Haji Penghabisan (Haji Wada’). Pada mulanya Nabi saw tidak begitu jelas untuk mengingati isi dan makna ayat tersebut sehinggalah Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan. Kemudian turun malaikat Jibril a.s. dan berkata kepadanya : "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi,...

Ramadan, bulan turunnya Al-Quran

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 185 “Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanyaAl-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada pertunjuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (185) Huraian ayat “ Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanyaAl-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada pertunjuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang sala...