Posts

Tiga tahun sudah berlalu....

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah tiga tahun blog ini bersiaran. Umur saya juga sudah pun meningkat masuk ke angka 40 an. Syukur Alhamdulillah, Tuhan masih memberi saya nikmat kehidupan. Nikmat ini akan saya gunakan untuk menulis dan terus menulis. Tetapi tulisan saya sejak kebelakangan ini tidaklah selaju dulu.Ini kerana tugas hakiki sebagai Guru di sekolah perlu saya utamakan. Selain itu kerja-kerja sampingan sebagai pembimbing Ibadah Haji Lembaga Tabung Haji bagi daerah Seremban serta pembimbing Umrah KRS Travel menjadikan pena saya semakin tumpul.     T ahun ini juga saya tidak menulis apa-apa buku. Ada juga wakil-wakil syarikat penerbitan ‘masuk meminang’, tapi sehingga kini saya tidak memberi apa-apa respon. Saya terus diam membisu. Sepanjang blog ini bersiaran, saya menerima banyak email yang datangnya dari kalangan suami isteri. Macam-macam isu yang diadukan kepada saya. Bermula dari kes penceraian, kes macam mana mahu rujuk dengan suami...

Suasana penutup kursus Asas Haji 1433 H peringkat daerah Seremban

Image
Majlis Penutup Kursus Asas Haji bagi musim 1433 H peringkat daerah Seremban telah berjaya disempurnakan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan pada 9 hb Jun, bertempat di Masjid Kuaters KLIA  baru-baru ini.  Ia melibatkan hampir 1600 orang peserta dari lima buah Masjid iaitu : 1. Masjid Putra Nilai 2. Masjid Negeri Seremban 3. Masjid Paroi Jaya  4. Masjid Bandar Baru Senawang  5. Masjid Kuaters KLIA Majlis telah dimulai dengan bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Seramai enam orang guru pembimbing ibadah Haji terlibat dalam menjayakan program tahunan ini.  Rata-rata peserta kursus merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan merasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.  "Wah cikgu...,  pergi Haji ke tahun ni...?, tanya saya kepada seorang kenalan, cikgu Husin dari Taman Warisan Puteri Sikamat.  "Belum tahu lagi Ustaz..., harap-harap macam tulah...", katanya tersenyum...

Beriman dengan Kitab

Image
             Al-Quran ialah kitab suci terakhir mengandungi pertunjuk dan pengajaran yang sedikit pun tidak terdapat   keraguan apatah lagi kesalahan.              Firman Allah SWT,              “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”. (Al-Baqarah 002)              Membaca Al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati yang keras bertukar lembut. Ramai tokoh-tokoh manusia yang pada awalnya menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah SWT setelah mendengar, membaca dan mengkaji Al-Quran. Jika di zaman Rasulullah SAW antara mereka ialah Saidina Omar bin Al-Khattab maka di zaman moden pula ialah   Malcolm X, Mike...

Menabur bakti di Pedas Hilir, Rembau

"Assalamualaikum Ustaz..., nak tanya, pada 23 hb Jun nanti Ustaz free tak ?", tanya seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Nazir Masjid Pedas Hilir, Rembau.  Tahun lepas masjid ini pernah menjemput saya menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.  "Errr..., kalau ikutkan saya ada kuliah pada malam tu....tapi tak pa, nanti saya beritahu ajk surau berkenaan untuk tangguhkan kuliah", jawab saya.  "Cantik ..., ni... ustaz.., kami nak jemput ustaz menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj, boleh ?", tanya si pemanggil lagi. "Insya Allah, boleh", jawab saya dengan rasa gembira. Justeru tuan puan orang-orang Kampung Pedas Hilir dan masyarakat Islam yang tinggal berhampiran, marilah sama-sama kita meramaikan masjid pada malam itu. Di samping dapat berkongsi ilmu, dapat juga kita mengeratkan silaturrahim, apatah lagi sesama orang Rembau. Jumpa di sana !

Rembau Hari Itu...

Image
Saya berasal dari Rembau Negeri Sembilan. Telapak saya ialah Kampung Padang Lebar Sungai Layang, sekampung dengan arwah bidan Tupin, juga ada hubungan darah dengan Datuk Moktar Hashim dan Dato Kamaruddin Kachar. Kalau balik ke kampung, saya suka singgah di pekan Rembau untuk minum cendol dan makan kuih tradisonal di gerai yang berdepan dengan Masjid An-Nur. Kata mak saya..., dulu- dulu orang Rembau seperti orang pantai timur, sangat kuat sikap kedaerahan. Suka tolong menolong sesama mereka.  Di mana-mana sahaja kita menetap, kebetulan ada orang Rembau yang tinggal ditempat yang sama pasti hubungan akan menjadi akrab. Kalau ada kenduri kendara, mereka akan ringan tulang untuk membantu.  "Itu dulu...., tapi sekarang ini..., entahlah mak", jawab saya. Namun saya berharap sifat-sifat positif yang wujud pada orang Rembau dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Pada 9 dan 10 hb Jun yang lalu saya diminta oleh tabung Haji Rembau untuk membimbing kur...

Ceramah Israk wal Mikraj

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Jawatankuasa Surau Vila Suria menjemput tuan puan ke majlis Ceramah Israk Wa Mikraj seperti butiran berikut : Tarikh : 24 hb Jun 2012 (Ahad malam Isnin) Masa : Selepas solat Maghrib  Penceramah : Prof Madya Dr Maimun Aqsha Lubis, Pensyarah UKM Mudah-mudahan kehadiran tuan puan ke surau Vila Suria diberkati Allah SWT.

Hukum melaknat dan kalimah Tauhid

Image
Tafsir Al-Quran Surah al-Baqarah : 161-163 Firman Allah SWT, “ Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya(161) Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberi tangguh (162)    Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”. ( 163) Huraian ayat 161-162                 Maksudnya orang kafir dan orang yang mati dalam kekufuran itu,  mereka mendapat laknat  daripada Allah, dilaknat para malaikat dan seterusnya di laknat oleh seluruh  manusia. Mereka akan menerima azab sengsara di alam barzakh dan juga di hari akhirat kelak.    Hukum melaknat           ...

Al-Fatihah : Masyarakat Islam di Sikamat kehilangan seorang Qari

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Hati saya berdebar-debar. Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini. Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari. Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika. Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja. Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti. Saya mententeramkan isterinya se...

Ibu adalah segala-galanya !

Biar jasanya sebesar langit dan bumi, Biar amal solehnya seluas lautan , Biar butiran katanya penuh  hikmah, Biar tentangannya ke atas mungkar sentiasa istiqamah, Biar dirinya bergelar Al-Fadhil Ustaz, Biar dirinya begelar Tuan Sheikh,  Biar dirinya bergelar YB, Biar dirinya  bergelar MB, Biar dirinya bergelar PM,   Biar kebejatan dan kebangsatan seteru politiknya di dedah, Biar perjuangannya dipuji manusia, Biar penjara menjadi tempat dirinya mendekam, Biar dikurung puluhan tahun bagaikan Mandela, Biar diseksa kerana mempertahankan yang HAK, Biar jiwa dan raganya hancur dilumat  Yahudi, NAMUN segala-galanya sia-sia di sisi Allah..., Jika seseorang itu DERHAKA dengan ibunya sendiri..... Jika ibu yang kafir wajib disayangi , Jika ibu yang mungkar wajib dikasihi, Jika ibu yang jahil wajib didekati, Jika ibu yang fasik wajib dirapati, Apatah lagi ibu yang beriman, ...

UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN 31 JULAI-11 OGOS 2012 SEDANG DI BUKA

Image
Bergambar tidak jauh dari Gua Thur Insya Allah, jika tiada aral melintang sekali lagi saya diamanahkan oleh Syarikat KRS Travel & Tours (Seremban) untuk membimbing jemaah Umrah pada pertengahan Ramadhan 2012. Harga ialah RM 6600.00, menaiki  MAS, 12 hari 10 malam dan jemaah akan masuk ke Mekah dahulu. Harga meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, visa umrah, makan dan minum sepanjang di tanah suci, khidmat bimbingan mutawwif, penginapan hotel, pengangkutan ziarah di Mekah dan Madinah serta cukai lapangan terbang. Hotel di Mekah ialah Mira Palace @ setaraf  (350 meter dari Masjidil Haram) dan di Madinah ialah Manazel Muhajirin @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi). Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk bersama saya dalam program umrah ini, bolehlah menghubungi saya 019-6404133 atau hishamuddin@gmail.com atau h ishamuddinmansor@ktj.edu.my . Sekian, terima kasih.

Syukur...jemaah Umrah 3 April 2012 selamat pergi dan selamat pulang

Image
Bergambar di tapak kelahiran Rasulullah SAW Hotel dan kedai sepanjang di Misfalah banyak yang telah ditutup, menunggu masa untuk dirobohkan  Syukur, kesemua 43 orang jemaah yang di bawah bimbingan saya telah pun selamat mengerjakan Umrah bermula dari 3 sehingga 14 April 2012.  Kesemuanya melahirkan rasa gembira yang teramat sangat dan bercadang ingin bertandang semula ke tanah suci jika diberi rezeki di masa akan datang.  Dari kiri Makcik Salamah, Makcik Zainiah, Kak Rohana, Mak dan Makcik Timah  dari Sikamat Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta  rombongan yang banyak membantu dalam menjayakan program umrah ini.   Yang lemah begnya sama-sama di angkat, yang sakit tangannya dipimpin ke masjid, yang hilang wang musibahnya diringankan dan yang tidak faham dibimbing sebaik-baiknya.  Gelak ketawa rakan-rakan sebilik, Abang Aris dari Taman Jujur, Haji Alias dari Tam...

Al-Fatihah : Kami sekeluarga berkabung

Image
Mak, Kak Long dan arwah abang Suman ketika berhari raya di rumah saya  Tanggal 2 April 2012, jam 10.12 malam, abang Ipar sulong saya telah kembali kerahmatullah. Mudah-mudahan roh Allahyarham Haji Osman bin Chik atau lebih mesra dipanggil 'Abang Suman' dicucuri rahmat dan  ditempatkan bersama orang-orang soleh. Aminn. Di kalangan abang-abang Ipar saya, abang Sumanlah yang paling baik dan yang paling pemurah. Semasa saya masih kecil, kalau dengar sahaja abang Suman dan Kak Long nak balik ke rumah mak, saya, abang Zul dan Ajib akan melompat gembira. Sebabnya  abang Suman suka memberi duit kepada kami. Dia melayan adik-adik iparnya sama seperti dia melayan anak-anaknya sendiri. Maklumlah usia kami dan anak-anak Kak Long adalah sebaya. Masa cuti sekolah bulan Disember, oleh kerana keluarga kami orang susah, kami adik beradik akan pergi ke rumah Kak long di Kg Melayu Subang, Selangor. Alhamdulillah..., merasalah kami tinggal di rumah banglow Kak Long dan juga m...

Mintalah pertolongan kepada Allah

Image
  Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah : 45-49 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;(45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.(46) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).(47) Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.(48) Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya,...