Hukum melaungkan azan ketika berangkat menunaikan Haji
Azan syiar Islam Sudah menjadi kebiasaan bakal-bakal Haji ketika turun dari rumah, azan dikumandangkan. Hal ini juga berlaku semasa mereka berada di kompleks Haji Kelana Jaya. Setelah mendengar taklimat perjalanan dari pegawai Tabung Haji, bakal-bakal Haji kemudian dipersilakan turun dari dewan untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Ketika bergerak menuju ke bas, azan akan dikumandangkan melalui pembesar suara. Sayu hati ketika itu. Persoalan di sini, apa hukum melaungkan azan seperti ini, adakah bidaah ? Jawapan Sabda Rasulullah saw, من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama kita yang bukan darinya adalah tertolak. Maksud mengada-ngadakan di sini ialah mencipta sesuatu yang tiada kaitan dengan agama seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat di zaman Rasulullah saw yang berdiri di tengah-tengah padang pasir yang panas terik. Rasulullah saw bertanya para sahabat, “Kenapa orang ini ?”. Para sahabat menjawab, “ Dia sedang menunai