Posts

Showing posts from December, 2010

BSN Ampangan meletup : Terima kasih dan tahniah PDRM !

Image
BSN Ampangan (Cawangan Perbankan Islam)terbakar hangus! Minggu lepas, minggu yang penuh cabaran bagi kami Anak-Anak Hajah Sariah. Manakan tidak, salah seorang daripada ahli keluarga kami Norizah binti Mansor, Pengurus BSN cawangan Ampangan menerima ujian yang paling hebat apabila dipanggil oleh polis kerana kehilangan wang sejumlah lebih RM 200,000. Wang itu disimpan di peti besi yang sedikit pun tidak ada kesan kebakaran atau pun diumpil. Hairan bin Ajaib ! Bagaimana wang itu boleh hilang sedangkan hanya kakak saya sahaja yang memegang kunci itu. Siapa yang ambilnya ? Orang dalam ? Kalau orang dalam, siapa ? Lantas mata tertumpu kepada ..... Hari Khamis malam Jumaat , 23.12.2010 Hampir semua adik beradik berkumpul di rumah mak. Masing-masing berwajah muram kerana kami percaya ahli keluarga kami tidak bersalah. Dia sebenarnya teraniaya. Kami mendirikan solat Hajat dan membaca Yasin. Kami berdoa bersungguh-sungguh supaya Tuhan tunjukkan kebenaran. “Ya Allah …, Engkau pandanglah k

Majlis Penutup Perkampungan Al-Quran

Image
Amir menerima hadiah saguhati pertandingan hafazan Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Sekali lagi tampil ke hadapan untuk menerima cenderamata daripada Dato' Mufti Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim. Sebagai ibubapa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masjid Qaryah Sikamat yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga kalian semua menjadi anak yang soleh

Pluralisme Agama : Menafikan perjuangan Nabi

Image
Dr. Uthman Muhammady, antara ulama yang gigih menentang 'Pluralisme Agama' melalui pena, seminar dan diskusi ilmiah Dewasa ini muncul fahaman sesat yang meresapi sebahagian kecil umat Islam di negara kita. Fahaman ini dikenali sebagai fahaman ‘Pluralisme Agama’ yang menganggap bahawa semua agama di dunia ini adalah sama dan sedarjat. Doktrin sesat Dengan memetik beberapa ayat Al-Quran serta menyelewengkan tafsirannya, pendokong fahaman ini mendakwa semua agama baik Islam, Kristian, Yahudi , Buddha atau Hindu, mengajar manusia menyembah Tuhan yang sama dan melakukan kebaikan. Cuma cara dan metodnya sahaja yang berbeza. Hakikatnya, di akhirat semua penganut agama ini bakal memperolehi pahala dan berpeluang masuk ke syurga. Perlu ditentang Fahaman sesat ini perlu ditentang kerana ia bercanggah dengan Al-Quran dan juga Hadis. Sesungguhnya Allah SWT hanya mengiktiraf agama Islam sahaja sebagai agama yang diredai-Nya. Tidak ada agama lain yang boleh membawa kesejahteraan kepada

Marah dan hakikatnya

Image
Tidak semua marah dilarang Dalam sebuah hadis, عن أبي هريرة رضي الله عنه , أن رجلا قال للنبي (ص) : أوصني ! قال : لا تغضب ! فردد مرارا . قال : لا تغضب ! Maksudnya : DaripadaAbu Hurairah r.a bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabii saw : Berpesanlah kepadaku ! Jawab baginda : Jangan marah !. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta di pesan, maka baginda masih tetap berkata-kata : Jangan marah ! (HR Bukhari) Dalam sebuah hadis lain yang dikeluarkan oleh At-Tabrani, دلني على عمل يدخلني الجنة , قال : لا تغضب ولك الجنة Maksudnya : Tunjukkanlah saya satu amalan yang bakal menyebabkan saya memperolehi syurga. Sabda Nabi saw : Jangan marah, nescaya engkau masuk syurga. Disebut dalam hadits dari Ibnu Mas’ud r.a Nabi saw bersabda : “Tahukah kamu siapa yang paling kuat di kalangan kalian ? Sahabat menjawab : Mereka ialah yang paling kuat gustinya. Baginda bersabda : Bukan begitu, tetapi orang yang paling kuat ialah mereka yang boleh mengendalikan nafsunya ketika mar

Mereka yang terkhilaf

Image
Selamat Hari Jadi Ahmad Afif Arifuddin, 4.12.2004 “Seorang mualaf 32 tahun, baru sahaja memeluk Islam (tanpa pengetahuan keluarga) pada bulan Ramadhan yang lalu. Bekerja di Hospital Swasta Seremban. Beliau sedang mencari jodoh yang berusia 30 tahun ke bawah. Utk keterangan lanjut dan No H/Pnya sila hubungi saya” Para pembaca sekalian…, Apa yang saya catat ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam hidup saya. Semenjak saya mengiklankan hasrat seorang mualaf yang mahu mencari jodoh dua bulan yang lalu, bermacam-macam panggilan telefon, email dan sms yang saya terima. Ada yang benar-benar memahami maksud iklan yang tertera di atas, di samping ada juga yang tidak memahaminya. Mereka sangkakan sayalah mualaf yang dimaksudkan. Mereka sebenarnya terkhilaf. Bayangkan seorang gadis menghantar email yang maksudnya begini, “Ustaz…, ustaz kata ustaz seorang mualaf. Baru masuk Islam bulan puasa yang lalu. Tapi bila saya baca kisah hidup ustaz, ustaz pernah belajar di sekolah agama. Macam