"Menanti di pintu Baqi'..." : Tawaf Qudum
Episod 8 : Tawaf Qudum “Sekarang saya mahu menerangkan kepada Dato’ dan Datin mengenai tawaf Qudum. Tawaf ini turut di kenali sebagai tawaf selamat datang sebagai memuliakan Kaabah apabila masuk ke kota suci Mekah”, tambah Ust Haji Abdullah. “Wajib ke buat tawaf Qudum ustaz ?”, celah Datin Hasnah. “Tak…, tak wajib. Ia hanya sunat sahaja. Tawaf ini hanya dilakukan oleh mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, tidak bagi mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk ”, jelas Ust Haji Abdullah lagi. “Eh…., kenapa orang yang yang mengerjakan Haji Tamattuk tidak melakukan tawaf Qudum ustaz ?”, tanya Dato’ Hashim kehairanan. Soal jawab ibadah Haji di rumah banglow dua tingkat ini semakin rancak. “Sebab orang yang mengerjakan Haji Tamattuk, mereka terlebih dahulu berniat untuk mengerjakan umrah ketika masuk ke kota Mekah. Justeru apabila sampai di kota suci, dia perlu melakukan tawaf Umrah, disusuli dengan saei Umrah seterusnya bergunting dan bertahallul”, j