“Menanti di pintu Baqi’…” : Perihal talbiah
Episod 7 : Perihal
talbiah
“ Sebelum saya terlupa, adalah sunat bagi seseorang yang
hendak berniat ihram Haji atau umrah supaya berwuduk, mengadap qiblat dan
mengiringi niat selepas itu dengan bertalbiah, Labbaikallahummalabbaik,
Labbaikala syarikala kalabbaik, innal hamda, wanni’ mata, lakawal mulk, laa
syariikalak…”, terang Ust Haji Abdullah lagi.
“ Sampai bila kita mahu bertalbiah Ustaz ?”, soal Dato’
Hashim.
“Bagi mereka yang sudah berniat ihram umrah, adalah sunat bertalbiah
sehingga mahu memulakan tawaf, manakala
bagi mereka yang berniat ihram haji, adalah sunat bertalbiah sehingga apabila
mahu bertahallul daripada ihram hajinya itu”, jelas Ust Haji Abdullah dengan
tenang.
Dato’ Hashim mengerutkan dahinya, menunjukkan masih kurang
faham.
Bagai mengerti apa yang tersirat di kepala Dato’ Hashim, Ust
Haji Abdullah melanjutkan lagi penerangannya,
“Begini…, setelah Dato’ berniat ihram Haji dalam kapal
terbang, Dato’ digalakkan bertalbiah.
Bila tiba hari 9 Zulhijjah, Dato’ akan wukuf di padang Arafah, kemudian mabit pada separuh malam 10 Zulhijjah,
di susuli dengan melontar jamratul Aqabah dan seterusnya bergunting atau
bercukur. Apabila sudah bergunting atau bercukur, maka terhasillah tahallul
awal. Dengan itu Dato’ tidak perlu lagi bertalbiah…, sebaliknya diganti dengan
takbir raya ”.
“Oohh… begitu”, angguk Dato’ Hashim.
Bersambung…..
Comments
Post a Comment