Posts

Hukum tidak bertegur sapa

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda, لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-m...

Kisah orang yang meninggalkan solat

Pagi ini saya sekali lagi telah dijemput oleh saudara Riduan (S/U) Surau Jiboi untuk menyampaikan kuliah Subuh. Beliau meminta saya menyambung kembali kuliah saya berkaitan tentang Israk wal Mikraj dua minggu lepas. Bagi memenuhi hajat dan permintaan orang Surau di situ, saya gagahkan juga, walaupun baru sahaja sembuh dari penyakit demam yang dialami sejak beberapa hari yang lalu. Saya menyambung kuliah saya dengan menyentuh keberkatan Masjid Al-Aqsa dan sekelilingnya. Selain sebagai Qiblat pertama umat Islam, Masjid ini juga akan menyaksikan perperangan antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Isa a.s memerangi Dajjal dan kuncu-kuncunya. Dalam peperangan itu nanti Nabi Isa a.s akhirnya berjaya membunuh Dajjal sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah saw, “Daripada Mujammi’ bin Jariah al-Ansari r.a berkata : aku mendengar Nabi saw bersabda : Ibnu Maryam (Nabi Isa a.s) akan membunuh Dajjal di satu tempat namanya Babul Luddi (yang terletak berhampiran dengan Baitul...

Rejab : Bulan Muhasabah Solat !

Assalamualaikum ? Sempena di bulan Rejab ini di mana Allah SWT memerintahkan Nabi saw dan umatnya menunaikan solat 5 waktu, marilah kita bermuhasabah sejenak. Bagaimana dengan solat kita selama ini ? Ok ke tak ok ? Bagaimana pula dengan solat isteri dan anak-anak kita ? Adakah kita rasa semuanya dah ok? Ingat, solat adalah amalan yang pertama akan di hisab oleh Allah SWT. Kalau solat kita ok, maka perjalanan kita ke syurga pun ok, tapi kalau solat kita atau isteri dan anak-anak kita k.o, maka sebagai ketua keluarga, kitalah orang yang pertama akan dicampak dalam neraka Allah SWT. HUKUM MENINGGALKAN SOLAT Menurut Mazhab Syafie, jika seseorang meninggalkan solat kerana sengaja, maka dia adalah fasik yang boleh membawa kepada kufur. Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menulis, mereka yang meninggalkan solat hilang hak persaudaraan dalam Islam kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah SWT. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11, " Jika mereka bertaubat, men...

Mengimbau Israk wal Mi'raj

Firman Allah SWT, Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah al-Israa’: 1) LATAR BELAKANG Peristiwa Israk wal Mi’raj berlaku pada bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW. Tahun itu dikenali sebagai tahun berdukacita apabila dua orang tokoh besar dalam kehidupan Rasulullah saw meninggal dunia. Bermula dengan meninggalnya bapa saudara Rasulullah saw Abu Talib ketika usianya 80 tahun, diikuti pula dengan kematian isteri Rasulullah saw Khadijah bt Khuwailid ketika usianya 65 tahun. Kedua-dua tokoh ini sangat besar jasanya kepada Rasulullah saw. Sebagai bapa saudara, Abu Taliblah yang bersusah payah membesarkan Rasulullah saw dari kecil dan mempertahankan baginda daripada kekerasan kafir Quraisy ketika Rasulullah dilantik menjadi Rasul. Sebagai isteri pula, Khadijah telah b...

Roh orang mati boleh kembali ke dunia?

Benarkah roh orang yang sudah meninggal dunia boleh kembali semula ke dunia untuk menziarahi sanak saudara yang masih hidup ? Bagi mengetahui jawapannya mari kita lihat surah Az-Zumar ayat 42, “Allah (Yang Menguasai Segala-Galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati : dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan jiwa yang lain (kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sudah meninggal dunia dan orang yang tidur adalah sama, kedua-duanya adalah mati. Cuma yang membezakan ialah roh orang yang meninggal dunia di tahan oleh Allah SWT (tidak dikembalikan semula ke dunia), manakala roh orang tidur dikembalikan semula kepada jasad sehinggalah sampai ke satu waktu...

Syaaban : Sejarah Pertukaran Qiblat

Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah 144-145 Firman Allah SWT, Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka ; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144) Dan demi sesungguhnya ! jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian ...

Kedengkian Yahudi terhadap Islam

Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 109 – 112 Firman Allah SWT, Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad saw). Oleh itu maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (109) . Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; .dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala sesuatu yang kamu kerjakan (110) Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata : Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad) : Bawalah kemari keterangan-keteran...

Surah yg tidak dimulai dengan Bismillah

Tafsir Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 1 - 6 Pengenalan surah : Para ulama telah membuat kajian mengapa surah Al-Taubah tidak dimulai dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Antara lain kerana di dalamnya ada menyebut mengenai perang, selain ada ayat-ayat yang menunjukkan kekuatan. Oleh itu ia dikira bercanggah dengan semangat “Basmalah”, kerana “Bismillahir Rahmanir Rahim” itu bererti “Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani”. Sedangkan berperang itu tidak ada kasihan belas, tetapi saling berusaha dengan segala kekuatan dan strategi untuk menewaskan pihak yang lain. Surah At-Taubah menyentuh secara langsung persoalan politik yang melibatkan umat Islam yang berada di bawah pimpinan Rasulullah saw dengan orang-orang kafir musyrikin Mekah. Surah ini menjadi dalil bahawa urusan politik adalah sebahagian daripada urusan agama yang kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Catatan sejarah menunjukkan semenjak Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, baginda hanya mengerjakan Umrah sekal...

Nabi Adam a.s tidak berdosa

"Kalaulah tak kerana Nabi Adam makan buah khuldi, kita semua sudah tentu tinggal dalam syurga", kata-kata yang sering saya dengar sewaktu kecil. Benarkah Nabi Adam a.s diusir dari Syurga kerana makan buah khuldi ? Mari kita cari jawapannya dalam Al-Quran. Firman Allah SWT, " Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya : Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu ? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak ketahui ". (Al-Baqarah 030) Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw, bahawa Dia hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa sama ada Nabi Adam a.s makan atau tidak buah yang dilarang oleh Allah SWT, dia tetap akan diturunkan ke dunia. Ketika Allah SWT mengistiharkan kepada ma...

Orang yang muflis

Tanggal Ahad 14 hb Jun 2009, saya telah di undang menyampaikan kuliah Subuh di Surau Jiboi, Ampangan. Setelah selesai mengimamkan solat Subuh bersama warga jemaah surau, saya terperanjat apabila bersalaman dengan Ust Hj Jaafar bin Mohammad, bekas guru saya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban pada tahun 1987. Rupa-rupanya Ust Hj Jaafar bin Mohammad sudah lama berpindah di Jiboi. Al-hamdulillah,bertambah imarahlah surau ini dengan kehadiran seorang Ustaz yang begitu hebat dalam ceramahnya, khusus dalam menyampaikan kuliah-kuliah dalam bentuk motivasi. Dalam keadaan kaget (maklum sajalah apabila menyampaikan ceramah di hadapan Tok Guru) saya mulakan kuliah dengan memperkenalkan guru saya ini kepada sidang jemaah surau. Seterusnya saya membacakan hadis-hadis berikut sebagai santapan rohani untuk pagi itu. أتدرون من المفلس؟ قالوا : المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال : ان المفلس من أمتى من يأتى يوم القيامة بصلاة وصيام و زكاة ويأتى و...

Kisah lembu betina

Image
"Tiit...tiit", handphone saya berbunyi mengikut rentak irama sebuah nasyid nyayian kumpulan In-Team (Saya tidak ingat akan judulnya). "Ini Ustaz Hishamuddin ke ?", tanya si pemanggil. "Ya", jawab saya sambil cuba mencari lot parking untuk bersarapan pagi di pekan Mantin. Memang kebiasaannya sebelum ke tempat kerja, saya akan singgah di Pekan Mantin untuk bersarapan pagi dengan segelas teh tarik dan tiga biji kuih. "Saya Haji Miftar dari Desa Beringin", si pemanggil memperkenalkan dirinya, kemudian terus bertanya, "Ustaz free tak malam ni...?". Sambil menarik hand break setelah mendapat lot parking yang sesuai saya terus menjawab ringkas, "Insya Allah free". "Alhamdulillah, kalau macam tu saya ingin menjemput Ustaz untuk menyampaikan kuliah di Surau saya di Taman Desa Beringin, harap-harap Ustaz tidak keberatan", pelawa Haji Miftar dengan nada gembira. "Insya Allah", jawab saya memberi persetujuan. Dalam hat...

Asslamualaikum...pembuka bicara

Image
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar anak murid di sekolah akhirnya saya berjaya memiliki blog sendiri. Insya Allah blog ini akan saya gunakan untuk berkongsi idea dengan pembaca budiman di samping menyebarkan dakwah melalui tulisan. Saya juga mengharapkan komen dan cadangan yang bernas daripada anda semua. Saudara saudari budiman, Malam tadi saya menyampaikan kuliah Maghrib di Majid Jame' Ampangan, Seremban. Memang setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat adalah giliran saya menyampaikan kuliah di Masjid ini. Kehadiran jemaah pada malam tadi sekitar 40 hingga ke 50 orang. Boleh di katakan orang yang sama mengikuti kuliah saya sebelum ini. Seperti biasa sebelum kuliah, saya akan mengedarkan nota kuliah kepada sidang jemaah. Cuma malam tadi, saya memberi sedikit teguran kepada segelintir jemaah yang tidak menghargai nota yang di edarkan kepada mereka. Ada nota yang saya edarkan, mereka tinggalkan di tingkap masjid. Alangkah tidak beradabnya jemaah tersebut ! Saya mengingatkan mereka, ...