Posts

Showing posts from 2012

UMRAH AWAL RAMADHAN 2013 DI BUKA SEKARANG

Image
Insya Allah Umrah awal Ramadhan 16-26 Julai 2013 (12 H 10 M) di bawah bimbingan saya sedang dibuka dengan harga RM 6700.00. Penerbangan MAS, jemaah akan masuk ke Mekah dahulu. Sepuluh pendaftaran awal diberi diskaun RM100.00. Hubungi 019-6404133.

UMRAH 3 -13 MAC 2013 MASIH ADA 20 KEKOSONGAN !

Image
Pakej Umrah anjuran KRS Travel Sdn Bhd, Seremban untuk tarikh 3-13 Mac 2013, penerbangan MAS dengan harga RM 5080.00 masih ada 20 kekosongan. Insya Allah pakej ini bakal dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Othman bin Diah, Guru Al-Quran merangkap Imam Masjid Qaryah Sg. Landak Seremban. Tuan puan yang berminat sila hubungi saya 019-6404133. Deposit RM 1000.00.

Tazkirah : Larangan membunuh diri

Image
                        Pelbagai sebab orang membunuh diri. Ada disebabkan cinta tidak kesampaian, hutang keliling pinggang, tidak lulus periksa, gagal dalam perniagaan dan bermacam lagi.             Hakikatnya perbuatan membunuh diri adalah termasuk dosa besar yang mengakibatkan si pelakukanya menerima azab yang pedih di neraka kelak.  عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم الَّذِيْ يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِى النَّارِ وَالَّذِيْ يَطْنُعُهَا يَطْنُعُهَا فِى النَّارِ Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : Barangsiapa yang membunuh diri dengan mencekik lehernya maka dia akan mencekek lehernya pula di neraka. Dan barangsiapa yang menikam dirinya maka dia akan menikam dirinya pula di neraka kelak.” ( HR Bukhari)               Sebuah lagi hadis, daripada Thabit bin Dhohak r.a, Rasulullah saw bersabda :  مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya: “Sesiapa

Apabila pemimpin bertopengkan agama

Image
   Daripada Tsauban r.a. berkata : Rasulullah saw. bersabda;   يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكْلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةِ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ بَلْ أنتم يومئذ كثير ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ من صدوررِ عَدُوِّكُمُ المهابةَ منكم وَلْيَقْذِفَنَّ فِى قُلُوبكم الوَهْنَ . قال قائل : يا رسول الله وما الوهنُ ؟ قال حب الدنيا وكراهِيَةُ الموتِ Maksudnya : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak mengerumuni makanan dalam talam hidangan mereka". Maka seorang sahabat bertanya "Apakah kerana jumlah kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu ramai sekali, tetapi kamu umpama lautan buih dibawa arus air. Allah SWT akan mencabut perasaan gerun dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hat

Berminat nak jadi pembantu Mutawwif ?

Syukur Alhamdulillah, pendaftran umrah 2-13 April 2013 semakin rancak. Jumlah penyertaan sudah pun mencecah 41 orang. Insya Allah dalam tempoh 3 bulan sebelum berangkat jumlah ini bakal bertambah dari semasa ke semasa. Apabila mencecah 60 orang, maka saya memerlukan seorang ustaz sebagai pembantu mutawiif, dengan segala kos pemergian ditanggung sepenuhnya oleh KRS Travel. Ada sesiapa di kalangan ustaz yang berminat ?

UPSR dan karenah anak-anak

Image
Syukur ! Ahmad Afif Arifuddin, kelakuannya agak riuh ! Happy Family ! Siapa yang berjiran dengan saya mungkin agak terganggu dengan bunyi bising anak-anak  saya. Pelbagai  fi’il, ada yang suka menjerit,  kuat menangis dan ada yang suka menyakat adik-adik. Itu belum lagi mendengar bunyi isteri yang marah-marah kerana meleteri anak yang bermacam ragam. Waduh pening ! Sebab itu awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada jiran-jiran,  meminta maaf dengan mereka jika mereka tidak selesa berjiran dengan saya. “Alahh…, biasalah tu ustaz.., anak saya pun macam tu jugak. Sekarang ni mereka kecil lagi. Kalau dah besar macam anak ustaz, mereka pun sama juga “, kata seorang jiran suatu ketika dahulu. Walau pun begitu,  di sebalik keriuhan, kenakalan dan bunyi bising anak-anak, prestasi akademik mereka menggembirakan saya. Hari ini saya meraikan kejayaan anak kedua, Ahmad Afif Amiruddin kerana berjaya mendapat 5 A dalam peperikaan UPSR.  Syukur kepada Allah

Demi Allah, saya tidak ada uzur yang menghalang

Image
  Tafsir Al-Quran Surah at-Taubah : 117 – 119 “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar, yang mengikut Nabi dalam kesulitan. Setelah hati segolongan mereka hampir berpaling. Kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Dia (Allah) terhadap mereka (yang tersebut) itu Maha Pengasihan Belas lagi Maha Penyayang (117)   Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka). Hingga apabila bumi sudah menjadi sempit kepada mereka. Pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit oleh mereka, serta mereka mengetahui tidak ada lagi tempat lari dari (seksa) Allah melainkan kepada-Nya juga. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar tetap di dalam taubat mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang (118) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadikanlah kamu tetap bersama-sama orang-orang yang benar.” (119) Huraian ayat                Firman Allah SWT