UPSR dan karenah anak-anak
Syukur !
Ahmad Afif Arifuddin, kelakuannya agak riuh !
Happy Family !
Itu belum lagi mendengar bunyi isteri yang marah-marah
kerana meleteri anak yang bermacam ragam.
Waduh pening !
Waduh pening !
Sebab itu awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada
jiran-jiran, meminta maaf dengan mereka
jika mereka tidak selesa berjiran dengan saya.
“Alahh…, biasalah tu ustaz.., anak saya pun macam tu jugak.
Sekarang ni mereka kecil lagi. Kalau dah besar macam anak ustaz, mereka pun
sama juga “, kata seorang jiran suatu ketika dahulu.
Walau pun begitu, di
sebalik keriuhan, kenakalan dan bunyi
bising anak-anak, prestasi akademik mereka menggembirakan saya.
Hari ini saya meraikan kejayaan anak kedua, Ahmad Afif
Amiruddin kerana berjaya mendapat 5 A dalam peperikaan UPSR. Syukur kepada Allah SWT, dia salah seorang
daripada 24 orang yang mendapat 5 A daripada 99 orang calon yang menduduki
peperiksaan itu.
Sementara itu anak ketiga, Ahmad Afif Arifuddin yang sejak kebelakangan ini agak gian menepuk-nepuk lantai kerana main batang ais krim, mendapat 10 A dalam peperiksaan akhir tahun 2012. Dia juga telah dilantik sebagai pengawas sekolah bermula tahun hadapan.
Satu kekurangan anak ketiga ini ialah, dia selalu kehilangan
songkok. Hampir setiap bulan saya atau isteri akan ke Zulda Masri Ampangan untuk
membeli songkok baru, sehingga pemilik kedai pun sudah ‘cam’ muka kami.
Bayangkan baru beberapa hari memakai songkok baru, songkok
itu kemudiannya akan kepet, seterusnya hilang, tertinggal, kawan pakai dan
bermacam-macam lagi alasan yang diberikan. Entahlah, sungguh misteri !
Manakala anak sulong, Fatin Syahirah terus mengekalkan
kecemerlangan akademiknya dengan meraih nombor 1 dalam keseluruhan tingkatan 2
di kelas rancangan khas Sek. Men. Keb. Tunku Ampuan Najihah.
Harap-harap mereka semua akan terus kekal berjaya dalam
lapangan akademik. Ini hanyalah sebagai permulaan sebelum mereka melangkah
seterusnya ke hadapan.
Syukur wahai Tuhan !
Comments
Post a Comment