Posts

Showing posts from February, 2012

Disebabkan Wanita, Wang dan juga Kuasa

Ustaz kena tangkap khalwat ! Isu ini agak hangat di perkatakan sekarang.   Jika En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman yang ditangkap khalwat,  orang tidak kisah, dan tidak mahu ambil peduli. Sebab orang tidak tahu siapa itu En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman. Tetapi kalau yang ditangkap itu seorang ustaz, apatah lagi yang begitu popular dengan alunan zikir munajat dan mempunyai pengikut yang ramai, sudah tentu isu ini menarik perhatian awam. Bukan sahaja orang Islam, malah Mutusamy dan Ah Chong juga turut berminat dengan kisah sensasi ini.  Benar atau tidak dakwaan yang mengatakan ustaz ini ditangkap kerana  konspirasi pihak tertentu yang hendak mengaibkannya,  hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya. Isteri saya ketika mengulas isu ini, "Kalau hal ini berlaku pada abang, Na tidak akan maafkan abang walau pun ia satu konspirasi jahat !", katanya tegas. Demikianlah hati seorang isteri yang telah meletakkan kepercayaan kepada suami. Saya m

UMRAH 6-17 JULAI 2012 DI BUKA !

Image
Harga RM 4780.00, penerbangan MAS. Bertolak ke Madinah dahulu. Jumlah hari 13/11M. Melalui KRS Travel Sdn Bhd, Lavender Heights Seremban. Harga termasuk penginapan di Mekah dan Madinah, makan dan minum 3 kali sehari, visa, tiket kapal terbang pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan pengangkutan semasa di sana. Berminat ? Hubungi 019-6404133

Wahai Bani Israil…

Image
Tafsir Al-Quran Surah al-Baqarah : 40-43   “ Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).(40) Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.(41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(42) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (43) Hur

Festival Nasyid KTJ : SMAP Kajang juara !

Image
Kumpulan Nasyid Kolej Tuanku Jaafar Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung Festival Nasyid di Kolej Tuanku Jaafar dengan gemilangnya. Tetamu Kehormat yang merasmikan Festival ini ialah Tuan Haji Nik Roskiman bin Abd Samad, Pengarah Radio IKIM.fm. Antara 'gergasi-gergasi' kumpulan nasyid yang bertarung pada kali ini ialah SMAP Labu, SMAP Kajang, SDAR, Kolej Tunku Khursiah, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Kolej UEM Lembah Beringin, Sekolah Sains Alam Syah dan Kolej Tuanku Jaafar. Persembahan mantap dari SMAP Kajang ! Setelah di adili oleh hakim-hakim yang berwibawa dan bijaksana yang didatangkan khas dari kumpulan Hijaz, Saujana dan IKIM.fm, maka Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah di nobatkan sebagai juara Festival, diikuti oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai naib juara. Masing-masing berjaya membawa pulang RM 500.00 (Juara) dan RM 300.00 (Naib Juara) berserta trofi dan hadiah iringan. Tempat ketiga jatuh ke tangan Sekolah Sains A

Maulidur Rasul : Ayuh kita berentap !

Bukan seminggu. Bukan dua minggu. Tapi sudah berbualan-bulan, saya suruh mereka berlatih. "Kamu kena asah apa-apa yang patut", tegas saya lagak seperti panglima perang. "Siapa lawan-lawan kita ustaz", sahut seorang pelajar. " Smhk, mnsw, bnhg dan bla-bla...", jawab saya. "Ingat bukan senang kita mahu tewaskan mereka. Mereka handal-handal belaka. Kamu jangan mengaku kalah !", sambung saya lagi. "Takbir !", jerit seorang peserta dengan semangat. "Allahu Akbar", bergema suara anak-anak murid melaungkan kebesaran Allah. "Musuhnya habis binasa", sampuk pula satu suara yang entah dari mana. "O.k, Syiraz.... apa lagi, sila tunjukkan kehebatan kamu",  celah saya di sebalik takbir. Suasana senyap sepi. Tiba-tiba, "Tercipta satu lembaran sejarah, ditanah suci kota Mekah....." , Syiraz anak murid kesayangan membuahkan suara emasnya. Insya Allah Islamic Society Kolej Tuanku Jaafar