Disebabkan Wanita, Wang dan juga Kuasa
Ustaz kena tangkap khalwat !
Isu ini agak hangat di perkatakan sekarang.
Jika En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman yang ditangkap khalwat, orang tidak kisah, dan tidak mahu ambil
peduli. Sebab orang tidak tahu siapa itu En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman.
Tetapi kalau yang ditangkap itu seorang ustaz, apatah lagi
yang begitu popular dengan alunan zikir munajat dan mempunyai pengikut yang
ramai, sudah tentu isu ini menarik perhatian awam.
Bukan sahaja orang Islam, malah Mutusamy dan Ah Chong juga turut berminat dengan kisah sensasi ini.
Bukan sahaja orang Islam, malah Mutusamy dan Ah Chong juga turut berminat dengan kisah sensasi ini.
Benar atau tidak dakwaan yang mengatakan ustaz ini ditangkap
kerana konspirasi pihak tertentu yang hendak mengaibkannya, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.
Isteri saya ketika mengulas isu ini,
"Kalau hal ini berlaku pada abang, Na tidak akan maafkan abang walau pun ia satu konspirasi jahat !", katanya tegas.
Demikianlah hati seorang isteri yang telah meletakkan kepercayaan kepada suami.
Saya menghargainya.
Para pembaca sekalian,
Isteri saya ketika mengulas isu ini,
"Kalau hal ini berlaku pada abang, Na tidak akan maafkan abang walau pun ia satu konspirasi jahat !", katanya tegas.
Demikianlah hati seorang isteri yang telah meletakkan kepercayaan kepada suami.
Saya menghargainya.
Para pembaca sekalian,
Apa pun kes ini dalam siasatan. Jika ustaz itu dibicarakan, maka kita tunggulah sahaja keputusannya. Saya teringat dua minggu lepas semasa berbual dengan seorang teman lama yang juga bertitle ustaz.
“Sheikh… dalam dunia ini, ada perkara-perkara tertentu yang kita perlu berhati-hati dengannya”, katanya.
“Apa dia….?”, tanya saya.
“ Antaranya wanita. Anta perlu ingat ….Adolf Hitler, Napoleon
Bonaparte dan ramai lagi tokoh di dunia TUMBANG disebabkan pengaruh wanita
dalam dirinya”, jelas teman lama yang pernah sama –sama berguru di SMKA SHAMS ini.
“Ya.., ana setuju.
Tapi dalam masa yang sama ada juga wanita yang membantu kejayaan suaminya.
Ambil contoh Saidatina Khadijah bt Khuwailid yang sentiasa mendorong kepada perjuangan Rasulullah SAW”, saya memberi
misal kerana tidak mahu menyalahkan wanita seratus peratus.
Beliau mengangguk-angguk tanda setuju.
Kami terus berdiskusi hampir lewat satu jam. Pelbagai topic dibincang. Dari isu
perkembangan rakan-rakan yang lain sehinggalah kepada isu di negara seperti NFC, rasuah dan PRU
13.
Ada masa-masa tertentu
perbincangan agak tegang, kerana masing-masing mahu menegakkan hujah.
Hasil perbualan , kami akur antara penyumbang kepada
kejatuhan seseorang lelaki adalah disebabkan pengaruh WANITA,
WANG dan juga KUASA.
Disebabkan pujuk rayu WANITA, kadang-kadang seorang lelaki
boleh tergadai imannya.
Berapa ramai suami yang asyik bercinta kali kedua ,
ketiga dan entah ke berapa kali
mengabaikan tanggungjawab memimpin rumahtangga. Sehingga anak-anak dan isteri hilang tempat
mengadu kasih.
Aduh, sungguh kasihan. …
Begitu juga ada lelaki tewas kerana WANG. Di sebabkan
terlalu kemaruk mencari WANG sehingga sanggup
membinasakan maruah dan juga peribadi. Lihat sahaja, berapa ramai yang terperosok
dalam kurungan besi akibat rasuah, melakukan penipuan, penyelewengan, pecah amanah, khianat dan pelbagai lagi.
Masya Allah…
Demikianlah juga di sebabkan KUASA, kadang-kadang seseorang pemimpin
boleh bertukar watak menjadi binatang.
Demi mempertahankan kuasa, mereka sanggup membunuh, menyembelih,
mencincang dan melenyapkan para penentang.
Inilah yang terjadi di bumi Syria dan negara-negara Arab
yang lain.
Pemimpin yang zalim seperti ini lambat laun akhirnya tumbang juga.
Ya Allah jika Engkau uji aku dengan tiga perkara ini,
berilah aku kekuatan iman dalam menghadapinya.
Aminnn…
Comments
Post a Comment