Posts

Showing posts from July, 2012

"Menanti di pintu Baqi'..." : Niat Haji Ifrad

Episod 5 : Niat Haji Ifrad Dato’ Hashim meletakkan perakam suara di atas meja untuk merekod penerangan yang bakal disampaikan oleh Ust Hj Abdullah. Manakala Datin Hasnah duduk di sofa sambil memasang telinga. “Mana-mana jemaah yang mahu mengerjakan Haji Ifrad, ketika masuk ke Mekah  hendaklah berniat mengerjakan Haji dahulu. Kemudian setelah selesai mengerjakan Haji maka jemaah dikehendaki mengerjakan Umrah pula. Cara ini tidak dikenakan dam sekiranya umrah itu dilaksanakan pada tahun yang sama”, jelas Ust Haji Abdullah.    “Oh ya Ustaz…, Macam kami yang akan terus ke Mekah, di mana kami perlu berniat Ustaz ?”, tanya Dato’ Hashim. Sebenarnya dia sudah tahu jawapannya, tapi oleh kerana mahu mengukuhkan lagi kefahaman, dia mengajukan solan ini kepada Ust Haji Abdullah. Datin Hasnah terus memasang telinga. “ Seseorang yang hendak mengerjakan Haji Ifrad dia perlu berniat ihram di miqat yang ditentukan. Bagi jemaah Haji Malaysia tempat untuk berniat (bermiqat) ada du

Bertadarus di Universiti of Ramadhan

Image
             Syukur Alhamdulillah, kita sudah masuk hari ke sembilan berpuasa. Ramadhan al-Mubarak ibarat sebuah Universiti yang mendidik kita pelbagai perkara. Jika kita masuk ke university-universiti tempatan atau swasta, tentu ada subjek teras yang wajib diambil dan subjek elektif yang boleh dipilih sama ada mahu ambil atau tidak.             Demikian juga bulan Ramadhan, ada subjek teras yang wajib dilaksanakan seperti berpuasa dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkannya serta  ada subjek pilihan seperti bertadarus Al-Quran.             Tadarus ertinya membaca al-Quran sambil disemak oleh orang lain. Nabi saw bertadarus dengan malaikat Jibril bermula ketika puasa di wajibkan pada tahun ke dua hijrah, sehinggalah pada tahun kewafatan baginda pada tahun ke sebelas hijrah.             Dari sudut logik akal jika Rasulullah saw seorang berbangsa Arab dan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka tidak perlu lagi Rasulullah saw untuk bertadarus dengan Jibril.  Ini

Sebuah cerpen...."Menanti di pintu Baqi' "

Image
Pendahuluan Bulan Haji semakin hampir. Insya Allah bermula pada hari ini, saya akan menerangkan cara-cara mengerjakan haji dalam bentuk cerpen. Mudah-mudahan dengan cara ini akan memudahkan pembaca memahami bagaimana mengerjakan haji.  Namun cerita ini agak panjang, maka ia perlu kepada sambungan beberapa episod. Harap bersabar dan terus membacanya sehingga ke episod yang terakhir.  Salam hormat,    Abu Sofeya.   Episod satu : Menerima surat jemputan Seusai Zuhor, kelihatan seorang posmen memberhentikan motorsikalnya di hadapan sebuah rumah banglow dua tingkat.  Dengan segera dia memasukkan sepucuk surat ke dalam letter box .           “Broom…broom…,” tidak sampai 5 saat posmen ini meninggalkan rumah tersebut.   Sejurus kemudian muncul seorang lelaki tua dari anjung rumah, mengambil surat dan terus  membukanya perlahan-lahan.  Hatinya berdebar-debar kerana sampul surat itu tertera perkataan Lembaga Tabung Haji. “Alhamdulillah…”, jerit Dat

PM Dr. Maimun Aqsha Lubis di Masjid Negeri

Image
Assalamualaikum wrm wbh, Muslimin dan muslimat yang berkelapangan dijemput hadir ke kuliah Subuh di Masjid Negeri pada hari Ahad 5 hb Ogos 2012.  Penceramah jemputan merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sila hebahkan. Sekian.

Tazkirah Ramadhan : Azab kubur

Image
             Bulan Ramadhan datang lagi. Setiap kali datangnya bulan ini, maka akan bertambahlah umur kita sekaligus mendekatkan diri kita dengan kematian. Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia, tidak kira dia  mukmin atau kafir, mereka pasti akan menempعhi alam barzakh aatau juga dikenali sebagai alam kubur. Di sana manusia akan terbahagi kepada dua sama ada mereka menerima nikmat atau azab sengsara.  Menyentuh tentang azab kubur, maka hendaklah kita yakini bahawa ia adalah benar. Sehingga Nabi saw sering berdoa, أعوذ بالله من عذاب القبر Maksudnya : Aku mohon berlindung dengan Allah daripada azab kubur. Bagi orang kafir sudah tentu mereka akan diazab dengan azab yang sengsara disebabkan kekufuran mereka. Sabda Rasulullah saw,   يهود تعذب في قبورها عذابا تسمعه البهائم Maksudnya : Orang Yahudi diseksa dalam kubur dengan seksaan yang didengar oleh binatang. (HR Muslim) Dalam sebuah lagi hadis , فيضربه بها ضربة يسمعها ما بين المشرق

Bersahur melatih bangun awal

Image
Selamat berpuasa buat ibu dan anak-anakku  Bulan Ramadhan ialah bulan kursus, bulan tarbiah atau bulan training. Tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya apabila sudah cukup syarat-syaratnya mereka wajib menjalani kursus selama sebulan di sekolah Ramadhan. Lulus atau tidak kursus yang dijalani perlu dilihat kepada amalan selepas Ramadhan. Bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ihtisab sudah tentulah ada perubahan pada dirinya selepas bulan Mubarak ini. Tetapi jika masih terus malas menunaikan solat, atau mendirikan solat secara ‘touch & go’,  mengumpat, mengata, memfitnah, berbohong, curi tulang, membiarkan anak dan isteri melakukan kemungkaran maka inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW, “Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar”. (HR Ibnu Majah) Salah satu subjek ‘elektif’ semasa Ramadhan ialah bersahur. Walaupun ia bukan subjek teras (wajib) malah ‘optional’ namun Rasulullah SAW sanga

Sekitar kursus Intensif Haji di USIM

Image
Ust Halim Abdullah turut hadir Ust Nor Azamir Ust Haji Arshad Si kecil (berbaju hijau) bakal ditinggalkan oleh ibubapa mereka Jemaah menuju ke 'Masjidil Haram' Setelah 17 minggu kursus Asas Haji di jalankan di masjid-masjid terpilih, diikuti dengan majlis penutup Kursus Asas Haji di masjid Kuaters KLIA  pada 9 hb Jun yang lalu,  Tabung Haji Negeri Sembilan terus proaktif  untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan kepada bakal-bakal jemaah Haji  musim 1433 H. Semalam , bertempat di fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, seramai lebih 600 orang bakal-bakal jemaah Haji dari daerah Seremban, Rembau, Port Dickson dan Tampin telah diberi pendedahan secara intensif bagaimana mahu melaksanakan kerja-kerja rukun Islam ke 5 ini. Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut daerah.  Saya diberi amanah untuk memimpin kumpulan tiga (daerah Seremban), manakala Ust Nor Azamir kumpulan satu, Ustaz Lukmanul Hakim kumpulan  d

Pendidikan Dato' Abu Hassan Sail di timur tengah

Image
               Pendidikan Abu Hassan di timur tengah terbahagi kepada dua iaitu di Mekah al-Mukarramah dan juga di negara Mesir.   Pendidikan di Mekah bermula apabila ayahnya Haji Sail hendak berangkat menunaikan fardhu Haji pada tahun 1937. Oleh kerana mahu melihat anaknya berjaya dalam pendidikan agama, Haji Sail telah meminta keizinan daripada Sheikh Haji Ahmad untuk membawa Abu Hassan pergi bersama.           Permintaan Haji Sail diperkenankan oleh Sheikh Haji Ahmad, memandang beliau telah mendidik dan mengasuh Abu Hassan. Hampir tiga tahun, malahan usia Abu Hassan pada waktu itu telah pun meningkat 17 tahun, iaitu umur   yang dianggap sesuai untuk hidup berdikari dan merantau mencari ilmu   di negara orang.             Peluang untuk ke Mekah memang sentiasa dinanti-nantikan oleh Abu Hassan kerana sebelum ini beliau pernah   beberapa kali meluahkan hasratnya kepada rakan-rakan untuk menimba ilmu pengetahuan di kota kelahiran Na

Umrah Ramadhan 2012 : Tarikh akhir proses Visa !

Image
Antara peserta Umrah Ramadhan 2012   Kata-kata aluan "Bos" KRS Travel & Tours Semasa sesi taklimat Umrah di pejabat KRS Travel, Lavender Height Senawang semalam, saya diberitahu oleh kakitangan agensi ini bahawa tarikh akhir untuk proses 'key in' memohon visa umrah Ramadhan seperti mana yang telah ditetapkan oleh kedutaan Arab Saudi  ialah dua minggu sebelum masuknya bulan puasa.   Oleh kerana umat Islam akan mula berpuasa pada 21 Julai, ini bermakna tarikh akhir untuk mendaftar, menyerahkan segala dokumen seperti pasport, gambar 4 keping, salinan surat nikah suami isteri, surat suntikkan ialah pada hari Jumaat, 6 hb Julai 2012.   Insya Allah, bagi jemaah KRS yang akan menyambut Ramadhan di tanah suci, mereka bakal berangkat pada 13 Julai  ini. Manakala jemaah yang akan menyambut pertengahan Ramadhan pula akan berangkat dengan saya pada 2 hb Ogos 2012. KRS Travel juga membuka pendaftaran untuk mereka yang ingin menyambut Hari Raya di tanah suci