Tazkirah Ramadhan : Azab kubur
Bulan
Ramadhan datang lagi. Setiap kali datangnya bulan ini, maka akan bertambahlah
umur kita sekaligus mendekatkan diri kita dengan kematian.
Apabila
seseorang manusia itu meninggal dunia, tidak kira dia mukmin atau kafir, mereka pasti akan menempعhi alam barzakh aatau juga dikenali sebagai alam kubur. Di sana manusia akan terbahagi kepada dua sama ada mereka menerima nikmat atau azab sengsara.
Menyentuh tentang azab kubur, maka hendaklah kita yakini bahawa ia adalah benar. Sehingga Nabi saw
sering berdoa,
أعوذ
بالله من عذاب القبر
Maksudnya : Aku mohon berlindung
dengan Allah daripada azab kubur.
Bagi orang kafir
sudah tentu mereka akan diazab dengan azab yang sengsara disebabkan kekufuran
mereka.
Sabda Rasulullah
saw,
يهود
تعذب في قبورها عذابا تسمعه البهائم
Maksudnya : Orang Yahudi diseksa
dalam kubur dengan seksaan yang didengar oleh binatang. (HR Muslim)
Dalam sebuah
lagi hadis ,
فيضربه بها ضربة يسمعها ما بين
المشرق والمغرب إلا الثقلين فيصير ترابا ثم يعاد فيه الروح
Maksudnya : Maka dipukulnya
dengan pukulan yang didengar di antara timur dan barat kecuali manusia dan jin,
lalu ia menjadi debu dan dikembalikan roh kepadanya. (HR Abu Daud)
Imam Bukhari
telah meriwayatkan sepotong hadis yang berbunyi,
اذا وضعت الجنازة واحتملها الرجال على أعناقهم فان كانت
صالحة قالت : قدمونى
وان كانت غير صالحة
قالت لأهلها : يا ويلها أين يذهبون بها ؟ يسمع صوتها كل شىء الا
الانسان , ولو سمع الانسان لصعق
Maksudnya : Apabila mayat telah
diletakkan dalam keranda dan dipikul oleh kaum lelaki di atas bahu mereka, jika
ia seorang yang soleh ia akan berkata bawalah aku (segera) dan jika ia bukan
orang yang soleh ia berkata kepada ahli keluarganya : Wahai celakanya !
kemanakah kamu hendak membawaku ? Suaranya didengar oleh segala sesuatu
melainkan manusia. Dan sekiranya di dengari oleh manusia nescaya akan pengsan.
Sungguhpun
begitu terdapat orang yang dikecualikan daripada azab kubur, Antara mereka
ialah golongan yang mati syahid. Sabda
Rasulullah saw,
Semua orang yang
meninggal dunia akan terputus amalnnya kecuali mereka yang bersiap sedia
membela agama Allah (sehingga mati syahid) Amalnya itu akan terus tumbuh
sehingga hari Qiamat serta aman daripada dua fitnah kubur.
Menurut Imam
al-Qurthubi dan As-Sayuti orang yang mati syahid akhirat juga terlepas daripada
seksaan kubur. Berkata Syeikh Luqani dan Syekh Abdus Salam dalam Syarah Ithaf
al-Murid: Telah warid daripada Nabi saw, bahawa terdapat 40 jenis orang yang
dikecualikan daripada fitnah kubur. Di antaranya :
Orang yang mati di dalam menuntut ilmu
syar’ie, orang yang mati dalam keadaan bermusafir kerana tujuan yang baik,
orang yang mati kerana diterkam binatang yang buas atau digigit oleh binatang
yang beracun, orang yang mati kerana taun, orang yang mati kerana tenggelam
(lemas), orang yang mati terbakar, orang yang mati dihempap oleh runtuhan,
perempuan yang mati kerana besalin, orang yanag mati kekal seumur hidup
melakukan solat Dhuha, orang yang mati kekal mengamalkan puasa tiga hari
tiap-tiap bulan, orang yang mati ketika menerima amanah di muka bumi iaitu
matinya para ulama, orang yang mati kerana mempertahanka nyawa, orang yang mati
kerana mempertahankan harta, orang yang mati kerana mempertahankan keluarga dan
orang yang mati dalam keadaan sentiasa berwudhuk.
Selain itu ialah mereka yang sering membaca
surah al-Mulk pada setiap malam sebelum tidur. Terdapat hadis sohih yang
dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi , Ibnu Majah dan ramai lagi
yang menjelaskan kelebihan membaca surah Al-Mulk. Hadisnya berbunyi,
أن سورة ثلاثين أية شفعت فى صاحبها حتى غفرله تبارك الذى بيده
الملك وينجى من عذاب القبر
Maksudnya : Sesungguhnya terdapat
surah yang mengandungi tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan
dosanya “ Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) ”.
Dan ia menyelamatkan dari azab kubur.
Daripada Ibnu
Mas’ud r.a, Nabi saw bersabda :
Barangsiapa yang
membaca Tabarakal Lazi biyadihi Mulku ….
Pada tiap-tiap malam, nescaya Allah akan memeliharanya dengan berkah surah ini
daripada azab kubur.
Selain surah al-Mulk,
mereka yang beramal dengan surah
al-Ikhlas juga akan bebas daripada azab
kubur. Sabda Rasulullah saw,
من قرأ قل هو الله
أحد فى مرضه الذى يموت فيه لم يفتن في قبره وأمن من ضغطة القبر وحملته الملائكة
بأكفها حتى يجيزه من الصراط الى الجنة
Maksudnya : Barangsiapa yang
membaca Qulhuwallahua Ahad dalam masa sakitnya yang membawa kepada kematiannya,
nescaya dia terlepas daripada fitnah kubur, aman dari himpitan kubur dan
malaikat pula membawanya dengan tapak tangannya sehinggalah dia berjaya melintasi
jambatan As-Sirath ke Syurga.
Mereka
yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya juga terlepas daripada
fitnah kubur. Sabda Nabi saw,
عن عبدالله بن عمرو قال,
قال رسول الله (ص) ما من مسلم يموت يوم الجمعة
أو ليلة الجمعة الا وقاه الله فتنة القبر
Maksudnya
: Daripada Abdullah bin ‘Amru katanya,
telah bersabda Rasulullah saw : Tidaklah sesiapa di kalangan orang Islam
yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan dipelihara oleh Allah
daripada fitnah kubur.
Selain daripada itu ialah mereka yang
sentiasa mengekalkan wuduk. Hal ini sabit dengan keterangan sebuah hadis di
mana Rasulullah saw bersabda,
“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban;
aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yag diseksa di dalam kuburnya.
Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (HR Tabrani)
Dan
yang seterusnya ialah mereka yang beristinjak dengan bersih apabila selesai
daripada membuang air kecil serta tidak mengadu domba.
إنهما يعذبان وما
يعذبان فى كبير أما أحدهما فكان لا يستبرئ من البول ويروى : لا يستنزه من البول
وأما الأخر فكان يمشى بالنميمة ثم أخذ جريدة رطبة قشقها نصفين ثم غرز فى كل قبر
واحدة وقال لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا
Maksudnya :
Sesungguhnya dua penghuni kubur ini sedang diseksa dan keduanya tidaklah
diseksa disebabkan dosa besar, ada pun salah seorang daripadanya kerana dia
tidak membersihkan air kencingnya. Dan yang seorang lagi maka dia suka mengadu
domba. Kemudian baginda saw mengambil pelepah tamar yang basah lalu dibelah dua
kemudian dipacakkan pada setiap kubur dan bersabda : Semoga pelepah ini akan
meringankan seksaan kedua orang ini selama mana ia belum kering. (HR Bukhari)
Comments
Post a Comment