Posts

Showing posts from November, 2012

Berminat nak jadi pembantu Mutawwif ?

Syukur Alhamdulillah, pendaftran umrah 2-13 April 2013 semakin rancak. Jumlah penyertaan sudah pun mencecah 41 orang. Insya Allah dalam tempoh 3 bulan sebelum berangkat jumlah ini bakal bertambah dari semasa ke semasa. Apabila mencecah 60 orang, maka saya memerlukan seorang ustaz sebagai pembantu mutawiif, dengan segala kos pemergian ditanggung sepenuhnya oleh KRS Travel. Ada sesiapa di kalangan ustaz yang berminat ?

UPSR dan karenah anak-anak

Image
Syukur ! Ahmad Afif Arifuddin, kelakuannya agak riuh ! Happy Family ! Siapa yang berjiran dengan saya mungkin agak terganggu dengan bunyi bising anak-anak  saya. Pelbagai  fi’il, ada yang suka menjerit,  kuat menangis dan ada yang suka menyakat adik-adik. Itu belum lagi mendengar bunyi isteri yang marah-marah kerana meleteri anak yang bermacam ragam. Waduh pening ! Sebab itu awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada jiran-jiran,  meminta maaf dengan mereka jika mereka tidak selesa berjiran dengan saya. “Alahh…, biasalah tu ustaz.., anak saya pun macam tu jugak. Sekarang ni mereka kecil lagi. Kalau dah besar macam anak ustaz, mereka pun sama juga “, kata seorang jiran suatu ketika dahulu. Walau pun begitu,  di sebalik keriuhan, kenakalan dan bunyi bising anak-anak, prestasi akademik mereka menggembirakan saya. Hari ini saya meraikan kejayaan anak kedua, Ahmad Afif Amiruddin kerana berjaya mendapat 5 A dalam peperikaan UPSR.  Syukur kepada Allah

Demi Allah, saya tidak ada uzur yang menghalang

Image
  Tafsir Al-Quran Surah at-Taubah : 117 – 119 “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar, yang mengikut Nabi dalam kesulitan. Setelah hati segolongan mereka hampir berpaling. Kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Dia (Allah) terhadap mereka (yang tersebut) itu Maha Pengasihan Belas lagi Maha Penyayang (117)   Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka). Hingga apabila bumi sudah menjadi sempit kepada mereka. Pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit oleh mereka, serta mereka mengetahui tidak ada lagi tempat lari dari (seksa) Allah melainkan kepada-Nya juga. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar tetap di dalam taubat mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang (118) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadikanlah kamu tetap bersama-sama orang-orang yang benar.” (119) Huraian ayat                Firman Allah SWT

Puisi Maal Hijrah : Baru kau tahu bumi itu bulat !

Kawan..., Dulu kau sombong Dulu kau bercakap meninggi suara Dulu kau mendongak ke langit Dulu kau berada di awang-awangan Dulu kau tengking aku Dulu kau sakitkan hatiku Dulu kau hina aku Dulu kau remehkan aku Dulu kau tak layan aku Ya lah…,  aku sedar kau siapa Kau ada segala-galanya,kau ada pangkat, kau ada kuasa Kau hebat ! Tapi itu dulu… Sekarang kau sudah jatuh terjelupuk Sekarang kau sudah tersembam ke bumi Entah bila mahu bangkit semula Justeru…, Hari ini kau rayu aku, Hari ini kau teringatkan Hari kau hubungi aku Hari ini kau mohon simpati daripadaku Hari ini kau menangis di depanku Hari ini kau minta tolong daripadaku Kawan..., Atas semangat hijrah Aku hulurkan salam kemaafan Ikrar dijanji Kerjasama bertaut semula Insya Allah aku berazam untuk sedia membantu Membangunkan dirimu yang baru tersentak Rupa-rupanya bumi ini bulat !

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun        الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا. وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوْبَ فَنَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.   Erti Doa Akhir Tahun        Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, solawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, yang semulia-mulia Rasul,   ahli