Puisi Maal Hijrah : Baru kau tahu bumi itu bulat !


Kawan...,

Dulu kau sombong
Dulu kau bercakap meninggi suara
Dulu kau mendongak ke langit
Dulu kau berada di awang-awangan

Dulu kau tengking aku
Dulu kau sakitkan hatiku
Dulu kau hina aku
Dulu kau remehkan aku
Dulu kau tak layan aku

Ya lah…,  aku sedar kau siapa
Kau ada segala-galanya,kau ada pangkat, kau ada kuasa
Kau hebat !

Tapi itu dulu…
Sekarang kau sudah jatuh terjelupuk
Sekarang kau sudah tersembam ke bumi
Entah bila mahu bangkit semula

Justeru…,
Hari ini kau rayu aku,
Hari ini kau teringatkan
Hari kau hubungi aku
Hari ini kau mohon simpati daripadaku
Hari ini kau menangis di depanku
Hari ini kau minta tolong daripadaku

Kawan...,
Atas semangat hijrah
Aku hulurkan salam kemaafan
Ikrar dijanji
Kerjasama bertaut semula

Insya Allah aku berazam untuk sedia membantu
Membangunkan dirimu yang baru tersentak
Rupa-rupanya bumi ini bulat !

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu