Posts

Showing posts from May, 2010

Doa buat mak

Image
Mak memang baik hati. 25 tahun yang lalu, masa arwah abah sakit, mak setia menjaga abah. Mak mandikan abah, mak jiruskan kencing dan berak abah. Sikit pun mak tak mengeluh melayan karenah abah. Masa arwah Uwan sakit pun macam tu juga. Mak tak pernah merungut menjaga Uwan yang mengidap kencing manis. Setiap hari mak lapkan kudis dan nanah yang membusuk di kaki Uwan. Bila time makan, mak bergilir-gilir dengan kak Ipah menghidang dan menemani Uwan makan. 17 tahun dulu ketika Hisham terlantar sakit di Hospital Besar Seremban, mak jugalah yang menjaga Hisham. Mak suapkan makanan ke mulut Hisham dan mak ambilkan air untuk Hisham beristinjak di atas katil. Malam pertama Hisham di hospital, mak cuba hendak menumpang tidur di katil Wad yang kosong, malangnya mak ditegur oleh jururawat yang bertugas. Katanya pelawat tidak dibenarkan tidur di atas katil Wad walaupun katil itu tiada penghuni. Mak akur dengan undang-undang di Wad. Esoknya mak pergi ke pekan Rasah beli kerusi malas dan ...

Nabi saw menangis

Image
Ya, Rasulullah saw sering menangis. Baginda menangisi perihal umatnya di akhirat nanti. Dalam sepotong hadis riwayat daripada Anas bin Malik r.a, pada satu hari Malaikat Jibril a.s telah datang menemui Rasulullah saw, dalam keadaan wajahnya yang berubah. Maka Nabi saw bertanya kepadanya : Wahai Jibril, mengapakah aku melihat wajahmu berubah ? Jawab Jibril : Wahai Muhammad (bagaimanakah wajahku tidak berubah), Aku telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan khabar kepadamu tentang nyalaan api neraka. Maka tidaklah layak bagi mereka yang mempercayai bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar dan siksaan Allah itu amat dahsyat untuk merasa gembira dan bersuka ria sebelum ia merasa aman daripadanya. Lalu Nabi saw bertanya Jibril : Wahai Jibril, khabarkanlah kepadaku akan sifat neraka Jahannam itu ? Kata Jibril a.s : Wahai Muhammad, Ketika Allah Taala menjadikan neraka Jahannam, Allah menyalakan apinya selama 1000 tahun sehingga warnanya bertukar menjadi merah. Kemud...

Perbuatan makruh ketika solat

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, من صلى صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهى بيضاء مسفرة تقول حفظك الله كما حفظتنى ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهى سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتنى حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه Maksudnya : Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat ke langit dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu : Semoga Allah memelihara engkau sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wuduknya serta tiada menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu : Semoga Allah menyia-nyiakan engkau sebagaimana engkau menyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan Al...

Harapan ayah dan bonda

Image
Buat cahaya mata yang bakal dilahirkan Ayahanda dan bonda Menunggumu dengan penuh harapan Buaian kasih mesra sudah disediakan Hingga tidur nyenyak kami dodoikan Biarpun perwira atau jelita Ayahanda dan bonda terima sahaja Kami riba , kami ciummu sayang, Kami timang tinggi-tinggi, Kami belai dikau wahai belahan hati Pengarang jiwa, penyejuk rasa Jika engkau seorang perwira Gagah perkasa menabur bakti Pada agama, bangsa dan negara hendaknya Jika engkau seorang jelita Parasmu indah berseri-seri Menambah kembang di taman pertiwi Memancarkan iman limpahan ilahi Wahai penggirang jiwa Baik perwira atau jelita Ayahanda dan bonda menerima sahaja Anugerah dari Tuhan itu yang utama Semoga kehadiranmu bertambah mesra Ikatan kasih ayahanda dan bonda Menyemai cinta menyusur ke mati Nota : Buat Isteri yang bakal melahirkan, terima kasih sayang !

Kahwin Muhallil (Cina buta)

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah : 230 Firman Allah SWT, “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230) Huraian Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Qur...

Mimpi ngeri seorang wanita

Image
Baru-baru ini seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an berjumpa saya. “Ustaz.., hati saya kecewa, remuk rendam, hancur luluh bagaikan kaca jatuh ke lantai, katanya memulakan cerita. “Asstaghfirullah …! mengapa sampai begitu sekali wahai Puan ?”,bukankah di sebalik kesusahan ada kesenangan ?” tanya saya. “Ustaz…, suami saya telah mengkhianati rumahtangga yang telah kami dirikan sekian tahun lamanya. Dia sudah berkahwin lagi satu….”, ujarnya dengan suara tangisan sayu. “ Bersabarlah wahai Puan…, semuanya itu sudah ditaqdirkan", saya cuba meredakan kesedihannya. “Tapi ustaz…, dia menipu saya, dia memungkiri janji yang pernah dilafazkan sebelum berkahwin bahawa dia tidak akan menduakan saya selagimana saya hidup di dunia ini”, katanya lagi. Kali ini tangisannya bertambah kuat. Saya diam tidak berkata apa, membiarkan dia menangis ... menangis sepuas-puasnya. “Ustaz, hati saya sungguh kecewa. Apa yang saya perlu lakukan ?" tanyanya tersekat-sekat. “Puan, banyak-banyakan bersaba...

Seputar hukum Talak dan Khulu'

Image
Tafsir al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 229 Firman Allah SWT, "Talaq itu dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya aatau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik. Tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang deceraikan itu), kecuali jika kedua-duanya (suami isteri) takut tidak dapat mengakkan aturan-aaturan hokum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hokum Allah, maka tidak menjadi berdosa mengenai bayaran (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan bayaran itu oleh suami). Itulah aturan-aturan hokum Allah, maka janganlah kamu melanggarinya. Sesiapa yang melanggar aturan-aturan hokum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah 229) Huraian ayat Firman Allah SWT, Talaq itu dua kali… Kalau dirujuk kepada latar belakang ...

Bagaimana hukum potong tangan dilaksanakan

Image
Firman Allah SWT, “Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah tangan kedua mereka (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah s.w.t” [al-Maaidah : 38]. Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut pencuri lelaki dahulu kemudian baru wanita kerana jenayah ini biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Anggota Yang Wajib DiPotong Menurut Imam Abu Hanifah jika pesalah itu melakukan kesalahan mencuri kali pertama, maka hendaklah dipotong tangan kanannya. Kemudian jika dia melakukan kesalahan kali kedua maka hendaklah dipotong pula kaki kirinya. Jika dia kembali semula mencuri selepas itu, maka dia akan dipenjarakan ke suatu waktu yang tidak ditetapkan masanya sehinggalah dia mati atau dia terang-terang bertaubat. Tetapi menurut Imam Malik dan Imam Syafie, anggota yang wajib dipotong ialah tangan kanannya bagi kesalahan pertama, jika dia mencuri kali kedua, maka hendaklah dipotong pula kaki kirinya, dan jika dia mencuri kali ketiga maka hendaklah ...

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Image
Mengukir senyuman sebelum dikafankan.. Pemergiannya amat dirasai. Biarpun sewaktu hidup, Almarhum Ust Hj Ashaari bin Muhammad berdepan dengan pelbagai 'kontroversi', namun peranan dan sumbangannya terhadap dakwah Islamiah tidak boleh dinafikan. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah berjumpa dengannya dan tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti jemaah yang dipimpinnya. Namun semasa menuntut di UKM, saya pernah ke Sg Penchala bertemu dengan beberapa orang jemaah al-Arqam untuk mendapatkan nasihat mengenai program 'Malam Kesenian Islam' , dimana saya adalah pengarahnya. Selain itu saya juga sering membaca buku-buku dan rencana yang ditulis oleh Almarhum. Antara buku Almarhum yang pernah saya tatap ialah 'Mengenal Diri Melalui Rasa Hati'. Masya Allah..., gaya tulisannya bersahaja.... namun sentuhannya sungguh berbisa. Membaca buku ini seolah-olah saya sedang bertalaqqi di hadapannya. Beliau 'memukul' dengan lembut, 'merawat' dengan...

Pembatal solat

Image
1. Makan atau minum dengan sengaja. Maksudnya sama ada makanan yang dimakan itu sedikit atau banyak walaupun menelan makanan yang terdapat di celah-celah gigi sebesar gula pasir atau makanan itu di hisap, di kunyah, dihancurkan kemudian di telan maka batallah solatnya. Namun jika jika seseorang itu makan atau minum dengan tidak sengaja kerana terlupa atau jahil disebabkan tinggal berjauhan dari ulama, maka ia tidak membatalkan solat. 2. Berkata-kata dengan sengaja. Sekiranya seseorang itu berkata-kata dengan sengaja sedangkan dia tahu bahawa perbuatan itu adalah haram sekalipun satu huruf yang tidak difahami atau berdehem-dehem tanpa sebab, atau menghembuskan nafas dengan kuat sama ada melalui mulut atau hidung maka batallah solatnya. Adalah tidak batal solat jika seseorang itu berkata-kata kerana jahil disebabkan baru memeluk Islam Namun jika seseorang itu berdehem ketika solat kerana batuk atau untuk membaikkan suara didalam solat, maka hukumnya adalah harus. Begitu juga sek...

TAHNIAH AJK VILA SURIA !

Image
Semalam apabila saya 'google' perkataan Vila Suria, jelas terpampang sebuah blog untuk komuniti di Vila Suria, Bandar Warisan Puteri Sikamat. Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ybhg Prof. Madya Halim Ramli (gambar) dan AJK-AJKnya kerana telah berjaya melahirkan blog ini untuk tatapan dan saluran informasi penduduk di Vila Suria. Moga-moga blog ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Bagi mereka yang ingin melayari blog ini sila ke alamat berikut : http://vilasuria.blogspot.com/2010_05_01_archive.html Wassalam.

Sempurnakan Solat Anda (siri 2)

Image
Pendahuluan Alhamdulillah siri lepas kita sudah membicarakan kaifiat mendrikan solat sehingga sampai kepada tajuk membaca surah al-Fatihah. Kali ini kita sambung lagi dengan beberapa tajuk iaitu : 10. Rukuk Ia adalah fardhu dalam setiap solat yang dilakukan berdasarkan firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu dan sujudlah kamu” (al-Hajj : 77) Cara bagi rukuk ialah membongkok dan meluruskan tulang punggung sehingga kedua telapak tangan mencapai lutut. Sunat merenggangkan jari ketika rukuk berdasarkan hadis Nabi saw, أن النبي (ص) كان إذا ركع فرج بين أصابعه , وإذا سجد ضم أصابعه Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, baginda membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud Nabi merapat-rapatkan jarinya. Semasa rukuk di sunatkan membaca tasbih ini sebanyak tiga kali, سبحان ربي العظيم Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong Atau سبحان ربي العظيم وبحمده Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong dan Terpuji Atau سبوح قدوس رب الملا...

Al-Quran hanya sebut jasa ibu ?

Image
Al-Quran hanya mengutamakan ibu ? Menurut orientalis barat dan musuh-musuh Islam, apabila memperkatakan tentang jasa ibu bapa, Al-Quran tidak berlaku adil kerana hanya menyebut jasa ibu sahaja, sedangkan jasa bapa tidak disebut langsung. Persoalannya, mengapa berlaku diskriminasi ? Bukankah bapa juga memppunyai peranan yang penting dan berat dalam rumah tangga ? Cuba lihat surah Al-Ahqaf ayat 15, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga bpuluh bulan …" (15) Manakala dalam surah Luqman ayat 14 Allah SWT berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa d...

Nabi saw perintahkan tujuh perkara

Image
Dalam sebuah hadis, عن البراء بن عازب رضى الله عنه قال أمرنا النبي (ص) بسبع ونهانا عن سبع أمرنا بعيادة المريض وإتباع الجنازة وتشميت العاطس وإبرار المقسم ونصر المظلوم وإفشاء السلام وإجابة الداعى ونهانا عن خواتم أو التختم بالذهب وعن أنية الفضة وعن المياثر وعن القسى وعن لبس الحرير والإستبراق والدباج Maksudnya : Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk melaksanakan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin (mengucap yarhamukallah), melaksanakan sumpah dengan benar, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarkan salam. Beliau melarang kami memakai cincin emas, minum dengan bejana dari perak, memakai pelana sutera, memakai pakaian baju sutera baik yang tebal dan tipis Huraian Dalam hadis ini Nabi saw menyuruh kita melakuakan tujuh perkara iaitu : 1. Menziarah orang sakit. Dalam hadis yang lain Nabi saw bersabda : عائد المريض فى مخرفة الجنة حت...

Merenungi surah al-Baqarah ayat 1-10

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 1 – 10 1. Alif laam miim Di dalam Al-Quran terdapat 29 surah yang dimulakan dengan huruf Hijaiyah dan bilangan huruf-huruf itu pula ada sebanyak 14 huruf. Adakalanya surah itu dimulakan dengan huruf tunggal, ada surah yang dimulakan dengan dua huruf, ada yang tiga huruf, ada yang dimulakan dengan empat huruf dan ada yang lima huruf. Berbagai-bagai pendapat ulama menghuraikan berkenaan huruf-huruf yang terdapat pada permulaan surah itu. Ibnu Abbas menerangkan bahawa ketiga huruf itu adalah isyarat kepada tiga nama Alif untuk nama Allah; Lam untuk Jibril dan Mim untuk Nabi Muhammad saw. Rabi’ bin Anas (sahabat Rasulullah saw) mengatakan Alif, Lam, Mim adalah tiga kunci : Alif kunci dari namaNya Allah, Lam kunci dari namaNya Lathif dan Mim kunci dari namanya Majid. Namun pendapat yang paling masyhur di kalangan para mufassirin ialah hanya Allah SWT sahaja yang layak mengetahui maksud huruf-huruf tersebut. 2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada kerag...