Tuesday, May 4, 2010

Berhati-hati ketika makan






















Firman Allah SWT,

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah olehmu segala yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau kamu betul-betul menyembah kepada-Nya". (Al-Baqarah : 172)

Dalam ayat di atas Allah SWT memerintahkan agar orang-orang mukmin supaya memakan makanan yang baik-baik. Imam Al-Qurtubi menjelaskan maksud makanlah olehmu segala yang baik-baik ialah makanan yang bermanfaat daripada segala sudut.

Penyakit-penyakit yang disebabkan faktor pemakanan



Menurut Imam Malik, al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi saw bersabda, yang mafhumnya berbunyi, “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan”. Berdasarkan hadis ini, pesakit-pesakit perlulah berhati-hati dengan pemakanan mereka supaya ia membantu kearah kesembuhan penyakit. Sebarang makanan yang dapat mendatangkan kemudaratan hendaklah dijauhi.

a. Gout

Gout ialah penyakit yang sering menyerang sendi-sendi di bahagian tangan dan kaki. Ia menyebabkan sendi-sendi itu menjadi bengkak dan sakit disebabkan oleh sejenis garam berbentuk kristal yang berhimpun di celah-celahnya.



Garam ini yang dikenali sebagai monosodium urate terhasil daripada bahan yang bernama purine yang terdpat dalam sesetengah makanan seperti daging, otak, hati, ikan bilis, kulat dan cendawan.

b.Kencing Manis

Kencing manis ialah penyakit yang berkaitan dengan lebihan gula dalam darah seseorang. Mereka yang mengidap penyakit ini memerlukan rawatan yang berterusan bagi mengawal lebihan gula, di samping pengawalan makanan daripada kumpulan karbohidrat seperti gula, nasi, roti, gandum, kuih-muih, makanan ringan, mi, laksa, bihun, coklat dan ais krim.



Jika penyakit ini dibiarkan, ia dapat menyebabkan komplikasi kepada otak, jantung, buah pinggang, mata, saraf dan sebaginya. Cara pemakanan yang baik bagi pesakit kencing manis ialah memperbanyakkan sayur-sayuran, kurangkan pengambilan lemak serta melakukan senaman.

c.Pening Migrain

Migrain berpunca daripada peningkatan sensitivity sistem saraf kepada sesuatu makanan
ataupun suasana. Tindakbalas yang erlaku memberi kesan kepada pembuluh darah dan saraf pada bahagian kepala. Sehingga menyebabkan pening yang kuat.

Bagi sesetengah pesakit, pening migraine menyewrang apabila mereka mengambil makanan seperti alcohol, cokelat, keju atau cheese, ubat perancang, makanan yang dicampurkan dengan ajinomoto, minuman yang mengandungi kafeina, dan daging yang diawet.

d.Radang sendi

Radang sendi berpunca daripada tekanan berat yang berlebihan. Kajian menunjukkan
berpantang daripada mengambil lemak dan daging di samping boleh menurunkan berat badan ia juga membantu mengurangkan bengkak dan sakit di kawasan sendi.

e.Lemah syahwat

Sebahagian ubat-ubatan yang di makan mempunyai kesan sampingan yang melemahkan
syahwat seks terutamanya bagi kaum lelaki. Terdapat lebih kurang 200 ubat-ubatan di dalam pasaran yang boleh menganggu nafsu seks seseorang.

Antaranya ubat darah tinggi seperti atenolol, aldomet, enalapril, prazosin, dan ubat selsema seperti dimenhydrinate atau dramamine atau benaddryl. Justeru pesakit berhak untuk bertanya doctor serta mendapat kepastian daripadanya sebelum memakan sesuatu ubat.

f.Insomnia

Insomnia ialah penyakit susah tidur atau pun mudah terjaga selepas tidur. Apabila anda terpaksa berbaring tanpa boleh melelapkan mata selama 30 hingga 45 minit sebelum tidur, kerap terjaga pada waktu malam atau pun terjaga pada awal pagi dan tidak boleh tidur selepas itu dan sentiasa letih selepas bangun daripada tidur anda mungkin mengalami penyakit insomnia. Jika ia berterusan pada jangka masa yang lama ia di istilahkan sebagai chronic insomnia.



Selain faktor runsing, penyakit ini juga disebabkan kerana amalan merokok. Menurut kajian, rokok mempunyai dadah nikotin yang berfungsi merangsang otak dan menghalang tidur terutamanya apabila ia dihisap empat jam sebelum tidur.

Begitu juga kopi dan minuman yang mempunyai kafeina kerana ia adalah bahan perangsang otak. Lebih daripada itu kafeina menyebabkan anda akan kerap terjaga daripada tidur.

Makanan ringan

Yang dimaksudkan dengan makanan ringan ialah makanan yang kurang berkhasiat kerana mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serta protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya. Makanan seperti ini jika tidak dikawal akan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Contoh makanan seperti ini :

a.Kek dan kuih muih - mengandungi kadar gula yang tinggi manakala kadar vitamin dan zat-zat logamnya amat rendah.



b.Minuman jus buah-buahan dalam botol atau tin - kebanyakkannya mengandungi jus perisa tiruan, mengandungi kandungan gula yang tinggi serta bahan pewarna. Contoh Fanta Grape, Magnolia Grape dan Double Lion mengandungi pewarna Green’s yang menyebabkan seseorang boleh mengidap penyakit barah.

Sunkist Orange dan Mirinda Orange mempunyai pewarna Ronceau 4R yang boleh menyebabkan kanser, lelah, bengkak tisu dan lain-lain lagi. F&N Orange Squash, Drinho Orange mempunyai pewarna Sunset Yellow juga boleh menyebabkan penyakit barah.

c.Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi dan memudaratkan

p/s : Semua gambar hanyalah sekadar hiasan.

Sumber :

Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, penerbit PTS Millennia Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.