Posts

Showing posts from September, 2010

Catatan hari ini : Mesyuarat persiapan kursus Haji Perdana

Image
Dari kiri ialah Tuan Haji Adnan bin Borhan (Pengurus TH Port Dickson), Tuan Haji Nawawi bin Ishak (Pengarah TH Negeri) dan Tuan Haji Nor Azamir bin Alias (Timbalan Mufti Negeri Sembilan) Saya sampai di bangunan Tabung Haji Seremban pada pukul 2.11 minit petang. Di bilik mesyuarat, Tuan Haji Adnan bin Borhan, Pengurus Tabung Haji daerah Port Dickson sudah pun menunggu. Sejurus kemudian tiba pula Ustaz Haji Muslal bin Rakiman dan Ustaz Haji Norazamir bin Alias (Timbalan Mufti). Mereka merupakan Guru Pembimbing Ibadah Haji yang agak senior dan paling berpengalaman di negeri ini. Selang beberapa minit, Tuan Haji Nawawi bin Ishak Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan pun tiba dan terus memulakan mesyuarat. Pengerusi memaklumkan ketidak hadiran salah seorang Guru Pembimbing Ibadah Haji iaitu Ustaz Dato’ Haji Arshad bin Abd Samad, kerana ada urusan tertentu. Pembahagian tugas Mesyuarat kemudian membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kursus Haji Perdana di Stadium Nilai pada 2...

Jika sinki dapur anda tersumbat

Image
Pakcik Tahir sedang menyelesaikan masalah sinki tersumbat Baru-baru ini sinki dapur saya tersumbat. Sudah puas saya cuba membaikinya, tetapi tidak berhasil. Manakala isteri pula asyik merungut, meminta saya menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu saya teringat Pakcik Tahir, mungkin beliau boleh membantu. Bukan sukar untuk saya berjumpa dengannya, sebab Pakcik Tahir sentiasa berada di Masjid Qaryah Sikamat. Jika tidak berada di masjid ini, carilah beliau di surau Al-Falah. Insya Allah pasti ketemu. Siapakah Pakcik Tahir ? Pakcik Tahir tinggal di Taman Desa Rhu Sikamat. Walaupun usianya 72 tahun, namun beliau masih sihat dan kuat. “Apa rahsia pakcik ?”, tanya saya. “Tak ada apa-apa Ustaz…cuma saya suka menolong orang”, katanya. Saya dan anak-anak tekun melihat Pakcik Tahir bekerja. Lima belas minit kemudian "Sudah siap pakcik ?", tanya saya apabila melihat beliau menyimpan semula peralatannya di dalam beg. "Sudah", katanya. Saya menghulurkan beberap...

Demi masa

Image
Mengunjungi rumah seorang jutawan MLM di Taman Acasia Sikamat Masa berlalu begitu pantas. Tempoh yang dilalui selama seminggu , bagaikan rasa sehari. Aktiviti ziarah di bulan Syawal, memenuhi undangan rumah terbuka di sana-sini, kesibukan mengajar di sekolah, aktiviti menulis pada waktu malam, menyampaikan kuliah di beberapa tempat semuanya itu cukup meletihkan. Namun disebalik keletihan, terpancar rasa bahagia. Bahagia kerana masa yang diberikan Allah terisi dengan aktiviti yang berguna. Annual Repot Minggu depan, minggu yang paling mencabar. Islamic Studies Department Report for year 2010 perlu dikarang dalam Bahasa Inggeris, paling kurang 15 muka surat untuk dihantar kepada Pengetua, Mr Walter Jones. Dateline yang diberi ialah 2hb Oktober 2010. Assesment para pelajar pula perlu dihantar pada hari Isnin 27hb, di samping Meeting Heads of Department pada hari yang sama. Hari Khamis, 30 hb Sept 2010, pukul 2 .00 petang saya diminta oleh Lembaga Tabung Haji untuk menghadiri ...

Catatan semalam : Menuai hasil pertama

Semalam selepas sahaja solat Jumaat di Surau Kolej Tuanku Jaafar, saya dan abang sulong (Mohd Shaari) menuju ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan Syarikat Penerbit Cresent Sdn Bhd. Sampai di sana pukul 2.55 petang. “Ustaz tunggu sekejap, saya on the way ke pejabat”, kata En Ibrahim Pengurus Besar Syarikat ini apabila saya memaklumkan ketibaan saya. 3.20 petang, En. Ibrahim pun sampai. “O.k, Editor saya sudah pun semak manuskrip Ustaz. Jadi kami bersetuju untuk membelinya. Tapi Ustaz perlu ubah Layout , kurangkan kepada 8” X 5". Selepas itu manuskrip ustaz serahkan kepada kami dalam bentuk CD", kata En. Ibrahim memulakan perbincangan. “ Baiklah, sekarang kita bincang pula tentang harga”, kata saya. "Berapa Ustaz mahu jual ?", tanya En. Ibrahim. "RM....", jawab saya. “Ustaz…ekonomi sekarang meleset, buku susah hendak jual di pasaran ..., jadi kami hanya bersetuju untuk membeli hak cipta Ustaz sebanyak RM….. sahaja boleh ?”, katanya menawarkan harga...

Keluarga Datuk Sosilawati, bersabarlah...

Image
Kepada keluarga Datuk Sosilawati , Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad , yang dibunuh secara kejam baru-baru ini, bersabarlah. Sabda Rasulullah saw, ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim) Sesungguhnya mereka kembali kerahmatullah dengan penuh kemuliaan sebagai orang yang mati Syahid (Akhirat) . Inilah satu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Menurut Imam al-Qurthubi dan As-Sayuti, orang yang mati syahid akhirat terlepas daripada seksaan kubur. Berkata Syeikh Luqani dan Syekh Abdus Salam dalam Syarah Ithaf al-Murid: Telah warid daripada Nabi saw, bahawa terdapat 40 jenis orang yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Di antaranya : “Orang yang mati di dalam menuntut...

Selamat datang Nik Madihah

Image
Ustaz mengucapkan selamat datang kepada Nik Madihah pelajar terbaik SPM 2008 (19 A)yang akan mengambil A Level di Kolej Tuanku Jaafar Mantin Seremban. Beliau telah memulakan hari pertamanya sebagai pelajar Kolej ini semalam atas biayaan Bank Negara. Justeru, ustaz mendoakan Nik Madihah berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Khutbah Eidul Fitri 1431 H

Image
Di hadapan jemaah Surau Kg. Ismail Ampangan. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia, Bulan Ramadhan telah pun berlalu, adalah lumrah bagi para sahabat Rasulullah saw serta mukmin yang hakiki mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang gembira serta syukur dan melepaskannya dengan hati yang sayu dan sedih, penuh rasa bersalah serta bimbang jika tidak sempat menemui bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya. Dan mereka juga khuatir jika segala ibadah yang mereka lakukan di bulan Ramadhan masih gagal menebus dosa-dosa mereka yang lalu, pendekata gagal mendapat keampunan daripada Allah SWT. Dalam hal ini Rasulullah saw, ويل لمن أدرك رمضان فلم يغفر له Maksudnya : Neraka Waillah, bagi mereka yang berkesempatan di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Manakala bagi orang mukmin yang hatinya berpenyakit, mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang kecewa, kecewa kerana terpaksa meningg...

Terima kasih sekalung budi

Image
Petang tadi Kolej Tuanku Jaafar telah dikunjungi oleh tetamu-tetamu dari Angkatan Belia Islam Malaysia. Mereka tiba dalam pukul 5.00 petang, disambut oleh En Adha bin Aris, Pengurus ICT Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Selain tazkirah, mereka turut membuat persembahan multimedia menceritakan pengalaman ketika menghantar misi bantuan di negara-negara Islam yang mereka kunjungi. Majlis diakhiri dengan program berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Saya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan mereka sewaktu solat Terawih. Rupa-rupanya mereka tidak dapat bersama untuk solat Terawih kerana sudah mempunyai program di tempat lain. Justeru ketika saya tiba, kami hanya sempat bertemu seketika sahaja. Di atas kesempatan ini , saya bagi pihak semua staf dan pelajar-pelajar muslim Kolej Tuanku Jaafar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan petang tadi. Terimalah serangkap pantun daripada saya. Sudi tuan menghadirkan diri, Ke tempat kami setulus hati, Ucapan terima kasi...

Catatan hari ini : Yang merah itu saga

Image
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Alhamdulillah, bulan ini saya menerima tiga helai kain pelikat. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghadiahkannya. Apa pun kualiti atau harganya, saya tetap menerima dengan rasa syukur dan gembira. Syukur kerana masih ada yang mengingati. Gembira kerana hubungan ukhwah sesama insan saling terjalin erat. Itulah yang lebih mahal dari segala-galanya. Budi bahasa yang tidak boleh di jual beli. Mengintai Lailatul Qadar di Al-Falah Hari ini rutin saya bermula seawal pukul 3.30 pagi. Jemputan sebagai pembimbing Qiamullail di Surau Al-Falah Taman Desa Rhu, saya terima dan laksanakan sebaik mungkin. Suasana tiga perempat malam di sini sungguh ceria. Kanak-kanak turut hadir menambahkan suasana gembira. Dua jemaah surau sedang berbual mesra Lampu surau yang bersinar terang menghilangkan rasa mengantuk. Kami bertasbih memuji Allah, bagaikan suara ombak membadai pantai. Majlis selesai sejam sebelum Fajar. Bermenu...

Warkah buat jiran... Takbir Raya di Vila Suria

Image
Buat jiran-jiranku setaman sekalian, Saya mendoakan semoga jiran-jiran semua sihat wal’afiat, dimurahkan rezeki serta mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT hendak-Nya. Tahun ini saya beraya di Seremban. Justeru saya mengambil kesempatan pada malam raya untuk mempelawa jiran-jiran setaman bertakbir raya dari rumah ke rumah. Setakat ini sudah ada tiga buah rumah yang sudah pun memberi persetujuan. Jika jiran-jiran bersetuju, datanglah ke rumah saya pukul 9.00 malam di no 516 Jalan A 17. Dari rumah saya kita akan bergerak ke rumah jiran -jiran yang lain pula. Oh ya.., satu perkara lagi jangan pula jiran-jiran bersusah payah menyediakan juadah yang berat-berat. Kerana tujuan kita hanyalah bersilaturrahim dan saling kenal mengenal sahaja. Buat jiran-jiran yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah memandu dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga jiran-jiran pulang dengan selamat dan balik semula ke Vila Suria dengan selamat. Sekian daripada saya, 'WAKULLU 'AAM WA ANTU...

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ei

Image
Pelajar-pelajar sedang mengambil tempat Majlis ini berlangsung di Surau SMK Seremban 2 malam tadi. Ia telah dihadiri oleh ramai pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Kelihatan Ustazah Nik Rosidah bt Mohamad memberi arahan kepada peserta perempuan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Pada pengamatan saya majoriti pelajar sekolah ini boleh membaca Al-Quran dengan baik. Syabas diucapkan kepada guru-guru agama SMK S2. Bangunan sekolah di lihat dari Surau Sungguh indah pemandangan sekolah di waktu senja. Iftar dengan kurma sebelum solat Maghrib 7.18 minit malam, kami sama-sama berbuka. Duduk bersila di atas lantai tanpa mengira darjat sama ada Guru, Ibu bapa dan juga pelajar. Santai... Datin Hjh Maznah bt Yusof, Pengetua Cemerlang SMK S2 Datin Pengetua memberi nasihat kepada pelajar supaya menjauhi gejala sosial. Datin cukup bimbang dengan pertambahan anak luar nikah di kalangan bangsa Melayu. Syukur SMK S2 memiliki Pengetua yang prihatin dengan nasib bangsanya. Sedan...

Kisah seorang doktor yang mencari Lailatul Qadar

Image
Doktor-doktor yang sedang bergelut menyelamatkan nyawa pesakit Tahun 2006, saya pernah ke klinik Kesihatan Seremban menyampaikan tazkirah Ramadhan di hadapan jururawat dan Doktor-Doktor yang bertugas sekitar daerah Seremban. Ketika itu Dr. Ramli Pengarah Klinik Kesihatan Seremban (ahli jemaah tabligh) merupakan jiran saya di Taman Sri Penaga Sikamat. Setelah selesai tazkirah sementara menunggu waktu berbuka, saya dihampiri oleh seorang doctor mungkin pakar pembedahan, “Ustaz…, tugas saya ialah membedah orang. Sedangkan pembedahan itu tidak mengenal waktu. Jika ada kes-kes kecemasan saya akan dipanggil segera untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kadang-kadang saya merasa rugi memilih bidang kedoktoran ini kerana tidak berpeluang menghidupkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan . Bayangkan, pukul 3 pagi ketika orang lain sedang bertahajud dan beriktikaf di Masjid, saya pula sedang bergelut di bilik pembedahan” , katanya kesal. Saya terkedu mendengar keluhan doctor ini. “...