Membongkar Kesesatan Fahaman Islam Liberal (Siri 3)














Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi Selangor menyimpan kenangan pahit bagi umat Islam di Malaysia

Saya masih teringat pada tahun 2006, ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri kabinet yang berbangsa Melayu ketika merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) di Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi antara lain beliau menyebut,

“Dalam sebuah masyarakat majmuk tiada seorang pun yang boleh mendakwa bahawa agamanya sahaja adalah agama yang terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana jika dia mengatakan sedemikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Dalam ceramah di Surau al-Hidayah Bandar Warisan Puteri Sikamat semalam, saya telah dedahkan siapa menteri yang dimaksudkan itu. Ucapan kufur menteri yang beragama Islam ini (sekarang masih lagi jadi menteri) telah diterbitkan dalam Infoline Majlis Peguam (Bar Council) serta disiarkan dalam akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, the Star dan New Straits Times.

Anehnya, pada waktu itu tidak ada seorang pun aktivis-aktivis politik ‘dari kapal yang sama’ membantah kenyataan menteri yang celupar ini. Cuma yang mengkritik keras ucapan beliau ialah NGO-NGO Melayu Islam serta sebuah parti politik yang dipimpin oleh ulama.

Jika kita memperhalusi ucapan menteri ini ia adalah mirip dengan doktrin asas yang diperjuangkan oleh Fahaman Islam Liberal iaitu tidak ada satu agama di dunia ini yang boleh mendakwa bahawa hanya ajarannya sahaja yang benar.

Bagi mereka, siapa yang benar hanya Allah SWT sahaja yang layak untuk menentukan dan mengadilinya di akhirat nanti. Dalil al-Quran yang disandarkan ialah surah al-Hajj ayat 17,

“Bahawasanya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Shabe’in dan orang-orang Majusi serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari Qiamat kerana sesungguhnya Allah SWT sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. “

Jawapan :

Maksud sebenar ayat 17 surah al-Hajj yang dijadikan hujah oleh pendokong Islam Liberal ialah apabila hari Qiamat nanti Allah SWT akan memanggil semua umat untuk di adili di hadapanNya. Bagi umat Islam yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Rasul, mereka akan mendapat ganjaran kebaikan. Manakala bagi umat Yahudi, Nasrani , Majusi dan Musyrik jika telah sampai dakwah Tauhid kepada mereka namun masih mengengkarinya maka mereka akan memperolehi hukuman daripada Allah SWT.

Hal ini boleh dilihat dalam banyak ayat al-Quran antaranya surah az-Zumar ayat 71-72,

Maksudnya : …Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-Rasul dari kalangan kamu sendiri yang membacakan ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini ? Mereka menjawab : Ya, telah datang, Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang kafir .(71) setelah itu dikatakan kepada mereka : “ Masuklah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan kamu kekal di dalamnya : Maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.(72)

Dalam al-Quran juga dengan jelas menyebut bahawa hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT. FirmanNya dalam surah ali-Imran ayat 85,

"Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan di hari akhirat dia dari kalangan orang-orang yang rugi".

Tamat.

Wallahualam.

p/s – Sedang menunggu kenyataan rasmi KJ dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu