Posts

Islam menyeru keadilan

Image
Mari kita renung firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Berpegang teguhlah kepada amaran Rasulullah saw bahawa manusia akan menghadapi tahun-tahun yang banyak penipuan, dipercayai pembohong, dibohongi orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, orang yang jahil membuat kenyataan, apabila ditanya keadaannya, Rasulullah saw menegaskan : Orang yang Jahil bercakap mengenai kepentingan orang ramai. Wallahualam.

Bersangka baik dengan Allah

Image
Dalam sebuah hadis, عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ) Maksudnya : "Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah saw, Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajall (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". H uraian hadis Hadis ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya bersangka baik dengan Allah SWT lebih-lebih lagi di saat menjelang ajal. Dalam sebuah hadis yang lain, أن النبي (ص) دخل على شاب وه...

Apabila seorang 'Alim mengharamkan apa yang Allah halalkan

Image
Seorang hamba Allah bertanya saya, Ustaz, apa hukumnya seorang yang alim dalam ilmu agama tiba-tiba mengharamkan ilmu yang dicurahkan kepada muridnya selama ini ? Muslimin dan muslimat sekalian, Saya meminta tempoh untuk menjawab soalan ini daripada penanya dan berjanji untuk memaparkan jawapan dalam entri blog saya. Berikut adalah jawapan yang ingin saya kongsi bersama dengan pembaca sekalian. Dalam sebuah hadis, إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا , قالوا : يا رسول الله وما رياض الجنة ؟ قال : مجالس العلم Maksudnya : Apabila kamu melalui taman syurga, maka minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : Apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu ? ” Nabi saw bersabda : Majlis-Majlis Ilmu. Berdasarkan hadis di atas, tahulah kita betapa mulianya majlis ilmu itu sehingga diibaratkan oleh Rasulullah saw sesiapa yang menghadirinya sama seperti menghadiri Taman Syurga Allah. Para pembaca sekalian, Oleh kerana menuntut ilmu itu satu perbuatan mulia, maka mereka ya...

Hukum menipu

Image
Dalam sebuah hadis, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.” Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti. Sabda Rasulullah saw, أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri. Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih) Rasulullah SAW bersabda...

Ghibah yang diharuskan

Image
Firman Allah SWT, Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat : 12) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT melarang orang-orang yang beriman agar jangan terlalu banyak membuat prasangka buruk kepada sesama manusia, apatah lagi kepada keluarga dan orang-orang mukmin. Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu mengandungi dosa, menyebabkan orang yang melakukannya diseksa. Kemudian Allah SWT...

Cucu mak yang ke 42 !

Al-hamdulillah, malam tadi bertempat di sebuah klinik di pekan Seremban, jam 12.32 malam, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg. Dengan kelahiran ini, sekarang saya sudah mempunyai 2 orang anak perempuan dan 3 orang lelaki. Dan buat mak yang tercinta, nampak gayanya bertambah meriahlah lagi rumah mak semasa Hari Raya yang akan datang !

Hidad - Wajib ketika berkabung

Image
Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah 234) Dalam sebuah hadis, لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا Maksudnya : Tidak harus bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian berkabung aatas kematian seseorang lebih daripada tiga malam (tiga hari) melainkan atas kematian suami; isteri wajib berkabung empaat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari dan Muslim) Huraian Islam membuat peraturan mana-mana perempuan yang kematian suami, mereka diwajibkan berkabung dalam tempoh edah ...

Bangsa yang BANGSAT !

Image
Mereka hidup dalam 'kebangsatan' kerana tidak ada tanah untuk dijadikan negara. Mereka pernah merempat di negara Jerman namun dibunuh oleh Hitler kerana kehadiran mereka menyusahkan negara tersebut. Setelah sekian lama hidup merempat akhirnya mereka merampas tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara haram di atasnya. Namun kewujudan negara yang mereka namakan 'Israil' itu tidak diiktiraf oleh dunia Islam. Punca kebangsatan ? Tidak lain kerana mereka telah dilaknat oleh Allah SWT. "Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariyam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."(al-Maidah 78-79) Bangsa Yahudi di zaman Nabi Musa a.s. Apabila Nabi Mus...

Doa buat mak

Image
Mak memang baik hati. 25 tahun yang lalu, masa arwah abah sakit, mak setia menjaga abah. Mak mandikan abah, mak jiruskan kencing dan berak abah. Sikit pun mak tak mengeluh melayan karenah abah. Masa arwah Uwan sakit pun macam tu juga. Mak tak pernah merungut menjaga Uwan yang mengidap kencing manis. Setiap hari mak lapkan kudis dan nanah yang membusuk di kaki Uwan. Bila time makan, mak bergilir-gilir dengan kak Ipah menghidang dan menemani Uwan makan. 17 tahun dulu ketika Hisham terlantar sakit di Hospital Besar Seremban, mak jugalah yang menjaga Hisham. Mak suapkan makanan ke mulut Hisham dan mak ambilkan air untuk Hisham beristinjak di atas katil. Malam pertama Hisham di hospital, mak cuba hendak menumpang tidur di katil Wad yang kosong, malangnya mak ditegur oleh jururawat yang bertugas. Katanya pelawat tidak dibenarkan tidur di atas katil Wad walaupun katil itu tiada penghuni. Mak akur dengan undang-undang di Wad. Esoknya mak pergi ke pekan Rasah beli kerusi malas dan ...

Nabi saw menangis

Image
Ya, Rasulullah saw sering menangis. Baginda menangisi perihal umatnya di akhirat nanti. Dalam sepotong hadis riwayat daripada Anas bin Malik r.a, pada satu hari Malaikat Jibril a.s telah datang menemui Rasulullah saw, dalam keadaan wajahnya yang berubah. Maka Nabi saw bertanya kepadanya : Wahai Jibril, mengapakah aku melihat wajahmu berubah ? Jawab Jibril : Wahai Muhammad (bagaimanakah wajahku tidak berubah), Aku telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan khabar kepadamu tentang nyalaan api neraka. Maka tidaklah layak bagi mereka yang mempercayai bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar dan siksaan Allah itu amat dahsyat untuk merasa gembira dan bersuka ria sebelum ia merasa aman daripadanya. Lalu Nabi saw bertanya Jibril : Wahai Jibril, khabarkanlah kepadaku akan sifat neraka Jahannam itu ? Kata Jibril a.s : Wahai Muhammad, Ketika Allah Taala menjadikan neraka Jahannam, Allah menyalakan apinya selama 1000 tahun sehingga warnanya bertukar menjadi merah. Kemud...

Perbuatan makruh ketika solat

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, من صلى صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهى بيضاء مسفرة تقول حفظك الله كما حفظتنى ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهى سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتنى حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه Maksudnya : Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat ke langit dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu : Semoga Allah memelihara engkau sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wuduknya serta tiada menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu : Semoga Allah menyia-nyiakan engkau sebagaimana engkau menyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan Al...

Harapan ayah dan bonda

Image
Buat cahaya mata yang bakal dilahirkan Ayahanda dan bonda Menunggumu dengan penuh harapan Buaian kasih mesra sudah disediakan Hingga tidur nyenyak kami dodoikan Biarpun perwira atau jelita Ayahanda dan bonda terima sahaja Kami riba , kami ciummu sayang, Kami timang tinggi-tinggi, Kami belai dikau wahai belahan hati Pengarang jiwa, penyejuk rasa Jika engkau seorang perwira Gagah perkasa menabur bakti Pada agama, bangsa dan negara hendaknya Jika engkau seorang jelita Parasmu indah berseri-seri Menambah kembang di taman pertiwi Memancarkan iman limpahan ilahi Wahai penggirang jiwa Baik perwira atau jelita Ayahanda dan bonda menerima sahaja Anugerah dari Tuhan itu yang utama Semoga kehadiranmu bertambah mesra Ikatan kasih ayahanda dan bonda Menyemai cinta menyusur ke mati Nota : Buat Isteri yang bakal melahirkan, terima kasih sayang !

Kahwin Muhallil (Cina buta)

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah : 230 Firman Allah SWT, “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230) Huraian Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Qur...

Mimpi ngeri seorang wanita

Image
Baru-baru ini seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an berjumpa saya. “Ustaz.., hati saya kecewa, remuk rendam, hancur luluh bagaikan kaca jatuh ke lantai, katanya memulakan cerita. “Asstaghfirullah …! mengapa sampai begitu sekali wahai Puan ?”,bukankah di sebalik kesusahan ada kesenangan ?” tanya saya. “Ustaz…, suami saya telah mengkhianati rumahtangga yang telah kami dirikan sekian tahun lamanya. Dia sudah berkahwin lagi satu….”, ujarnya dengan suara tangisan sayu. “ Bersabarlah wahai Puan…, semuanya itu sudah ditaqdirkan", saya cuba meredakan kesedihannya. “Tapi ustaz…, dia menipu saya, dia memungkiri janji yang pernah dilafazkan sebelum berkahwin bahawa dia tidak akan menduakan saya selagimana saya hidup di dunia ini”, katanya lagi. Kali ini tangisannya bertambah kuat. Saya diam tidak berkata apa, membiarkan dia menangis ... menangis sepuas-puasnya. “Ustaz, hati saya sungguh kecewa. Apa yang saya perlu lakukan ?" tanyanya tersekat-sekat. “Puan, banyak-banyakan bersaba...

Seputar hukum Talak dan Khulu'

Image
Tafsir al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 229 Firman Allah SWT, "Talaq itu dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya aatau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik. Tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang deceraikan itu), kecuali jika kedua-duanya (suami isteri) takut tidak dapat mengakkan aturan-aaturan hokum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hokum Allah, maka tidak menjadi berdosa mengenai bayaran (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan bayaran itu oleh suami). Itulah aturan-aturan hokum Allah, maka janganlah kamu melanggarinya. Sesiapa yang melanggar aturan-aturan hokum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah 229) Huraian ayat Firman Allah SWT, Talaq itu dua kali… Kalau dirujuk kepada latar belakang ...

Bagaimana hukum potong tangan dilaksanakan

Image
Firman Allah SWT, “Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah tangan kedua mereka (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah s.w.t” [al-Maaidah : 38]. Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut pencuri lelaki dahulu kemudian baru wanita kerana jenayah ini biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Anggota Yang Wajib DiPotong Menurut Imam Abu Hanifah jika pesalah itu melakukan kesalahan mencuri kali pertama, maka hendaklah dipotong tangan kanannya. Kemudian jika dia melakukan kesalahan kali kedua maka hendaklah dipotong pula kaki kirinya. Jika dia kembali semula mencuri selepas itu, maka dia akan dipenjarakan ke suatu waktu yang tidak ditetapkan masanya sehinggalah dia mati atau dia terang-terang bertaubat. Tetapi menurut Imam Malik dan Imam Syafie, anggota yang wajib dipotong ialah tangan kanannya bagi kesalahan pertama, jika dia mencuri kali kedua, maka hendaklah dipotong pula kaki kirinya, dan jika dia mencuri kali ketiga maka hendaklah ...

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Image
Mengukir senyuman sebelum dikafankan.. Pemergiannya amat dirasai. Biarpun sewaktu hidup, Almarhum Ust Hj Ashaari bin Muhammad berdepan dengan pelbagai 'kontroversi', namun peranan dan sumbangannya terhadap dakwah Islamiah tidak boleh dinafikan. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah berjumpa dengannya dan tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti jemaah yang dipimpinnya. Namun semasa menuntut di UKM, saya pernah ke Sg Penchala bertemu dengan beberapa orang jemaah al-Arqam untuk mendapatkan nasihat mengenai program 'Malam Kesenian Islam' , dimana saya adalah pengarahnya. Selain itu saya juga sering membaca buku-buku dan rencana yang ditulis oleh Almarhum. Antara buku Almarhum yang pernah saya tatap ialah 'Mengenal Diri Melalui Rasa Hati'. Masya Allah..., gaya tulisannya bersahaja.... namun sentuhannya sungguh berbisa. Membaca buku ini seolah-olah saya sedang bertalaqqi di hadapannya. Beliau 'memukul' dengan lembut, 'merawat' dengan...

Pembatal solat

Image
1. Makan atau minum dengan sengaja. Maksudnya sama ada makanan yang dimakan itu sedikit atau banyak walaupun menelan makanan yang terdapat di celah-celah gigi sebesar gula pasir atau makanan itu di hisap, di kunyah, dihancurkan kemudian di telan maka batallah solatnya. Namun jika jika seseorang itu makan atau minum dengan tidak sengaja kerana terlupa atau jahil disebabkan tinggal berjauhan dari ulama, maka ia tidak membatalkan solat. 2. Berkata-kata dengan sengaja. Sekiranya seseorang itu berkata-kata dengan sengaja sedangkan dia tahu bahawa perbuatan itu adalah haram sekalipun satu huruf yang tidak difahami atau berdehem-dehem tanpa sebab, atau menghembuskan nafas dengan kuat sama ada melalui mulut atau hidung maka batallah solatnya. Adalah tidak batal solat jika seseorang itu berkata-kata kerana jahil disebabkan baru memeluk Islam Namun jika seseorang itu berdehem ketika solat kerana batuk atau untuk membaikkan suara didalam solat, maka hukumnya adalah harus. Begitu juga sek...

TAHNIAH AJK VILA SURIA !

Image
Semalam apabila saya 'google' perkataan Vila Suria, jelas terpampang sebuah blog untuk komuniti di Vila Suria, Bandar Warisan Puteri Sikamat. Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ybhg Prof. Madya Halim Ramli (gambar) dan AJK-AJKnya kerana telah berjaya melahirkan blog ini untuk tatapan dan saluran informasi penduduk di Vila Suria. Moga-moga blog ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Bagi mereka yang ingin melayari blog ini sila ke alamat berikut : http://vilasuria.blogspot.com/2010_05_01_archive.html Wassalam.

Sempurnakan Solat Anda (siri 2)

Image
Pendahuluan Alhamdulillah siri lepas kita sudah membicarakan kaifiat mendrikan solat sehingga sampai kepada tajuk membaca surah al-Fatihah. Kali ini kita sambung lagi dengan beberapa tajuk iaitu : 10. Rukuk Ia adalah fardhu dalam setiap solat yang dilakukan berdasarkan firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu dan sujudlah kamu” (al-Hajj : 77) Cara bagi rukuk ialah membongkok dan meluruskan tulang punggung sehingga kedua telapak tangan mencapai lutut. Sunat merenggangkan jari ketika rukuk berdasarkan hadis Nabi saw, أن النبي (ص) كان إذا ركع فرج بين أصابعه , وإذا سجد ضم أصابعه Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, baginda membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud Nabi merapat-rapatkan jarinya. Semasa rukuk di sunatkan membaca tasbih ini sebanyak tiga kali, سبحان ربي العظيم Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong Atau سبحان ربي العظيم وبحمده Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong dan Terpuji Atau سبوح قدوس رب الملا...