Posts

UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN 31 JULAI-11 OGOS 2012 SEDANG DI BUKA

Image
Bergambar tidak jauh dari Gua Thur Insya Allah, jika tiada aral melintang sekali lagi saya diamanahkan oleh Syarikat KRS Travel & Tours (Seremban) untuk membimbing jemaah Umrah pada pertengahan Ramadhan 2012. Harga ialah RM 6600.00, menaiki  MAS, 12 hari 10 malam dan jemaah akan masuk ke Mekah dahulu. Harga meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, visa umrah, makan dan minum sepanjang di tanah suci, khidmat bimbingan mutawwif, penginapan hotel, pengangkutan ziarah di Mekah dan Madinah serta cukai lapangan terbang. Hotel di Mekah ialah Mira Palace @ setaraf  (350 meter dari Masjidil Haram) dan di Madinah ialah Manazel Muhajirin @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi). Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk bersama saya dalam program umrah ini, bolehlah menghubungi saya 019-6404133 atau hishamuddin@gmail.com atau h ishamuddinmansor@ktj.edu.my . Sekian, terima kasih.

Syukur...jemaah Umrah 3 April 2012 selamat pergi dan selamat pulang

Image
Bergambar di tapak kelahiran Rasulullah SAW Hotel dan kedai sepanjang di Misfalah banyak yang telah ditutup, menunggu masa untuk dirobohkan  Syukur, kesemua 43 orang jemaah yang di bawah bimbingan saya telah pun selamat mengerjakan Umrah bermula dari 3 sehingga 14 April 2012.  Kesemuanya melahirkan rasa gembira yang teramat sangat dan bercadang ingin bertandang semula ke tanah suci jika diberi rezeki di masa akan datang.  Dari kiri Makcik Salamah, Makcik Zainiah, Kak Rohana, Mak dan Makcik Timah  dari Sikamat Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta  rombongan yang banyak membantu dalam menjayakan program umrah ini.   Yang lemah begnya sama-sama di angkat, yang sakit tangannya dipimpin ke masjid, yang hilang wang musibahnya diringankan dan yang tidak faham dibimbing sebaik-baiknya.  Gelak ketawa rakan-rakan sebilik, Abang Aris dari Taman Jujur, Haji Alias dari Tam...

Al-Fatihah : Kami sekeluarga berkabung

Image
Mak, Kak Long dan arwah abang Suman ketika berhari raya di rumah saya  Tanggal 2 April 2012, jam 10.12 malam, abang Ipar sulong saya telah kembali kerahmatullah. Mudah-mudahan roh Allahyarham Haji Osman bin Chik atau lebih mesra dipanggil 'Abang Suman' dicucuri rahmat dan  ditempatkan bersama orang-orang soleh. Aminn. Di kalangan abang-abang Ipar saya, abang Sumanlah yang paling baik dan yang paling pemurah. Semasa saya masih kecil, kalau dengar sahaja abang Suman dan Kak Long nak balik ke rumah mak, saya, abang Zul dan Ajib akan melompat gembira. Sebabnya  abang Suman suka memberi duit kepada kami. Dia melayan adik-adik iparnya sama seperti dia melayan anak-anaknya sendiri. Maklumlah usia kami dan anak-anak Kak Long adalah sebaya. Masa cuti sekolah bulan Disember, oleh kerana keluarga kami orang susah, kami adik beradik akan pergi ke rumah Kak long di Kg Melayu Subang, Selangor. Alhamdulillah..., merasalah kami tinggal di rumah banglow Kak Long dan juga m...

Mintalah pertolongan kepada Allah

Image
  Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah : 45-49 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;(45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.(46) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).(47) Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.(48) Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya,...

Kisah 'Manna' dan 'Salwa'

Image
Tafsir al-Quran  Surah al-Baqarah : 57-61  “Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.(57) Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.(58) Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebalikn...

Disebabkan Wanita, Wang dan juga Kuasa

Ustaz kena tangkap khalwat ! Isu ini agak hangat di perkatakan sekarang.   Jika En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman yang ditangkap khalwat,  orang tidak kisah, dan tidak mahu ambil peduli. Sebab orang tidak tahu siapa itu En. Marjoyo, Pakcik Dolah atau Wak Karman. Tetapi kalau yang ditangkap itu seorang ustaz, apatah lagi yang begitu popular dengan alunan zikir munajat dan mempunyai pengikut yang ramai, sudah tentu isu ini menarik perhatian awam. Bukan sahaja orang Islam, malah Mutusamy dan Ah Chong juga turut berminat dengan kisah sensasi ini.  Benar atau tidak dakwaan yang mengatakan ustaz ini ditangkap kerana  konspirasi pihak tertentu yang hendak mengaibkannya,  hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya. Isteri saya ketika mengulas isu ini, "Kalau hal ini berlaku pada abang, Na tidak akan maafkan abang walau pun ia satu konspirasi jahat !", katanya tegas. Demikianlah hati seorang isteri yang telah meletakkan kepercayaan kepada s...

UMRAH 6-17 JULAI 2012 DI BUKA !

Image
Harga RM 4780.00, penerbangan MAS. Bertolak ke Madinah dahulu. Jumlah hari 13/11M. Melalui KRS Travel Sdn Bhd, Lavender Heights Seremban. Harga termasuk penginapan di Mekah dan Madinah, makan dan minum 3 kali sehari, visa, tiket kapal terbang pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan pengangkutan semasa di sana. Berminat ? Hubungi 019-6404133

Wahai Bani Israil…

Image
Tafsir Al-Quran Surah al-Baqarah : 40-43   “ Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).(40) Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.(41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(42) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (43) ...

Festival Nasyid KTJ : SMAP Kajang juara !

Image
Kumpulan Nasyid Kolej Tuanku Jaafar Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung Festival Nasyid di Kolej Tuanku Jaafar dengan gemilangnya. Tetamu Kehormat yang merasmikan Festival ini ialah Tuan Haji Nik Roskiman bin Abd Samad, Pengarah Radio IKIM.fm. Antara 'gergasi-gergasi' kumpulan nasyid yang bertarung pada kali ini ialah SMAP Labu, SMAP Kajang, SDAR, Kolej Tunku Khursiah, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Kolej UEM Lembah Beringin, Sekolah Sains Alam Syah dan Kolej Tuanku Jaafar. Persembahan mantap dari SMAP Kajang ! Setelah di adili oleh hakim-hakim yang berwibawa dan bijaksana yang didatangkan khas dari kumpulan Hijaz, Saujana dan IKIM.fm, maka Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah di nobatkan sebagai juara Festival, diikuti oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai naib juara. Masing-masing berjaya membawa pulang RM 500.00 (Juara) dan RM 300.00 (Naib Juara) berserta trofi dan hadiah iringan. Tempat ketiga jatuh ke tangan Sekolah Sains A...