Posts

Showing posts from October, 2009

Cara ulama dahulu mengingati kematian.....

Image
Para ulama terdahulu ada di kalangan mereka yang menggali kubur di dalam rumahnya sendiri. Antaranya Maimun bin Mahran seorang ahli ibadah yang terkenal zuhud lagi alim di zamannya. Setiap malam dia akan masuk ke kuburnya untuk membaca Al-Quran sambil menangis. Letak kain kafan dalam rumah Ada juga di kalangan ulama yang meletakkan kain kafan di rumahnya supaya sentiasa dilihat, dengan cara itu akan dapat mengingatkannya kepada kematian. Tidak kurang juga ada yang menulis tulisan-tulisan, “ingatlah kematian” dan di tampal atau digantung di dinding-dinding rumahnya. Banyak baca Al-Quran Antara cara mengingati kematian ialah dengan sentiasa membaca Kitab Allah (Al-Quran). Bacalah Al-Quran itu secara perlahan dan berusahalah untuk menghayati isi kandungannya. Disamping itu hendaklah kita berusaha menghafal seberapa banyak ayat-ayatnya, moga-moga ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafal akan menjadi peneman kita di alam kubur. Sabda Rasulullah saw, اقرءوا القران فانه يأتى يوم القيامة شفيعا ...

Apabila dosa dan pahala sama banyak...

Image
Firman Allah SWT, Dan diantara keduanya (penghuni Syurga dan Neraka) ada batas ; dan di atas (Al-A’raf) itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syurga ; “ Salamun ‘alaikum ”, mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)(Al-A'raf :46) Syurga dan neraka dibatasi oleh tembok Di dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa neraka dan syurga itu telah dipisahkan oleh satu tembok yang tinggi bernama al-A’raf. Di atas tembok itu terdapat segolonganan manusia yang disebut sebagai Ashabul A’raf yang boleh menyaksikan penduduk syurga dan penduduk neraka. Kepada penduduk syurga mereka ucapkan keselamatan dan kesejahteraan. Golongan Ashabul A'raf sangat berharap untuk masuk segera ke syurga namun mereka tertahan. Kenapa Ashabul A’raf tidak boleh ke Syurga..? Pendapat yang masyhur mengata Ashabul A’raf tertahan untuk ke syurga kerana mereka ini ialah golongan yang sama berat t...

Bolehkah bapa menyuruh anak lelakinya menceraikan isteri...?.

Image
Bagi menjadikan rumahtangga lebih berkat, eloklah mana-mana lelaki yang ingin mengahwini mana-mana perempuan meminta pandangan serta mendapatkan restu daripada kedua-ibupanya. Sekiranya seseorang ayah yang soleh yang tidak pernah menyuruh anaknya melakukan kezaliman, tiba-tiba memerintahkan anaknya supaya menceraikan isterinya atas alasan syarak, maka adalah lebih utama anak lelakinya itu menurut kehendak ayahnya. Ambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim a.s..... Imam Bukhari mengeluarkan dari sahihnya mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. Setelah ibu Nabi Ismail a.s meninggal dunia, lantas Ibrahim datang ke Mekah untuk bertemu dengan anaknya Ismail yang ketika itu telahpun berkahwin, Namun apabila Nabi Ibrahim sampai di rumah anaknya, baginda tidak dapat berjumpa dengan Ismail. Baginda bertanya kepada isteri Ismail di mana Ismail ? Isterinya menjawab, Ismail keluar mencari nafkah. Nabi Ibrahim bertanya lagi, bagaimana keadaan kamu apabila berkahwin dengan Ismail ? Isteri Nabi Ismail menj...

Apabila jenazah diusung ke kubur…

Image
Imam Bukhari dan Muslim dalam sebuah hadis yang datangnya dari al-Barraa’ bin A’zib meriwayatkan bahawa Nabi saw semasa menghantar jenazah seorang Ansar ke tanah perkuburan Baqi’ baginda berdoa, أعوذب الله من عذاب القبر Maksudnya : Aku mohon berlindung dengan Allah daripada azab kubur. Bayangkan, kalaulah Rasulullah saw seorang kekasih Allah turut berdoa agar dilindungi dirinya dari azab kubur, maka siapalah kita sebagai umatnya yang serba kekurangan dan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Jenazah menjerit.... Imam Bukhari meriwayatkan sepotong hadis, إذا وضعة الجنازة واحتملها الجال على أعناقهم فإن كانت صالحة , قالت : قدمونى , وإن كانت غير صالحة قالت لأهلها : يا ويلها أين يذهبون بها ؟ يسمع صوتها كل شئ إلا الانسان , ولو سمع الانسان لصعق Maksudnya : Apabila mayat telah diletakkan dalam keranda dan dipikul oleh kaum lelaki di atas bahu mereka, jika ia seorang yang soleh ia akan berkata bawalah aku (segera) dan jika ia bukan orang yang soleh ia berkata kepada ahli kel...

Bolehkah berdoa agar disegerakan kematian...?

Image
Pada dasarnya, Rasulullah saw melarang seseorang muslim bercita-cita agar di segerakan kematian.Hal ini bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah saw yang berbunyi, لا يتمنين أحدكم الموت لضر نزل به فان كان محسنا فلعله يزداد احسانا وان كان مسيئا فلعله أن يتوب Maksudnya : Janganlah sekaali-kali seorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati disebabkan sesuatu musibah yang menimpa dirinya. Kerana jika dia adalah seorang yang baik, maka barangkali musibah yang menimpa dirinya akan menambah kebaikkannya, sedangkan jika dia seorang yang jahat, maka siapa tahu dia kan bertaubat. ( Sahih Bukhari dan Muslim) Dalam sepotong hadis yang lain, baginda bersabda, المسلم لا يزيد عمره الا خيرا Maksudnya : Bertambahnya umur seseorang muslim tentunya akan menambah lagi kebaikkan untuk dirinya. ( Sahih Muslim) Bagaimana pula dengan kes Saidina Omar ...? Saidnia Omar bin Al-Khattab r.a ketika menunaikan ibadah Haji untuk kali yang terakhir, beliau mengangkat kedua-dua tangannya ketika melontar Jum...

Selamat berangkat jemaah haji Malaysia ....

Image
"Ustaz, malam Jumaat ini Masjid Sikamat akan menganjurkan majlis meraikan bakal-bakal jemaah Haji. Ustaz di jemput hadir “, demikianlah panggilan yang saya terima dari Setiausaha Masjid pagi semalam. Kenangan lalu menggamit rasa… Bersiap dengan kain ihram di Kelana Jaya Masa berlalu begitu pantas. Sedar atau pun tidak, musim Haji kembali lagi. Tahun lepas saya dan isteri telah berkesempatan menunaikan rukun Islam yang ke lima ini. Kami mula mendaftar untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun 2005 di Pejabat Tabung Haji Ampangan Seremban. Kalau ikutkan giliran, kami hanya boleh menunaikan fardhu Haji pada tahun 2011. Namun oleh kerana perasaan meronta-ronta untuk menunaikan fardhu Haji ditambah lagi dengan wang simpanan yang sudah pun mencukupi, maka seawal Januari 2008, saya telah menghantar surat rayuan ke Pejabat Tabung Haji Kuala Lumpur. Alhamdulillah surat saya mendapat respon yang positif, apabila sekitar bulan April 2008, saya telah dihubungi oleh pejabat Tabung Haji...

Jangan suka bersumpah…

Image
Firman Allah SWT, “Dan janganlah kamu jadikan (nama ) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu dari berbuat baik, dan bertqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui “(al-Baqarah ayat 224) Sebab turun ayat Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai. Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim, ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha. Kata lelaki ini Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan. Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah. Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata : Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian. Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan en...

Wahai suami.., ingatlah tanggungjwabmu…

Image
Firman Allah SWT, “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ” (Surah at-Tahrim ayat 6) Melalui ayat ini Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara diri dan keluarga daripada api neraka iaitu dengan menyuruh mereka mentaati perintah Allah, bertaqwa kepada-Nya, melakukan kebaikan serta menjauhi segala kemungkaran. Yang dimaksudkan dengan ahli keluarga ialah isteri, anak-anak, khadam atau pembantu serta mereka yang berada di bawah jagaan. Marilah kita bermuhasabah... Kepada mereka yang bergelar suami marilah sama-sama kita menilai diri, sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna terhadap isteri dan anak-anak kita ? Antara lain yang perlu kita lakukan ialah , a. Memberi pendidikan aga...

Kalau bekerja, bekerjalah dengan jujur.....

Image
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak seberapa dan ramai penganggur di luar sana namun Al-hamdulillah kita masih mempunyai pekerjaan. Justeru, marilah kita bekerja dengan jujur dan amanah demi sesuap rezeki yang halal. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Dalam ayat ini Allah SWT melarang memakan harta orang lain dengan cara yang salah (batil). Termasuk memakan harta secara haram (batil) ialah seperti pekerja yang sengaja melewat-lewatkan kerjanya supaya dia boleh membuat kerja lebih masa (over time), atau membuat tuntutan yang tidak sepatutnya dari majikan, atau ponteng kerja dengan alas an sakit lalu ditunjukkan surat sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor yang diupah, menggunakan peralatan pe...

Di Padang Mahsyar, hutang 5 sen tak bayar ..… Allah ambil 700 solat fardhu !

Image
Apabila manusia dibangkitkan dari kubur untuk menuju ke Padang Mahsyar, mereka bukan sahaja di bangkitkan dalam rupa bentuk dan tabiat yang asal, sebaliknya mereka akan di bangkitkan sama seperti keadaan mereka mati di dunia dahulu. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya, "Dibangkitkan semula setiap hamba oleh Tuhannya dengan keadaan sebagaimana dia di matikan dahulu". Peringatan kepada artis-artis penyanyi.... Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rhm di dalam kitabnya Kasyful Ulumil Akhirat menyatakan, di akhirat kelak ada segolongan manusia yang apabila dibangkitkan dari kuburnya akan tergantung di atas bahunya alat-alat muzik yang pelbagai rupa. Peralatan muzik yang terlonggok di atas bahu artis dan pemuzik ini sama ada besar atau kecil adalah satu beban yang sungguh menyeksakan. Lalu artis atau pemuzik ini melontarkan kesemua peralatan muzik tersebut sambil berkata, “Pergi Jahannamlah kamu semua, sebab engkaulah aku lalai daripada mengingati Alla...

Di takdirkan kita mati hari ini ...

Image
Imam Bukhari meriwayatkan sepotong hadis, اذا وضعت الجنازة واحتملها الرجال على أعناقهم فان كانت صالحة , قالت : قدمونى , وان كانت غير صالحة قالت لأهلها : يا ويلها أين يذهبون بها ؟ يسمع صوتها كل شىء الا الانسان , ولو سمع الانسان لصعق Maksudnya : Apabila mayat telah diletakkan dalam keranda dan dipikul oleh kaum lelaki di atas bahu mereka, jika ia seorang yang soleh ia akan berkata bawalah aku (segera) dan jika ia bukan orang yang soleh ia berkata kepada ahli keluarganya : Wahai celakanya ! kemanakah kamu hendak membawaku ? Suaranya didengar oleh segala sesuatu melainkan manusia. Dan sekiranya di dengari oleh manusia nescaya akan pengsan. Saudara dan saudariku sekalian.., Bayangkan kalau kita mati hari ini atau malam ini, bagaimanakah nasib kita di alam barzakh ? Jawapannya hanya ada dua sama ada kita menerima azab atau menerima nikmat. Justeru apakah ikhtiar kita untuk menyelamatkan diri dari azab kubur ? Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah saw, Nabi memberi pertunjuk beberapa am...