Posts

Showing posts from January, 2010

Isu Black dan Mas Idayu….

Image
Saya sebenarnya tidak berminat mengikuti perkembangan artis di Malaysia. Cuma saya tergerak menulis isu ini apabila terbaca di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, ruangan Pancaindera muka surat 8. Isu ini amat penting untuk saya ulas kerana ia bukan sahaja berkait rapat dengan isu moral, malah isu akidah. Fakta kes Pada 10 hb Januari 2010 Black maju setapak lagi dalam dunia seninya apabila diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL24). Menyambut kemenangannya, beliau tanpa rasa malu telah mencium Mas Idayu yang pernah menjadi mentornya seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Jelas tindakan beliau ini telah menimbulkan persepsi kurang menyenangkan dari penonton. Lalu wartawan hiburan telah mengajukan soalan ini kepada beliau dan sebagai mempertahankan tindakannya Black menjawab bahawa, “Bukan cium pipi.., tapi laga pipi sahaja…, lagi pun Black dah anggap Mas Idayu macam ibu”. Jawapan ini menggambarkan beliau seorang yang jahil dalam agama. Sepatutnya Bla...

Tulisan lebih tajam dari mata pedang....

Image
Masih ingat dengan pameran hantu yang diadakan di Muzium Negeri Sembilan suatu ketika dahulu ? Pameran ini bermula pada 10 hb Mac dan sepatutnya berakhir pada 31 Mei 2007. Namun pameran ini akhirnya berjaya di‘bungkus’kan sebelum sampai ke tarikh penamatnya. Sebab ? Pada 12hb Mac 2007 , saya menghantar surat ke ruangan forum pembaca akhbar Utusan Malaysia membantah pameran yang tidak berfaedah ini. Tak sangka pula,tulisan saya meletup, menggegarkan Negara dan diulas oleh Dr Asri (Mufti Perlis ketika itu), Rais Yatim (Menteri yang jaga Muzium)dan Mohamad Hassan(MB)sehingga dibawa ke mesyuarat kabinet, kemudian dibincangkan dalam majlis fatwa sehinggalah kepada pengharamannya. Berikut adalah tulisan saya : Apa Faedah Pameran Hantu, Jin? BENARKAH makhluk halus, hantu dan jin boleh ditangkap serta dipamerkan kepada orang ramai?. Saya teruja dengan soalan ini apabila Lembaga Muzium Negeri Sembilan menganjurkan Pameran Alam Misteri: Jin Dan Hantu yang sedang diadakan di Seremban seka...

Kalimah Allah : Penutup dan Noktah !

Image
Bila Sayed Tantawi kata Malaysia sebagai sebuah Negara Islam ... Saya masih ingat, sekitar tahun 2006 ketika Dr. Sayed Tantawi (Sheikhul Al-Azhar) datang ke Malaysia beliau membuat kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tulin yang menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain. Maka gegak gempitalah ustaz-ustaz yang pro pembangkang (termasuk saya) membidas kenyataan Dr.Sayed Tantawi. Kami memohon supaya Sayed Tantawi tinggal di Malaysia dalam tempoh sebulan, baru dia boleh menilai sama ada Malaysia ini sebuah Negara Islam atau tidak. Hakikatnya Sayed Tantawi orang luar, dia tidak pernah tahu masalah keruntuhan moral di kalangan remaja Islam di Malaysia, dia tidak pernah tahu berapa banyak kilang-kilang arak di negara ini, dan dia tidak pernah tahu berapa banyak pula lesen-lesen judi serta kasino-kasino yang telah diluluskan oleh kerajaan BN. Itu tidak termasuk gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, duit royalti minyak di rompak, yang miskin bertambah miskin...

Bolehkah makhluk halus disumbat dalam botol ?

Image
Terdapat dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan si pulan itu telah berjaya menangkap jin atau toyol lalu dimasukkan ke dalam botol dan dibuang ke dalam laut. Dan tidak ketinggalan juga ada hantu yang dipamerkan untuk tatapan orang ramai. Bagaimana pandangan Islam mengenai hal ini ? Jawapan Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang sedikit sebanyak budayanya dicambahi oleh pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat. Disebarkanlah dakwaan itu dan ini yang kadang-kadang ia bercanggah dengan hukum syarak. Makhluk halus seperti jin, ifrit, syaitan, iblis atau toyol (menurut istilah orang Melayu) dibuat daripada api (bukan fizikal). Kederasannya adalah sama seperti kederasan cahaya. Oleh itu, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang berbentuk fizikal. Kuasa api ialah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok. Sebagai contoh, kita melihat kuasa x-ray yang boleh melintasi badan kita, melihat gambar tulang rusuk, tulang belakang dan melihat a...

Zina : Dosa yang bakal menghantui sipelakunya !

Image
Sampai hati kau buang aku... Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumahtangga, menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Sabda Rasulullah saw, إذا ظهر الزنا والربى فى قرية فقد أحلوا فى أنفسهم عذاب الله Maksudnya : Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah SWT. Kenapa mak buat saya macam nii..? Sabda Nabi saw lagi, “Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya”. Sebuah lagi hadis, “ Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur ...

Sempurnakan wuduk anda .....

Image
Rukun-rukun wuduk 1.Niat. Menurut fuqaha Syafi’eyah, niat hendaklah serentak dengan basuhan yang pertama, yakni muka. Memadai lafaznya : نويت الوضوء Maksudnya : Sahaja aku berwuduk 2.Basuh Muka. Alirkan air dan ratakan keseluruh muka dari anak rambut bahagian atas muka sehinggalh di bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri. Wajib juga membasuh janggut kerana ia termasuk dalam bahagian muka. Bagi mereka yang berjanggut lebat atau tebal memadailah membasuh bahagian luarnya sahaja dan disunatkan menyelai-nyelainya dengan jari jemari. 3.Basuh kedua tangan dan siku . Menurut fuqaha Syafe’iyah, jika mengambil wuduk dari tempat yang boleh dicedok airnya dengan tangan, maka disunatkan di mulai dari hujung anggota wuduk. Tetapi jika mengambil wuduk dari air yang mengalir seperti paip atau dari air yang dicurahkan oleh seseorang, maka sunat membasuh dari kedua-dua siku atau dari kedua-dua buku lali kaki. 4.Sapu air di kepala. Menurut mazhab Syafi’eyah, yang difardhukan ...

CUBA TEKA …..

Image
Ayat ini di ambil dari Al Quran, Bible atau dari rekaan Kristian ? ALLAH berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak- anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kada...

Nabi Isa a.s akan kembali.....

Image
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 157-158, “Dan Karena Ucapan mereka: "Sesungguhnya kami Telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah ", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (157) Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (158). Benarkah Nabi Isa a.s belum wafat ? Jawapan, Ya berdasarkan ayat ini orang-orang Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s belum lagi wafat, kerana baginda tidak disalib tetapi diselamatkan oleh Allah SWT dengan cara mengangkat baginda ke sisi –Nya. Dalam ayat ini jug...

Siapakah Dia Waliullah ?

Image
Tok Kenali, tokoh ulama yang dikatakan sebagai Waliullah. Waliullah ertinya orang yang benar-benar hampir kepada Allah SWT. Orang ini ialah insan yang istimewa di sisi Allah SWT, sentiasa memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua perkara serta menjauhi semua larangan Allah SWT. Waliullah memang wujud dari dahulu sehingga sekarang. Di dalam Al-Quran surah Yunus, Allah SWT berfirman, ألا ان أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون (62) الذين ءامنوا وكانوا يتقون (63) Maksudnya : Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (62) (Iaitu) orang-orang yang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (63) Adakah wali akan mengaku dia adalah wali ? Persoalan, bolehkah seseorang manusia mendakwa bahawa dia adalah wali Allah ? Prof Haron Din dalam satu rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah keluaran 1-15 Januari 2007 menulis, Tidak pernah saya berjumpa dalam sebarang sumber sejarah Islam tentang seseorang wali Al...

2012 : Satu lagi filem sampah !

Image
“ Sir, have you ever watched this film ? ”, asked Hanna one of my Australian student in 2 international. “What film ?”, I asked. “2012”, she replied. “Can you tell me about the story ?”, I asked Hanna with interest. “Of course sir. It’s about Doomsday coming two years later. At the end of the movie a few people survived”. Then I explained to my students, “Class, do you know this film wants to tell us that we have a chance to survive and escape Doomsday using man-made technologies. For me this is rubbish and against what Al-Quran mentions …, that all living being will die !”, I expressed.

Sahabatku yang bernama Ust Hj Halim bin Abdullah ...

Image
Ust Hj Halim Abdullah sedang memimpin jemaah Haji kelolaan syarikatnya Sepanjang bergelanggang dalam arena dakwah, saya berkenalan dengan ramai rakan-rakan para Ustaz. Saya mengenali Ust Hj Kamal, Ust Hj Azhar, Ust Alim, Ust Hj Zawawi dan Ust Shafie di Bandar Warisan Puteri, Sikamat. Saya rapat dengan Ust Nasaruddin Ali, Ust Afendi, Ust Norazman, Ust Ali Kuty dan Ust Zaidi Ramli. Saya mengkagumi Ust Sheikh Mohsein, Ust Ann Wan Seng , Brother Shahkirit dan Cikgu Azmi bin Abdul Hamid. Saya bersahabat dengan Ust Hafizi, Ust Amru al-Haz, Ust Syarizan dan Ust Najib. Saya menghormati Ust Hj Humaidi, Ust Jaafar Mohammad, Ust Surol, Ust Hj Kasim dan Ust Hj Halim bin Abdullah. Inilah rakan-rakan saya di dunia dan akhirat. Jangan sesiapa yang cuba menjarakkan antara saya dengan mereka. Kepada ustaz-ustaz sekalian, saya doakan agar semuanya sihat wal’afiat dan beroleh kejayaan dalam apa sahaja lapangan kerjaya. Jika ditakdirkan saya meninggal dunia dahulu, saya berharap agar rakan-rakan...

Kalimah Allah : Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Image
Nanti Kristian pun kata ini rumah Allah ! "Wah, dahsyat betul serangan misionari Kristian ke atas umat Islam di Malaysia hari ini", kata abang Aris selepas saya menyampaikan kuliah Maghrib di surau Al-Amin Sikamat baru-baru ini. "Kenapa pula ?", tanya saya. "Cuba Ustaz tengok betapa hebatnya mereka. Sekali mereka asak dengan isu kalimah Allah , orang Islam terus berantakan dan berpecah menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan sokong mereka guna kalimah Allah dan satu lagi kumpulan menentang. Ulama pun macam tu jugak, berpecah menjadi dua kelompok, satu kelompok Haron Din dan satu lagi kelompok Haji Hadi" , jelasnya sambil menuangkan teh o ke cawan saya. Sudah menjadi tradisi di surau ini akan mengadakan jamuan ringan selepas kuliah Maghrib. "Ustaz sokong siapa pulak?", tanya pakcik Yasin jemaah yang paling tua di surau itu. "Dalam hal ini, wajib kita menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia kerana mereka adalah badan yang berauto...

Gerakan Feminisme : Satu lagi ancaman akidah ke atas umat Islam di Malaysia !

Image
Amina Wadud, pendokong utama Gerakan Feminisme Selain berdepan dengan gerakan missionari Kristian, umat Islam di negara ini juga sedang di asak akidahnya oleh beberapa kumpulan sesat yang lain seperti Gerakan Feminisme,Kumpulan Anti Hadis dan Fahaman Islam Liberal. Artikel hari ini saya fokuskan kepada Gerakan Feminisme. Gerakan Feminisme …? Ya, Gerakan Feminisme sebenarnya berasal dari barat yang bertujuan mewujudkan persamaan laki-laki dan perempuan (gender equality). Gerakan yang didokong oleh mereka yang berfahaman Islam Liberal ini menunutut persamaan hukum-hukum syariah antara lelaki dan wanita. Di antara isu-isu liberal dan kontroversi yang ditimbulkan oleh kumpulan ini ialah poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang, perkahwinan yang berbeza agama termasuk muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah, masa edah bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi juga untuk laki-laki, isteri boleh menjatuhkan talak dan bahagian warisan anak laki-laki dan wanit...