Posts

Alam Cakerawala Bukti Kekuasaan Allah

Image
Buku ini diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sempena Konvensyen Falak pada 26 hingga 27 March 2011 Allah SWT menjelaskan pergerakan bulan yang berada tetap di paksinya mengelilingi bumi bertujuan untuk memberi faedah kepada manusia mengetahui bilangan hari, bulan, musim dan tahun. Firman Allah SWT, "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya)". (Yunus 005) Bagi golongan yang beriman, mereka boleh mengetahui masa untuk beribadat seperti waktu solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu Haji di Baitul...

Berkursus Tafaqquh Haji di Kelana Jaya

Image
Hari ini dan semalam saya berada di kompleks Haji Kelana Jaya kerana mengikuti kursus intensif Tafaqquh Haji bagi Guru-Guru Pembimbing Ibadah Haji peringkat zon tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Inilah kali pertama saya menyertai kursus seperti ini. Di kalangan peserta ada yang sudah berpengalaman berbelas-belas kali sebagai Mutawwif Haji. Topik yang menjadi perbincangan Ada dua topik yang dibincang dan ditelaah iaitu permasalahan haidh dan Istihadhah serta perkara-perkara larangan ihram (muhramat ihram). Kitab turas yang menjadi rujukan para peserta ialah “Bughyah at-Tullab” karangan Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani. Kami dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seramai 9-ke 11 ahli. Saya dimasukkan ke dalam kumpulan 10. Kumpulan kami diberi tugas membaca, memahami dan mengambil point-point penting dari kitab “Bughyah at-Tullab” bermula dari muka surat 227 hingga 230, juzuk kedua di bawah tajuk perkara-perkara ...

Pusat Kegiatan Aktiviti di Vila Suria

Image
Alhamdulillah, Wakaf Pusat Kegiatan Aktiviti Vila Suria sedang rancak dalam pembinaan dan insya Allah dijangka siap tidak berapa lama lagi. Ia terletak di belakang tapak pembinaan Surau, setentang dengan rumah Ust Muharizal. Pembinaannya adalah kekal dan tidak akan dirobohkan walaupun Surau Vila Suria telah siap dibina nanti. Dengan wujudnya wakaf ini, penduduk Vila Suria boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan silaturrahim. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria sangat mengalu-alukan bantuan derma dari orang ramai. No. akaun Jawatankuasa Pembinaan Surau ada di paparkan di blog ini. Muslimin muslimat juga boleh berhubung terus dengan Ust Hj Azzahar bin Abd Aziz no H/P 0193322677 atau Bendahari En. Azmi no H/P 0167644863 . Segala jasa baik para penderma hanya Allah SWT sahaja yang layak membalasnya. Sekian.

Pancaindera beri pedoman manusia renung kebesaran Pencipta

Image
MANUSIA makhluk menakjubkan yang Allah letakkan kepada mereka banyak rahsia kekuasaan Ilahiyah dan tempat melahirkan inayah ketuhanan-Nya. Mereka dipilih Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi seperti firman-Nya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'am ayat 165) Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini. Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (az-Zariya...

Takziah buat semua mangsa ribut

Malam ini saya menyampaikan kuliah bulanan di surau Taman Desa Beringin. Apabila saya sampai, kelihatan perkarangan surau ini berselerak dengan atap-atap genting, kayu-kayan, tiang-tiang dan macam-macam lagi. Di atas atap surau pula, kelihatan beberapa orang pekerja Indonesia sedang bertukang, seperti membaiki sesuatu. Saya sangkakan mungkin surau ini sedang direnovasi. Telahan saya silap apabila saya diberitahu oleh Ust Akib (Pengerusi Surau) bahawa surau ini telah dilanggar oleh puting beliung yang sungguh dahsyat petang semalam. Banyak atap gentingnya terpelanting. Dalaman surau pula basah kuyup akibat disimbahi air hujan yang lebat. Sebuah khemah yang sedia terpasang di perkarangan surau telah diterbangkan sejauh 200 meter dari kedudukannya. Kereta Ust Akib yang di parking di halaman surau turut berubah kedudukan dan bercalar hasil terkena serpihan benda-benda yang terpelanting. Manakala sederet rumah di Taman Desa Beringin turut bocor kerana atapnya terbang ditiup angin. Patu...

Jawapan 'Aisyah

Image
Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 11-14 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)”. (An-Nur 011) Huraian ayat Ayat ini diturunkan khusus dengan satu peristiwa di mana Saidatina Aisyah telah dituduh melakukan perbuatan curang dengan sahabat Rasulullah saw yang bernama Safwan bin Al-Mu’attol. Tuduhan fitnah ini dibuat oleh ketua munafik yang bernamaAbdullah bin Ubai bin Salul. Tuduhan ini cukup berat untuk ditanggung oleh Rasulullah saw dan keluarganya. Kerana ia lebih kepada serangan peribadi untuk memalu dan menjatuhkan reputasi Rasulullah saw sekaligus mencemarkan maruah isteri ba...

Azan

Image
Laungan azan sentiasa berkumandang 24 jam Dalam sebuah hadis, عن عبدالله بن عمر أنه قال كان المسلمون حين قدموا المدينة يجتمعون فيتحينون الصلوات وليس ينادى بها أحد فيتكلموا يوما فى ذلك فقال بعضهم اتخذوا ناقوسا مثل ناقوس النصارى وقال بعضهم قرنا مثل قرن اليهود فقال عمر أولا تبعثون رجلا ينادى بالصلاة قال رسول الله (ص) يا بلال قم فناد بالصلاة Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, tatkala kaum muslimin belum beberapa lama tiba di Madinah, mereka berkumpul bersama-sama untuk solat. Mereka hanya kira-kirakan sahaja kalau waktu solat telah tiba, kerana belum ada suatu cara untuk memanggil orang ramai berkumpul ke tempat solat. Maka pada satu hari mereka bermesyuawarah membicarakan hal itu. Sesetengah mereka mengusulkan : Ambillah naqus (loceng) seperti naqus orang-orang Nasrani (Kristian)." Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet orang-orang Yahudi."Lalu berkata ‘Umar: "Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyer...

Artikel Pluralisme Agama di Berita Harian

Image
Berita Harian, tarikh 12.3.2011 ms/35 Selamat membaca.

Berubat dengan ayat-ayat Al-Quran

Image
Dalam sebuah hadis riwayat Imam At-Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari, Nabi saw bersabda, عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ، قال الهرم Maksudnya: “Wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit .Para sahabat bertanya “Apa dia ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”. Daripada hadis ini dapat kita ketahui bahawa Islam memerintahkan umatnya supaya berubat daripada penyakit yang dihidapi. Hukum berubat ada dua iaitu wajib dan harus. Pada orang awam ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan dan penyakitnya sudah sampai ketahap kritikal. Namun ia menjadi harus sekiranya seseorang itu masih boleh menahan kesakitan serta dapat bersabar jika penyakitnya itu belum teruk. Berubat dengan madu Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a memberitakan Rasulullah saw telah bersabda, عليكم بالشفاءين :...

Kisah Khaulah yang curang

Image
Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 6-9 Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; (6)Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.(7)Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -(8)Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.”(9) (An-Nur 006-009) Huraian ayat Ayat ke 6 menjelaskan sekiranya mana-mana suami yang melemparkan tuduhan zina ke atas isterinya sedangkan dia tid...

Mari perhatikan surah An-Nur ayat 23

Image
Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 23 Firman Allah SWT, Sesungguhnya orang-orang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik (yang lengah) lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar( 23) Mukaddimah Dalam artikel sebelum ini telah dijelaskan tentang hukuman qadzaf, iaitu mereka yang membuat tuduhan zina ke atas perempuan yang baik lagi solehah, sekiranya gagal membawa 4 orang saksi yang adil mereka bakal menerima hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan. Dalam ayat 5 surah An-Nur menjelaskan, sekiranya mereka bertaubat, Allah SWT akan mengampuni dosa dan kesalahan mereka. Huraian ayat 23 Namun pengampunan Allah SWT itu ada pengecualiannya sepertimana yang diterangkan dalam surah An-Nur ayat 23. "...mereka kena laknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar" Ayat ini diturunkan khusus dengan satu peristiwa di mana Saidatina Aisyah telah dituduh melakukan perbuatan curang dengan sahabat yang bernama Sa...

Ikut Nabi bukti cinta

Image
Artikel saya hari ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Mega Agama ms 24 Firman Allah SWT, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ali-‘Imran : 31) Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan. Firman Allah SWT, “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (Al-Hashr : 7) Rasulullah saw menin...

Artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian

Image
Hari ini artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian di muka surat 31 , ruangan Agama. Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Sebenarnya saya sudah lama tidak menghantar artikel di akhbar ini. Kali terakhir saya menghantarnya ialah pada tahun 2001. Artikel pertama yang disiarkan ialah 'Ilmu kebal tidak wujud dalam Islam' diikuti dengan artikel 'Tanggungjawab memelihara ibubapa', 'Tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah', 'Rahmat iman kepada manusia' dan beberapa buah artikel lagi. Setiap artikel saya menerima sebanyak RM 150.00 ke RM 200.00. Dengan wang yang diterima dan dikumpulkan, dapatlah saya mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran (kecil-kecilan) sempena masuk rumah baru di Taman Sri Penaga, Sikamat sepuluh tahun yang lalu. Rumah itu dibeli atas nama isteri. Kemudian saya mula menyepi..., tidak mahu lagi menulis. Entahlah saya pun tak tahu kenapa… Mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja, komitmen dengan keluarga dan berkul...

Sekilas hukum zina, jadi pak sanggup dan qadzaf

Image
Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 1-5 “Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).(1)Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(2)Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman(3). Dan orang-orang yang melemparkan tuduh...

Selamat Pengantin Baru Ust Jamil !

Pagi tadi saya menerima ‘sms’ daripada abang Ahmad, Bilal Masjid Qaryah Sikamat. Beliau mewakili Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil bin Wahab, Nazir Masjid Qaryah Sikamat menjemput datang ke rumahnya di Taman Tunku Khursiah pada hari Sabtu ini kerana meraikan pernikahannya dengan seorang gadis dari Senawang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Sebelum ini saya hanya mendengar khabar-khabar angin sahaja yang Ust Jamil akan berkahwin, sekaligus menamatkan zaman dudanya. Tetapi apabila ‘orang kuat’ Masjid Qaryah Sikamat sendiri yang mengesahkannya, saya turut tumpang gembira. Sekurang-kurangnya Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil sudah ada peneman yang bakal menceriakan kehidupannya. Di kesempatan ini saya serta ahli-ahli kariah Masjid Sikamat ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. Semoga pernikahan Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kebaikan dan kebahagiaan kepada pe...

Siapakah manusia ?*

Image
Manusia bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah Firman Allah SWT, Dan juga pada dirimu sendiri mengapa tidak kamu perhatikan. Pelbagai pandangan ulama dalam mendefinasikan siapakah manusia yang sebenarnya. Boleh disimpulkan bahawa manusia ialah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dalam kesempurnaan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Selain itu manusia adalah ‘makhluk mukallaf’. Makhluk ertinya diciptakan dan mukallaf ertinya dipertanggungjawabkan. Jelasnya, manusia ialah makhluk yang mempunyai tanggungjawab atau yang dibebankan dengan beberapa kewajipan. Manusia juga merupakan makhluk yang menakjubkan yang Allah SWT letakkan kepada mereka banyak rahsia kekuasaan Ilahiyah dan tempat melahirkan inayah ketuhanan-Nya. Mereka dipilih oleh Allah SWT sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi sebagaimana firman-Nya, “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang te...

Semoga cepat sembuh

Hari ini sekali lagi saya berkunjung ke surau An-Nur Bandar Baru Bangi kerana menggantikan Ybhg Al-Fadhil Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, menyampaikan kuliah Dhuha kepada para muslimat. “Dato’ baru keluar dari Wad, masaalah darah tinggi. Sekarang sedang berehat di rumah”, kata Haji Muazzan setiausaha khas kepada Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus. Ketika itu saya baru sahaja menghabiskan kuliah. Kami dan AJK Muslimat sedang menikmati jamuan di ruang dapur Surau An-Nur. “Maklumlah di musim-musim sambutan Maulidur Rasul seperti ini, Dato’ berceramah di merata-rata tempat. Macam-macam jamuan yang dihidangkan kepada Dato”, sambung Haji Muazzan lagi. “Kenapa abang tak kawal pemakanan Dato’?” , tanya saya. “Nak control macam mana Ustaz…, saya pun ‘libas’ jugak”, jawab Haji Muazzan tersengih-sengih. “Dato’ sebenarnya seorang yang tidak cerewet tentang hidangan. Apa sahaja yang dijamu oleh pihak penganjur, Dato’ akan makan”, sambung Haji Muazzzan. “Ya…, Ustaz Dato’ Haron Din pun macam tu jug...

Di pondok kecil

Image
Antara lagu nasyid kegemaran saya Hari ini cuti Maulidur Rasul. Saya mengambil peluang membawa anak-anak murid menziarahi rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan di Gedong Lalang Ampangan. Anak-anak yatim lelaki Kali terakhir kami menjenguk Rumah Anak-Anak Yatim di sini ialah pada tahun 2008. Aktiviti yang dijalankan Saya serahkan sepenuhnya kepada anak-anak murid untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak yatim. Anak yatim perempuan Justeru ada anak-anak murid yang menyanyi nasyid, ada yang berselawat, ada yang bercerita kisah Nabi, ada yang main teka teki dan ada yang berlawak jenaka. Sungguh kreatif. Matlamatnya satu, kami mahu menggembirakan anak-anak yatim di sini. Kami tidak mahu mereka bersedih. Manakala murid saya Nik Nur Madihah (pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2009) pula memberi nasihat dan motivasi agar anak-anak yatim terus maju dalam pelajaran. Kumpulan Nasyid Darul Aminan Di pihak anak-anak yatim pula , mereka menghidangkan bebarapa b...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

Image
Risalah Maulidur Rasul 1432H Jabatan Mufti NS Firman Allah SWT, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al-Anbiyaa’ : 107) Antara rahmat terbesar yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah menyeru manusia mentauhidkan Allah SWT. Dialah Allah, Dialah Tuhan semesta alam, Tuhan yang mencipta segala makhluk di langit dan di bumi, Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih, Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Tuhan yang menjadi Raja di hari kemudian. Dalam menyampaikan ajaran tauhid ini, Rasulullah saw berdepan dengan pelbagai mehnah dan karenah yang datang dari kalangan musyrikin Mekah dan puak munafik Madinah. Termasuk juga yang datang dari orang-orang Yahudi yang bersifat degil serta kaum Nasrani yang sesat kerana menyembah Nabi Isa a.s sebagai Tuhan. Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesu...

Mereka mengasihi Rasulullah

Image
Firman Allah SWT, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ali-‘Imran : 31) Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan. Kisah Saad bin Rabi’ Jika kita lihat sirah Nabi saw, ramai para sahabat yang membuktikan kecintaan mereka kepada Rasulullah saw. Antaranya kisah seorang sahabat yang bernama Saad bin Rabe'yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasulullah saw pun kasih kepadanya. Menurut riwayat, setelah selesai sahaja peperangan Uhud, Nabi saw dalam keadaan luka parah di dahi dan pipinya tiba-tiba teringatkan sahabatnya yang bernama Saad bin Rabi’. Nabi saw b...