Posts

Showing posts from February, 2011

Artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian

Image
Hari ini artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian di muka surat 31 , ruangan Agama. Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Sebenarnya saya sudah lama tidak menghantar artikel di akhbar ini. Kali terakhir saya menghantarnya ialah pada tahun 2001. Artikel pertama yang disiarkan ialah 'Ilmu kebal tidak wujud dalam Islam' diikuti dengan artikel 'Tanggungjawab memelihara ibubapa', 'Tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah', 'Rahmat iman kepada manusia' dan beberapa buah artikel lagi. Setiap artikel saya menerima sebanyak RM 150.00 ke RM 200.00. Dengan wang yang diterima dan dikumpulkan, dapatlah saya mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran (kecil-kecilan) sempena masuk rumah baru di Taman Sri Penaga, Sikamat sepuluh tahun yang lalu. Rumah itu dibeli atas nama isteri. Kemudian saya mula menyepi..., tidak mahu lagi menulis. Entahlah saya pun tak tahu kenapa… Mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja, komitmen dengan keluarga dan berkul

Sekilas hukum zina, jadi pak sanggup dan qadzaf

Image
Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 1-5 “Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).(1)Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(2)Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman(3). Dan orang-orang yang melemparkan tuduh

Selamat Pengantin Baru Ust Jamil !

Pagi tadi saya menerima ‘sms’ daripada abang Ahmad, Bilal Masjid Qaryah Sikamat. Beliau mewakili Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil bin Wahab, Nazir Masjid Qaryah Sikamat menjemput datang ke rumahnya di Taman Tunku Khursiah pada hari Sabtu ini kerana meraikan pernikahannya dengan seorang gadis dari Senawang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Sebelum ini saya hanya mendengar khabar-khabar angin sahaja yang Ust Jamil akan berkahwin, sekaligus menamatkan zaman dudanya. Tetapi apabila ‘orang kuat’ Masjid Qaryah Sikamat sendiri yang mengesahkannya, saya turut tumpang gembira. Sekurang-kurangnya Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil sudah ada peneman yang bakal menceriakan kehidupannya. Di kesempatan ini saya serta ahli-ahli kariah Masjid Sikamat ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. Semoga pernikahan Ybhg Al-Fadhil Ust Jamil yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau kurniakanlah kebaikan dan kebahagiaan kepada pe

Siapakah manusia ?*

Image
Manusia bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah Firman Allah SWT, Dan juga pada dirimu sendiri mengapa tidak kamu perhatikan. Pelbagai pandangan ulama dalam mendefinasikan siapakah manusia yang sebenarnya. Boleh disimpulkan bahawa manusia ialah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dalam kesempurnaan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Selain itu manusia adalah ‘makhluk mukallaf’. Makhluk ertinya diciptakan dan mukallaf ertinya dipertanggungjawabkan. Jelasnya, manusia ialah makhluk yang mempunyai tanggungjawab atau yang dibebankan dengan beberapa kewajipan. Manusia juga merupakan makhluk yang menakjubkan yang Allah SWT letakkan kepada mereka banyak rahsia kekuasaan Ilahiyah dan tempat melahirkan inayah ketuhanan-Nya. Mereka dipilih oleh Allah SWT sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi sebagaimana firman-Nya, “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang te

Semoga cepat sembuh

Hari ini sekali lagi saya berkunjung ke surau An-Nur Bandar Baru Bangi kerana menggantikan Ybhg Al-Fadhil Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, menyampaikan kuliah Dhuha kepada para muslimat. “Dato’ baru keluar dari Wad, masaalah darah tinggi. Sekarang sedang berehat di rumah”, kata Haji Muazzan setiausaha khas kepada Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus. Ketika itu saya baru sahaja menghabiskan kuliah. Kami dan AJK Muslimat sedang menikmati jamuan di ruang dapur Surau An-Nur. “Maklumlah di musim-musim sambutan Maulidur Rasul seperti ini, Dato’ berceramah di merata-rata tempat. Macam-macam jamuan yang dihidangkan kepada Dato”, sambung Haji Muazzan lagi. “Kenapa abang tak kawal pemakanan Dato’?” , tanya saya. “Nak control macam mana Ustaz…, saya pun ‘libas’ jugak”, jawab Haji Muazzan tersengih-sengih. “Dato’ sebenarnya seorang yang tidak cerewet tentang hidangan. Apa sahaja yang dijamu oleh pihak penganjur, Dato’ akan makan”, sambung Haji Muazzzan. “Ya…, Ustaz Dato’ Haron Din pun macam tu jug

Di pondok kecil

Image
Antara lagu nasyid kegemaran saya Hari ini cuti Maulidur Rasul. Saya mengambil peluang membawa anak-anak murid menziarahi rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan di Gedong Lalang Ampangan. Anak-anak yatim lelaki Kali terakhir kami menjenguk Rumah Anak-Anak Yatim di sini ialah pada tahun 2008. Aktiviti yang dijalankan Saya serahkan sepenuhnya kepada anak-anak murid untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak yatim. Anak yatim perempuan Justeru ada anak-anak murid yang menyanyi nasyid, ada yang berselawat, ada yang bercerita kisah Nabi, ada yang main teka teki dan ada yang berlawak jenaka. Sungguh kreatif. Matlamatnya satu, kami mahu menggembirakan anak-anak yatim di sini. Kami tidak mahu mereka bersedih. Manakala murid saya Nik Nur Madihah (pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2009) pula memberi nasihat dan motivasi agar anak-anak yatim terus maju dalam pelajaran. Kumpulan Nasyid Darul Aminan Di pihak anak-anak yatim pula , mereka menghidangkan bebarapa b

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

Image
Risalah Maulidur Rasul 1432H Jabatan Mufti NS Firman Allah SWT, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al-Anbiyaa’ : 107) Antara rahmat terbesar yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah menyeru manusia mentauhidkan Allah SWT. Dialah Allah, Dialah Tuhan semesta alam, Tuhan yang mencipta segala makhluk di langit dan di bumi, Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih, Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Tuhan yang menjadi Raja di hari kemudian. Dalam menyampaikan ajaran tauhid ini, Rasulullah saw berdepan dengan pelbagai mehnah dan karenah yang datang dari kalangan musyrikin Mekah dan puak munafik Madinah. Termasuk juga yang datang dari orang-orang Yahudi yang bersifat degil serta kaum Nasrani yang sesat kerana menyembah Nabi Isa a.s sebagai Tuhan. Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesu

Mereka mengasihi Rasulullah

Image
Firman Allah SWT, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ali-‘Imran : 31) Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan. Kisah Saad bin Rabi’ Jika kita lihat sirah Nabi saw, ramai para sahabat yang membuktikan kecintaan mereka kepada Rasulullah saw. Antaranya kisah seorang sahabat yang bernama Saad bin Rabe'yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasulullah saw pun kasih kepadanya. Menurut riwayat, setelah selesai sahaja peperangan Uhud, Nabi saw dalam keadaan luka parah di dahi dan pipinya tiba-tiba teringatkan sahabatnya yang bernama Saad bin Rabi’. Nabi saw b

8 penghalang cinta kepada Rasul

Image
Tafsir Al-Quran Surah At-Taubah ayat 24 Firman Allah SWT, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.(24) Huraian ayat Menurut Imam Al-Qurthubi, ayat ini merupakan dalil yang jelas tentang kewajipan menyintai Allah dan juga Rasul hendaklah melebihi kecintaan kepada yang lain-lain. Tegasnya, barangsiapa yang menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul, mereka bakal memperolehi seksaan sama ada cepat atau pun lambat, di dunia mahu pun

Bulan Rabi'ul Awwal menjelma kembali

Image
Kenangan di Taman Desa Kiara pada tahun 1999 Al-Quran menjelaskan tentang kewajipan menyintai Nabi Muhammad saw sebagaimana firman-Nya, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ali-‘Imran : 31) Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan. Firman Allah SWT lagi, “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)”. (Al-Hashr :