Mari memahami apa erti Islam
Islam adalah agama samawi yang diturunkan oleh Allah SWT. Ia berfungsi sebagai nikmat, rahmat, hidayah dan pertunjuk bagi sekalian insan.
Agama ini wajib dianuti oleh seluruh makhluk yang bergelar manusia, tanpa kira di mana mereka berada. Mencari agama lain selain Islam menyebabkan seseorang itu sesat dan rugi.
Firman Allah SWT,
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.(Surah Ali ‘Imran : 85)
Nama ‘Islam’ bukan direka oleh mana-mana manusia. Tetapi nama ini datangnya daripada Tuhan Pemilik sekalian alam. Kalimah Islam tidak terikat pada sesuatu tempat, atau terbatas dengan nama seseorang, keturunan, suku mahu pun sesuatu bangsa seperti yang ada pada agama-agama lain.
Misalnya agama Zoroaster yang lahir di Parsi disandarkan kepada pengasasnya yang bernama Zoroaster, meninggal dunia pada 583 SM. Agama Buddha berasal dari nama pelopornya Siddharta Gauthama Buddha yang lahir pada tahun 560 SM di India.
Agama Yahudi pula disandarkan kepada negara Juda (Judea) atau Yahuda. Manakal agama Kristian diambil dari nama Nabi Isa (Jesus Christ) yang dipuja oleh penganutnya sebagai Tuhan.
Orang-orang barat suatu ketika dahulu cuba menyebut Islam sebagai ‘Mohammedenism’, seolah Islam itu merupakan fahaman yang dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Pengistilahan ini ternyata kurang tepat kerana agama Islam telah diberikan namanya oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT,
“..Dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah : 3)
Nama Islam diambil dari berbagai kata bahasa Arab.Antaranya ‘Salima’, ‘Salmi’, ‘Istaslama’ atau ‘Sullami’.
‘Salima’ ertinya selamat. Dalam hal ini Allah SWT menjamin keselamatan orang-orang Islam sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Jika kalimah Islam diambil dari kata ‘Salmi’, maksudnya damai, sejahtera dan harmoni. Fitrah manusia sukakan kedamaian maka Islam adalah agama yang secucuk dengan jiwa manusia yang sukakan kedamaian.
Kalimah Islam jika diambil dari kata ‘Istaslama’ bermaksud tunduk dan patuh. Kalimah ini juga bermaksud tulus dan ikhlas. Semua penganut agama ini perlu tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta bersifat tulus dan ikhlas dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya, bukan kerana mengharapkan sanjungan atau pujian dari sesiapa.
Kalau kalimah Islam diambil dari akar kata ‘Sullami’, bermaksud tangga peningkatan. Maksudnya penganut agama ini perlu maju cara berfikir, meningkatkan syakhsiah diri, perilaku, akhlak dan amalannya.
Kesimpulannya kesemua kalimah-kalimah ini memberi maksud yang baik dan positif sesuai dengan ajaran Islam yang sentiasa memberi kebaikan kepada penganutnya di dunia dan di akhirat.
Dari sudut istilah syarak pula, Islam bermaksud mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan segala ajaran-Nya yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Konsep kepatuhan kepada Allah SWT dalam Islam meliputi semua perkara. Tidak boleh mematuhi Allah SWT dalam aspek tertentu seperti solat, puasa, haji dan zakat tetapi mengenepikan aspek-aspek lain seperti muamalat dan bernegara.
Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.(Surah Al-Baqarah : 208)
Allah SWT menjelaskan seluruh dunia dan alam semesta yang sangat luas ini patuh dan taat untuk beredar mengikut peraturan yang telah ditetapkan Allah SWT. Mereka sama sekali tidak menderhaka, mengingkari atau menyimpang daripada peraturan yang Allah telah tetapkan itu.
Firman Allah SWT,
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya lah mereka dikembalikan".(Surah Ali ‘Imran : 83)
Oleh kerana alam semesta dan seluruh isinya taat, patuh dan tunduk kepada Allah SWT, maka menurut tatabahasanya seluruh ala mini adalah beragama Islam atau muslim.
Firman Allah SWT,
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang”. (Surah ar-Ra’d : 15)
Jika makhluk alam semesta ini tidak mematuhi peraturan Allah SWT, maka sudah pasti akan berlaku huru hara dan kemusnahan. Demikianlah juga apabila manusia tidak mematuhi Allah SWT atau mematuhi hanya sebahagian daripada syariat-Nya sedangkan sebahagian yang lain diengkari, maka akan berlakulah kekacauan dalam kehidupan manusia. Malah di akhirat mereka akan di azab dengan seksaan yang tidak terperi.
Firman Allah SWT,
“Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong”. (Surah Ali ‘Imran : 56)
Islam juga bermakna menyerah diri kepada Allah SWT dan inilah yang banyak disebut dalam al-Quran serta amalan para Nabi dan Rasul. Nabi Nuh a.s seperti yang dirakamkan dalam al-Quran menjelaskan,
“…Dan aku pula diperintahkan supaya menjadi golongan orang Islam (yang berserah kepada Allah)” (Surah Yunus : 72)
Hal yang serupa juga ke atas Nabi Ibrahim a.s,
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (Surah al-Baqarah : 131)
Demikian juga ketika Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya,
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)”.(Surah Yusuf : 84)
Maksud menyerah diri ialah penyerahan diri dengan sepenuh keikhlasan kepada Allah SWT dengan sukarela bukan secara terpaksa. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan, rohani dan jasmani, akal dan perasaan serta meliputi aspek aqidah, syariat dan juga akhlak.
Bersambung….,
Abu Sofeya.
HAK CIPTA TERPELIHARA

Comments
Post a Comment