Posts

Showing posts from 2009

Tokoh Islam Liberal meninggal dunia....

Image
Satu hari dalam kelas 5 international…, “Ustaz, ada tengok youtube terbaru Gus Dur ?”, tanya anak murid yang berasal dari Sumatera Barat Indonesia. “Belum lagi, kenapa ?”, jawab saya hairan. “Gus Dur dan keluarganya telah dibaptis oleh paderi Kristian di sebuah gereja Indonesia”, katanya. “Ya ka?” , tanya saya mahu kepastian yang lebih detail. “Betul ustaz.., minggu lepas kami tengok depan mata kepala bagaimana Gus Dur dibacakan ayat-ayat baptis oleh seorang Paderi", tambahnya lagi. "Kalau ustaz tak percaya, ustaz boleh layari alamat youtube ini", sampuk pula seorang pelajar dari daerah Jogjakarta sambil menghulurkan alamat youtube itu kepada saya. “Apa pandangan Ustaz?”, tanya pula seorang pelajar dari daerah Kalimantan, tidak sabar-sabar menunggu jawapan. “Nanti..., nanti, saya tidak bisa menjawabnya sekarang, apa pun saya kena tengok dulu", respon saya dengan loghat Indonesia. Selepas kelas, saya ke resource centre mencari maklumat yang diberikan ...

Wahai pembeli yang budiman..., jangan lupa bayar hutang ya !

Image
Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Sail sedang bergambar dengan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sekitar awal tahun 60-an. Alhamdulillah, road show promosi buku 'Sebutir Permata Segunung Jasa : Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Sail' sedang giat saya jalankan di mana-mana masjid dan surau yang saya menyampaikan kuliah. Bermula dengan Masjid Sikamat (21hb Disember) kemudian Masjid Ampangan (23hb Disember), Surau al-Hidayah Bandar Warisan Puteri Sikamat (24hb Disember, selepas bacaan Yasin), Surau al-Falah Taman Desa Ru Sikamat (25 hb Disember),Surau al-Amin Sikamat (26 hb Disember), Surau at-Taufiqiah Tmn Pinggiran Senawang (27 hb Disemeber), Masjid Rasah Jaya (28hb Disember) dan Surau al-Hadi (29 hb Disember 2009). Manakala yang belum saya war-warkan lagi ialah di Surau Kg Ismail, Kolej Height dan Masjid Negeri. Overall, sambutan setakat ini begitu menggalakkan. Ada juga masjid dan surau yang meminta saya datang kembali dengan membawa leb...

Mari belajar salsilah…

Image
Tahukah kita bahawa Islam menyuruh mengambil tahu siapakah kaum kerabat kita yang jauh mahu pun yang dekat, siapa nenek moyang kita sebelah ibu mahu pun sebelah bapa, siapa adik beradik kita yang seibu sebapa atau seibu atau sebapa, siapa bapa saudara kita seibu sebapa, atau sebapa, atau seibu, siapa anak-anak saudara kita seibu sebapa, atau seibu, atau sebapa, siapa sepupu kita, siapa dua pupu kita, siapa adik beradik susuan kita, atau adik beradik emak susuan, emak saudara sesusuan dan sebagainya. Moga-moga dengan cara mengambil tahu siapa saudara mara kita, akan melahirkan perasaan mahabbah dan silaturrahim yang berpanjangan. Hal ini sabit dengan sebuah hadis Rasulullah saw, عن أبي هريرة عن النبي (ص) قال : تعلموا من أنسابكم ما تصلون به أرحامكم فان صلة الرحم محبة فى الأهل مثرأة فى المال منسأة فى الأثر Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi saw bersabda : Pelajarilah kamu sekelian silsilah keturunan kamu yang ada hubungan rahim dengan kamu, kerana perhubungan rahim itu me...

Merenungi tulisan Sheikh Muhammad Idris al-Merbawi....

Image
Ketahuilah wahai saudaraku, Membaikkan antara dua orang yang berkelahi dan berseteru-seteruan itu tidaklah dapat dengan mudahnya. Kerana setengah-setengah perkelahian penceraian itu kuat sebabnya, ada berhajat kepada helat yang keras sampai membuat bohong dan mengadakan yang tidak ada antara keduanya. Maka jikalau sekiranya mau berdamai antara yang bermusuhan tak dapat tiada dengan berbohong maka haruslah mengadakan bohong. Seperti dua saudara berkelahi dan bermaki-maki maka jadi antara keduanya tak mau berhampiran maka datang kamu hendak memperdamaikan antara keduanya, tiba-tiba kamu tilik pasti kamu berbuat bohong antara keduanya dan kamu adakan yang tidak ada seperti kamu kata kepada salah seorangnya aku dengar dia memuji kamu baik, dan aku dengar dia telah menyesal melepakan kata sampai membawa kepada berkelahi dan mau berbaik semula. Kemudian bila pergi kepada yangseorang lagi berkata juga seperti yang pertama tadi. Bemula dalil yang menunjukkan atas harus mengadakan bohong sepe...

Allah SWT benci 3 golongan ini....

Image
Ada tiga golongan yang Allah SWT tidak mahu pandang dengan pandangan rahmat malah mereka disediakan azab yang pedih di akhirat kelak. Sabda Rasulullah saw, َثلاثًة لا يكَلِمهم الله يَومَ القيَامَةِ وَلا يزَكِيهم وَلا يَنظر اِليهم ولهم عَذَاب ألِيم. شَيخ زَان, ومَلك كَذاب, وعَائل مستَكبر Maksudnya : Tiga golongan yang mana Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari Qiamat, mereka juga tidak dimuliakan dan mereka tidak dipandang dengan pandangan rahmat dan bagi mereka disediakan azab yang sangat pedih iaitu orang tua yang berzina, pemimpin yang pendusta dan orang fakir yang miskin. (Riwayat Muslim) Tiga golongan yang disebut dalam hadis ini ialah : Pertama : Orang tua yang penzina. Kebanyakkan golongan ini sudah berkahwin, sudah merasai nikmat alam perkahwinan , nikmat berkelamin, sudah beranak pinak malah ada yang bercucu dan bercicit, maka sepatutnya mereka menjadi contoh teladan kepada golongan muda. Namun sekiranya mereka masih terjebak ke lembah zina, maka memang...

Panduan menamakan anak....

Image
Anak gadisku Fatin Syahirah ... lahir 26.1.1998 Orang yang paling berhak untuk memberi nama kepada anak ialah bapa. Ini kerana al-Quran telah menetapkan bahawa anak itu menurut keturunan ayah bukan keturunan ibu. Dalinya dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 5, “Panggilah mereka dengan nama kepada bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah ..” Namun begitu boleh dan elok berpakat antara ibu dan bapa untuk memberi nama yang baik untuk anak. Boleh juga meminta orang lain yang soleh untuk memberikan nama anak sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah para sahabat yang meminta Nabi SAW untuk meletakkan nama anak-anak mereka. Bilakah masa yang sesuai memberi nama kepada anak ? Menurut Imam an-Nawawi rhm, menamakan anak adalah sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hal ini tsabit dengan hadis Rasulullah saw, كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan itu tergadai sehingga...

Tokoh Ulama Negeri Sembilan : Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Haji Sail

Image
Allahyarham bersama isteri tercinta Datin Hajah Faridah bt Sheikh Haji Ahmad Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan adat pepatih. Negeri ini juga tidak ketinggalan melahirkan ulama yang banyak jasa dan pengaruhnya khusus dalam perkembangan dakwah, pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam dan juga pendidikan serta penghayatan agama kepada masyarakat Islam seluruhnya. Ulama yang dimaksudkan itu ialah Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Haji Sail (1922-1994) yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua mulai tahun 1969-1992. Sebagai mengenang kembali jasa, sumbangan dan peranan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Haji Sail, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku biografi ringkas Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Haji Sail agar sumbangan dan peranan atau kisah hidup beliau dapat dijadikan panduan, iktibar, pengajaran untuk generasi masa kini atau akan datang, sekali gus d...

Menghias diri..., 'YES' and 'NO'

Image
1. Pakaian yang dibuat dari sutera Tidak boleh memakai pakaian sutera bagi kaum lelaki. Asalnya Rasulullah SAW pernah dihadiahkan sejenis pakaian yang dibuat daripada sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan solat dengan pakaian itu. Baginda telah ditegur oleh Jibril dalam solatnya. Lantas setelah selesai solat baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Sabda baginda: "Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertaqwa." (HR Muslim ) Sejak peristiwa itu sutera haram dipakai oleh kaum lelaki. Pengharaman ini meliputi penggunaannya sebagai selimut, tikar, pengalas, tabir dan sebagainyaa. Imam Bukhari meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda : نهانا رسول الله (ص) عن لبس الحرير والدباج وأن نجلس عليه Maksudnya : Rasulullah saw melarang kami memakai sutera, sutera tebal dan duduk di atasnya. Sabda Nabi saw lagi, من لبس الحرير فى الدنيا لم يلبسه فى الأخرة Maksudnya : Barangsiapa yang memakai sutera di dunia, dia tidak akan memakainya di akhi...

Mendulang hikmah di sebalik Hijratur Rasul....

Image
Firman Allah SWT, "Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan oleh Malaikat dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini ? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu ? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali". (An-Nisa 97) Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mencerca orang mukmin di Mekah yang tidak mahu berhijrah kerana takut kepentingan peribadi mereka terjejas. Di kalangan mereka ada yang menjalankan perniagaan bersama dengan orang musyrikin Quraisy, ada yang mempunyai harta berupa rumah, binatang ternakan dan kebun tanaman di Mekah, justeru mereka merasa sayang untuk meninggalkan harta benda yang mereka kumpulkan selama ini untuk berhijrah ke Yathrib. Kepada golongan ini, mereka akan di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir di a...

Syabas dan tahniah..!

Image
Secara peribadi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Surau al-Hidayah Bandar Warisan Puteri Sikamat kerana telah berjaya menganjurkan Ceramah Maal Hijrah pada malam semalam (18.12.2009)dengan lancarnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus bergotong royong membersihkan surau di sebelah pagi dan memasak di sebelah petangnya. Juga kepada mereka yang menderma dalam bentuk wang ringgit, hanya Allah SWT sahaja yang layak membalas jasa baik tuan-tuan/puan-puan. Walaupun cuaca pada malam itu hujan, namun jumlah kehadiran sekitar 300 ke 400 orang amat membanggakan. Antara yang hadir termasuklah dari Taman Desa Ru (En Syarif), dari Taman Desa Beringin (Haji Awal), dari rumah rakyat Sikamat (Hj Yusof) dan ramai lagi jemaah yang datang dari luar Warisan Puteri. Malam itu saudara Ann Wan Seng benar-benar mempamerkan kehebatannya menyampaikan ceramah. Beliau bukan sahaja fasih berbahasa Melayu (bak kata pengerusi majlis En Zamri, lebih Melayu dari Mel...

Menjunjung kasih Tuanku...atas pelancaran buku patik.

Image
Alhamdulillah, buku saya Sebutir Permata Segunung Jasa : Biografi Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Sail bekas Mufti Negeri Sembilan kedua telah sempurna dilancarkan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tepat jam 9.55 minit pagi tadi. Menerima surat jemputan Dua hari lepas saya menerima surat jemputan rasmi dari Pusat Dakwah Paroi yang di hantar melalui by han d untuk menghadiri majlis yang bersejarah ini. Kemudian dihubungi pula melalui telifon oleh pegawai dari Pusat Dakwah yang bertanya sama ada saya akan hadir atau tidak ke majlis itu nanti. Jawapan saya insya Allah. Hari Jumaat -18/12/2009 Pagi-pagi lagi saya sudah bersiap memakai bayu Melayu lengkap bersamping songket. Berbekalkan sarapan tiga keping roti telur, saya kemudian dihantar oleh isteri ke dewan MPS. Sampai sahaja di dewan tersebut saya memperkenalkan diri lalu dipersilakan oleh urusetia protokol untuk duduk di barisan ketiga bersama tetamu-tetamu VIP yang lain.Saya rasa mereka adalah ketua-ketu...

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Assalamualaikum wrm wbh, Alhamdulillah, Allah SWT masih beri kesempatan kepada kita untuk berada di tahun 1431 H. Malam ini saya muhasabah diri tentang beberapa perkara... 1. Dalam tempoh setahun yang akan datang, adakah saya masih hidup lagi.., sekaligus boleh menyambut kedatangan tahun baru 1432 Hijrah pula ? 2. Dalam tempoh setahun yang akan datang, apakah ada sesuatu musibah yang bakal menimpa saya sehingga sukar bekerja mencari rezeki bagi menyara keluarga ? 3. Dalam tempoh setahun yang akan datang apakah ada sesuatu yang bakal menimpa ke atas keluarga, harta benda, adik beradik dan saudara mara saya ? Justeru apa persiapan saya dalam menghadapi situasi seperti ini ? Kalau saya mati, adakah amalan saya sudah cukup untuk di bawa ke liang lahad ? Kalau saya ditimpa kemalangan, adakah wang simpanan sudah dipersiapkan untuk menyara isteri dan anak-anak ? Kalau keluarga dan harta benda saya ditimpa musibah , adakah saya bakal lulus menerima ujian Allah SWT ini ? Apa pun saya bersa...

Doa of the year....

Image
Saya mohon kerjasama para Mufti dan ulama seluruh Malaysia untuk mengulas serta memberi komen tentang doa ini, dimana salahnya ? “ Ya ALLAH ya Tuhanku kalau Engkau tengok mereka berdua ni (DS Najib & Zahid) ada bakat (potensi) untuk jadi baik, bukalah pintu hati dia untuk iman-Mu….kalau dah takdak bakat nak jadi baik, dok buat kacau sokmo (selalu) turunkanlah bala’ agar timbul rasa gerun kepada orang lain nak tiru perangai dia ..” (Petikan doa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan) Ulaslah berdasarkan ilmu, berdalilkan Al-Quran dan Hadis bukan berdasarkan emosi dan politik kepartian. Wallahualam.

Menghias rumah..,apa yang boleh,apa yang tidak...

Image
Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan… . Sabda Rasulullah saw, أربع من السعادة المرأة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمراكب الهنئ Maksudnya : “4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang elok”. Berdasarkan hadis ini, di antara tanda-tanda kebahagiaan seseorang itu ialah mempunyai isteri yang solehah.Apabila dilihat,dia menyenangkan hati dan apabila ditinggalkan dia berupaya menjaga dirinya juga harta yang ditinggalkan. Tanda kebahagiaan yang kedua ialah rumah yang luas yang banyak didatangi tetamu. Tanda ketiga ialah jiran yang baik. Justeru sebelum membeli rumah maka hendaklah merisik siapakah jiran kita di sebelah. Plihlah jiran yang soleh jika tidak pilihlah jiran yang tidak menyakiti jirannya. Tanda kebahagiaan yang keempat ialah kuda yang jinak yang menurut perintah tuannya, yang laju pecutannya serta berupaya membawa tuannya kedestinasi yang dituju. Rasulullah saw suka rumah yang luas… ...

Panduan memasuki rumah baru...

Image
Beri salam Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT, “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61] Lafaz salamnya ialah : ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh” . As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan. Dalam sepotong hadis, yang bermaksud : “Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya den...

Buku saya bakal dilancarkan secara rasminya.....

Image
Bulan lepas ketika mengunjungi Jabatan Mufti Negeri Sembilan, saya diberitahu bahawa buku saya berjudul “Sebutir Permata Segunung Jasa” bakal dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 18 hb Disember 2009 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. “Sebutir Permata Segunung Jasa” ialah sebuah biografi Allahyarham Dato’ Haji Abu Hasan bin Haji Sail (1922-1994) bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua. Latar belakang penulisan Pada asalnya buku ini ialah Latihan Ilmiah yang saya hasilkan pada tahun 1996 sebagai syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Salinan Latihan Ilmiah ini saya hadiahkan ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk simpanan. Pada hujung tahun 2007, saya telah dihubungi oleh Jabatan Mufti untuk mengemaskini serta membaik tambah Latihan Ilmiah saya untuk di...