Merenungi tulisan Sheikh Muhammad Idris al-Merbawi....

Ketahuilah wahai saudaraku,
Membaikkan antara dua orang yang berkelahi dan berseteru-seteruan itu tidaklah dapat dengan mudahnya. Kerana setengah-setengah perkelahian penceraian itu kuat sebabnya, ada berhajat kepada helat yang keras sampai membuat bohong dan mengadakan yang tidak ada antara keduanya.

Maka jikalau sekiranya mau berdamai antara yang bermusuhan tak dapat tiada dengan berbohong maka haruslah mengadakan bohong. Seperti dua saudara berkelahi dan bermaki-maki maka jadi antara keduanya tak mau berhampiran maka datang kamu hendak memperdamaikan antara keduanya, tiba-tiba kamu tilik pasti kamu berbuat bohong antara keduanya dan kamu adakan yang tidak ada seperti kamu kata kepada salah seorangnya aku dengar dia memuji kamu baik, dan aku dengar dia telah menyesal melepakan kata sampai membawa kepada berkelahi dan mau berbaik semula. Kemudian bila pergi kepada yangseorang lagi berkata juga seperti yang pertama tadi.

Bemula dalil yang menunjukkan atas harus mengadakan bohong seperti itu ialah sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa at-Tirmizi dengan katanya,

عن أم كلثوم بنت عقبة قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ليس بالكاذب من أصلح بين الناس فقال خيرا أو نمى خيرا

Maksudnya : Diriwayatkan daripada seorang perempuan daripada sahabat bagi Nabi saw namanya Ummi Kalthum binti Uqbah r.anha katanya telah aku dengar akan Rasulullah saw bersabda, bukannya orang yang berbohong sesiapa yang mengabaikan antara manusia yang berkelahi maka berkata ia baik atau dikatakannya baik.

Dilarang bermusuh-musuhan

Ketahuilah wahai saudaraku, bermusuh-musuhan dan berseteru-seteruan itu amat dilarang oleh syarak. Maka janganlah ada di antara sesama kamu itu berselisihan di dalam hati kerana berselisihan itu membawa kepada bercerai berai dan berjauh-jauhan dan suka berdengki-dengkian yang mana kesemuanya itu membawa binasa pada diri dan binasa agama kerananya.

Sebab pun binasa diri dan agama itu kerana apakala sudah berselisihan berpecah belah, mana mungkin dapat bersama menjalankan muslihat kehidupan di dunia dan bertolong-tolongan atas menolakkan segala mudhorat dan mendirikan apa yang dikehendak agama.
Bermula dalil yang menunjukkan tegah berselisihan itu ialah sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa at-Tirmizi dengan katanya,

عن ابي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إياكم وسوء ذات البين فإنها الحالقة

Maksudnya : diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi saw namanya Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw bersabda, Jauhkan diri kamu daripada kejahatan orang yang berselisihan dan bermusuh-musuhan kerana bahawasanya ia pencukur yakni pembinasa.

Rujukan,

Bahrul Mazi jilid 13.

Nota : As-Sheikh Muhammad Idris al-Merbawi telah meninggal dunia pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu