Tokoh Islam Liberal meninggal dunia....

Satu hari dalam kelas 5 international…,

“Ustaz, ada tengok youtube terbaru Gus Dur ?”, tanya anak murid yang berasal dari Sumatera Barat Indonesia.

“Belum lagi, kenapa ?”, jawab saya hairan.

“Gus Dur dan keluarganya telah dibaptis oleh paderi Kristian di sebuah gereja Indonesia”, katanya.

“Ya ka?” , tanya saya mahu kepastian yang lebih detail.

“Betul ustaz.., minggu lepas kami tengok depan mata kepala bagaimana Gus Dur dibacakan ayat-ayat baptis oleh seorang Paderi", tambahnya lagi.

"Kalau ustaz tak percaya, ustaz boleh layari alamat youtube ini", sampuk pula seorang pelajar dari daerah Jogjakarta sambil menghulurkan alamat youtube itu kepada saya.

“Apa pandangan Ustaz?”, tanya pula seorang pelajar dari daerah Kalimantan, tidak sabar-sabar menunggu jawapan.

“Nanti..., nanti, saya tidak bisa menjawabnya sekarang, apa pun saya kena tengok dulu", respon saya dengan loghat Indonesia.

Selepas kelas, saya ke resource centre mencari maklumat yang diberikan oleh pelajar. Setelah melayari you tube melalui alamat http://www.youtube.com/watch?v=DiZOuZAzThE

SAH ! terpampang di mata saya upacara pembacaan doa oleh seorang Pastor di sebuah gereja. Gus Dur kelihatan berada di atas pentas dan doa itu diaminkan oleh ribuan pengikut kristian yang hadir.

Saya menggeleng kepala. Kenapa hal ini boleh berlaku kepada Gus Dur ? Sepatutnya di penghujung usia seperti ini beliau sudah berdamping dengan masjid, bukannya pergi ke gereja.

Latar belakang Gus Dur...

Kalau dilihat sewaktu beliau menjadi Presiden Indonesia, banyak hal-hal kontroversi yang diciptanya. Antara yang saya masih ingat ialah beliau pernah menghadiahkan lukisan bertajuk Jesus Last Dinner kepada mendiang Pop John Paul.

Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Wahid memang tidak asing di kalangan pendokong Islam Liberal di Indonesia. Selain beliau ialah Nurcholish Majid atau nama popularnya Cak Nur, juga sudah meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Pendokong-pendokong lain ialah Ulil Absar Abdala dan Nasaruddin Omar.

Kefahaman mereka terhadap agama cukup menyesatkan. Berdalilkan surah al-Baqarah ayat 62 dan surah al-Maidah ayat 69 lalu mereka mengistiharkan ke pelusuk alam bahawa SEMUA AGAMA ADALAH SAMA !.

Gus Dur juga pernah mengungkapkan kata-kata peribadi,

"al-Qur'an adalah kitab suci paling porno didunia".

Insya Allah kesesatan fahaman ini akan saya ulas dan bicarakan dalam tulisan yang akan datang.

Apakah dia fahaman Islam Liberal ?

Secara mudah untuk difahami, Islam Liberal ialah satu fahaman yang menyembah akal dan mempertuhankan barat dalam beragama. Fahaman ini wujud dimana-mana dalam pelbagai nama.

Adakah fahaman ini sudah wujud di Malaysia ?

Jika diperhatikan, nama pertubuhan Islam Liberal belum lagi wujud di Malaysia. Namun perlu diingat, ini bukan bermakna fahaman ini tidak bergerak di Malaysia kerana tokoh-tokoh Islam Liberal telah belajar daripada guru-guru mereka sebelum ini, yang begitu aggresif menyebarkan fahaman ini secara terbuka. Justeru, mereka menggunakan pendekatan baru dengan menggunakan nama-nama lain yang boleh diterima seperti Sister in Islam dan sebagainya.

Pengalaman saya...

Ketika timbul kempen besar-besaran (ketika itu dinaungi oleh isteri pembesar Negara) yang menyeru kaum lelaki supaya berkahwin hanya dengan seorang isteri, seolah-olah memperlekehkan hukum poligami, saya menghantar tulisan ke ruangan forum Utusan Malaysia mengkritik kempen tersebut. Tulisan saya Alhamdulillah disiarkan. (Sehingga kini saya mencari-cari tulisan saya dalam simpanan tapi tak jumpa)

Tiga hari selepas itu, tulisan saya dibidas oleh pegawai perhubungan awam Sister in Islam Nik Noraini Nik Badlisah yang menuduh saya berfikiran jumud dan sebagainya. Katanya,

“Di Negara-negara seperti Turki, Algeria, Tunisia dan negara-negara Arab yang lain, kerajaan mereka sudah mengharamkan amalan poligami maka sepatutnya Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh sudah lama menguat kuasakan undang-undang seperti ini”.

Demikianlah bidasan Nik Noraini Nik Badlishah.

Apa pun saya akan ulas kemudian. Insya Allah!

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu