Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Assalamualaikum wrm wbh,

Alhamdulillah, Allah SWT masih beri kesempatan kepada kita untuk berada di tahun 1431 H. Malam ini saya muhasabah diri tentang beberapa perkara...

1. Dalam tempoh setahun yang akan datang, adakah saya masih hidup lagi.., sekaligus boleh menyambut kedatangan tahun baru 1432 Hijrah pula ?

2. Dalam tempoh setahun yang akan datang, apakah ada sesuatu musibah yang bakal menimpa saya sehingga sukar bekerja mencari rezeki bagi menyara keluarga ?

3. Dalam tempoh setahun yang akan datang apakah ada sesuatu yang bakal menimpa ke atas keluarga, harta benda, adik beradik dan saudara mara saya ?

Justeru apa persiapan saya dalam menghadapi situasi seperti ini ? Kalau saya mati, adakah amalan saya sudah cukup untuk di bawa ke liang lahad ? Kalau saya ditimpa kemalangan, adakah wang simpanan sudah dipersiapkan untuk menyara isteri dan anak-anak ? Kalau keluarga dan harta benda saya ditimpa musibah , adakah saya bakal lulus menerima ujian Allah SWT ini ?

Apa pun saya bersangka baik dengan Allah SWT untuk memberi kebaikan kepada saya, isteti dan anak-anak. Namun segala-galanya di bawah kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu merancang perjalanan hidup seterusnya berdoa untuk kebaikan. Namun hakikatnya, Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH buat semua pengunjung blog ini. Semoga hari-hari mendatang memberi kebaikan kepada kita semua. Insya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.