Posts

Hukum melaungkan azan ketika berangkat menunaikan Haji

Image
Azan syiar Islam Sudah menjadi kebiasaan bakal-bakal Haji ketika turun dari rumah, azan dikumandangkan. Hal ini juga berlaku semasa mereka berada di kompleks Haji Kelana Jaya. Setelah mendengar taklimat perjalanan dari pegawai Tabung Haji, bakal-bakal Haji kemudian dipersilakan turun dari dewan untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Ketika bergerak menuju ke bas, azan akan dikumandangkan melalui pembesar suara. Sayu hati ketika itu. Persoalan di sini, apa hukum melaungkan azan seperti ini, adakah bidaah ? Jawapan Sabda Rasulullah saw, من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama kita yang bukan darinya adalah tertolak. Maksud mengada-ngadakan di sini ialah mencipta sesuatu yang tiada kaitan dengan agama seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat di zaman Rasulullah saw yang berdiri di tengah-tengah padang pasir yang panas terik. Rasulullah saw bertanya para sahabat, “Kenapa orang ini ?”. Para sahabat menjawab, “ Dia sedang menunai...

Kisah dua beradik

Image
Gempa bumi Di zaman dahulu ada dua orang adik beradik. Si abang seorang yang rajin beribadat, sangat dikasihi oleh keluarga dan masyarakat, manakala adik pula seorang yang kaki maksiat, dibenci oleh keluarga dan juga masyarakat. Satu hari Syaitan membisikkan kepada hati abang, “Pergilah buat maksiat, selepas itu engkau bertaubatlah kepada Allah SWT nescaya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”. Hasutan syaitan ini membuatkan hati abang berkata, “Betul juga... Kenapa aku tidak sesekali menghiburkan diri? Bukankah hidup ini hanya sekali sahaja. Baiklah.., malam nanti aku bercadang untuk ke rumah pelacuran mahu bersuka ria dan bersenang-lenang dengan wanita-wanita cantik bersama dengan adikku. Bila dah puas berhibur, aku akan pulang ke rumah dan bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Pengampun lagi Maha Pengasih". Manakala adiknya di rumah pelacuran pula dalam masa yang sama berfikir, “Sudah bertahun-tahun aku hidup bergelumang dengan dosa. Apakah a...

Mubahalah

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al- Imran ayat 59-61 “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menjadikan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya : Jadilah engkau, maka menjadilah ia. (59) Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (60) Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta”.(61) Huraian ayat “ Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menjadikan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya : Jadilah engkau, maka menjadilah ia”( 59) Ayat ini turun kera...

Segalanya bermula dengan niat

Image
Sabda Rasulullah saw, إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله, فهجرته إلى الله ورسوله . ومن كانت هجرته لدنيا يصيببها أو امرأة ينكحها , فهجرته إلى ما هجر إليه Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim) Huraian “Segala amalan itu bergantung dengan niatnya…. ” Yang dimaksudkan dengan niat ialah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu perkara yang datangnya dari hati manusia. Menurut istilah syarak niat itu ialah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu ibadat, kemudian terus mengamalkannya dengan sempurna serentak semasa ...

Kematian yang dimuliakan Allah

Image
Tafsir Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 169 -170 Firman Allah SWT, "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki (169). (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka memberi perangsang kepada orang-orang yang belum (mati) menyusul di belakang mereka bahawa mereka tiada merasa takut dan tiada merasa duka cita”. (170) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT berfirman kepada orang-orang yang beriman supaya tidak bersangka seperti sangkaan orang-orang munafik yang mengatakan orang-orang yang terbunuh dalam peperangan fi sabilillah itu mati begitu sahaja, mayat mereka akan hancur dimakan ulat kemudian menjadi tanah. Sebaliknya orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah SWT dan diberi rezeki. Kebanyakkan ahli tafsir menjelas...

Catatan hari ini : Sepanjang Kursus Haji Perdana 1431 H

Image
Dari kiri wakil USIM, saya dan dua orang Guru Pembimbing Ibadah Haji yang senior iaitu Ust Muslal dan Ust Dato' Haji Arshad Syukur Alhamdulillah, kursus Haji Perdana 1431H di stadium tertutup Nilai pada 2 dan 3 hb Oktober 2010, telah berjaya berjalan dengan lancar. Ini merupakan tugas pertama saya sebagai Guru Pembimbing Ibadah Haji yang paling junior di kalangan Guru-Guru Pembimbing Ibadah haji yang lain. Sebagai orang baru, tentulah saya merasa bimbang, risau dan takut jika gagal melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Apa pun ia adalah satu pengalaman yang cukup bernilai buat saya. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang memimpin bakal-bakal tetamu Allah yang mulia ini. Justeru sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merasa amat terhutang budi kepada Lembaga Tabung Haji Negeri Sembilan di atas kepercayaan dan amanah yang diberi. Peserta memberi komitmen yang baik Pada pengamatan saya, boleh dikatakan semua bakal jemaah Haji dari seluruh Nege...

Buatlah yang terbaik !

Labbaik Allah humma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik Innal hamda Wan-ni'mata Laka walmulk Laa sharika lak. Hari ini dan esok bakal-bakal jemaah Haji (termasuk pakej swasta) dari seluruh Negeri Sembilan akan berhimpun di Stadium Nilai bagi mengikuti kursus Haji Perdana. Majlis akan bermula dengan solat Zuhor berjemaah, kemudian disusuli dengan ceramah Haji oleh Ybhg Al-Fadhil Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz. Selepas solat Asar, bakal-bakal jemaah Haji akan memulakan raptai amali Tawaf, Saei dan tahalul. Bakal-bakal jemaah Haji diminta memakai pakaian ihram sewaktu melakukan amali ini. Pada sebelah malam, bakal-bakal jemaah Haji akan melaksanakan pula rukun dan wajib Haji seperti Wukuf, Mabit di Muzadalifah, bermalam di Mina dan melontar jamrah. Manakala keesokkan hari pula, bakal-bakal jemaah Haji akan berQiamullail, kemudian diberi taklimat oleh Pengarah Tabung Haji Negeri, sedikit nasihat dari Sahibus Samahah Mufti dan majlis penutup oleh YAB Menteri Besar N. Sembilan. Sed...

Catatan hari ini : Mesyuarat persiapan kursus Haji Perdana

Image
Dari kiri ialah Tuan Haji Adnan bin Borhan (Pengurus TH Port Dickson), Tuan Haji Nawawi bin Ishak (Pengarah TH Negeri) dan Tuan Haji Nor Azamir bin Alias (Timbalan Mufti Negeri Sembilan) Saya sampai di bangunan Tabung Haji Seremban pada pukul 2.11 minit petang. Di bilik mesyuarat, Tuan Haji Adnan bin Borhan, Pengurus Tabung Haji daerah Port Dickson sudah pun menunggu. Sejurus kemudian tiba pula Ustaz Haji Muslal bin Rakiman dan Ustaz Haji Norazamir bin Alias (Timbalan Mufti). Mereka merupakan Guru Pembimbing Ibadah Haji yang agak senior dan paling berpengalaman di negeri ini. Selang beberapa minit, Tuan Haji Nawawi bin Ishak Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan pun tiba dan terus memulakan mesyuarat. Pengerusi memaklumkan ketidak hadiran salah seorang Guru Pembimbing Ibadah Haji iaitu Ustaz Dato’ Haji Arshad bin Abd Samad, kerana ada urusan tertentu. Pembahagian tugas Mesyuarat kemudian membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kursus Haji Perdana di Stadium Nilai pada 2...

Jika sinki dapur anda tersumbat

Image
Pakcik Tahir sedang menyelesaikan masalah sinki tersumbat Baru-baru ini sinki dapur saya tersumbat. Sudah puas saya cuba membaikinya, tetapi tidak berhasil. Manakala isteri pula asyik merungut, meminta saya menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu saya teringat Pakcik Tahir, mungkin beliau boleh membantu. Bukan sukar untuk saya berjumpa dengannya, sebab Pakcik Tahir sentiasa berada di Masjid Qaryah Sikamat. Jika tidak berada di masjid ini, carilah beliau di surau Al-Falah. Insya Allah pasti ketemu. Siapakah Pakcik Tahir ? Pakcik Tahir tinggal di Taman Desa Rhu Sikamat. Walaupun usianya 72 tahun, namun beliau masih sihat dan kuat. “Apa rahsia pakcik ?”, tanya saya. “Tak ada apa-apa Ustaz…cuma saya suka menolong orang”, katanya. Saya dan anak-anak tekun melihat Pakcik Tahir bekerja. Lima belas minit kemudian "Sudah siap pakcik ?", tanya saya apabila melihat beliau menyimpan semula peralatannya di dalam beg. "Sudah", katanya. Saya menghulurkan beberap...

Demi masa

Image
Mengunjungi rumah seorang jutawan MLM di Taman Acasia Sikamat Masa berlalu begitu pantas. Tempoh yang dilalui selama seminggu , bagaikan rasa sehari. Aktiviti ziarah di bulan Syawal, memenuhi undangan rumah terbuka di sana-sini, kesibukan mengajar di sekolah, aktiviti menulis pada waktu malam, menyampaikan kuliah di beberapa tempat semuanya itu cukup meletihkan. Namun disebalik keletihan, terpancar rasa bahagia. Bahagia kerana masa yang diberikan Allah terisi dengan aktiviti yang berguna. Annual Repot Minggu depan, minggu yang paling mencabar. Islamic Studies Department Report for year 2010 perlu dikarang dalam Bahasa Inggeris, paling kurang 15 muka surat untuk dihantar kepada Pengetua, Mr Walter Jones. Dateline yang diberi ialah 2hb Oktober 2010. Assesment para pelajar pula perlu dihantar pada hari Isnin 27hb, di samping Meeting Heads of Department pada hari yang sama. Hari Khamis, 30 hb Sept 2010, pukul 2 .00 petang saya diminta oleh Lembaga Tabung Haji untuk menghadiri ...

Catatan semalam : Menuai hasil pertama

Semalam selepas sahaja solat Jumaat di Surau Kolej Tuanku Jaafar, saya dan abang sulong (Mohd Shaari) menuju ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan Syarikat Penerbit Cresent Sdn Bhd. Sampai di sana pukul 2.55 petang. “Ustaz tunggu sekejap, saya on the way ke pejabat”, kata En Ibrahim Pengurus Besar Syarikat ini apabila saya memaklumkan ketibaan saya. 3.20 petang, En. Ibrahim pun sampai. “O.k, Editor saya sudah pun semak manuskrip Ustaz. Jadi kami bersetuju untuk membelinya. Tapi Ustaz perlu ubah Layout , kurangkan kepada 8” X 5". Selepas itu manuskrip ustaz serahkan kepada kami dalam bentuk CD", kata En. Ibrahim memulakan perbincangan. “ Baiklah, sekarang kita bincang pula tentang harga”, kata saya. "Berapa Ustaz mahu jual ?", tanya En. Ibrahim. "RM....", jawab saya. “Ustaz…ekonomi sekarang meleset, buku susah hendak jual di pasaran ..., jadi kami hanya bersetuju untuk membeli hak cipta Ustaz sebanyak RM….. sahaja boleh ?”, katanya menawarkan harga...

Keluarga Datuk Sosilawati, bersabarlah...

Image
Kepada keluarga Datuk Sosilawati , Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad , yang dibunuh secara kejam baru-baru ini, bersabarlah. Sabda Rasulullah saw, ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim) Sesungguhnya mereka kembali kerahmatullah dengan penuh kemuliaan sebagai orang yang mati Syahid (Akhirat) . Inilah satu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Menurut Imam al-Qurthubi dan As-Sayuti, orang yang mati syahid akhirat terlepas daripada seksaan kubur. Berkata Syeikh Luqani dan Syekh Abdus Salam dalam Syarah Ithaf al-Murid: Telah warid daripada Nabi saw, bahawa terdapat 40 jenis orang yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Di antaranya : “Orang yang mati di dalam menuntut...

Selamat datang Nik Madihah

Image
Ustaz mengucapkan selamat datang kepada Nik Madihah pelajar terbaik SPM 2008 (19 A)yang akan mengambil A Level di Kolej Tuanku Jaafar Mantin Seremban. Beliau telah memulakan hari pertamanya sebagai pelajar Kolej ini semalam atas biayaan Bank Negara. Justeru, ustaz mendoakan Nik Madihah berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Khutbah Eidul Fitri 1431 H

Image
Di hadapan jemaah Surau Kg. Ismail Ampangan. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia, Bulan Ramadhan telah pun berlalu, adalah lumrah bagi para sahabat Rasulullah saw serta mukmin yang hakiki mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang gembira serta syukur dan melepaskannya dengan hati yang sayu dan sedih, penuh rasa bersalah serta bimbang jika tidak sempat menemui bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya. Dan mereka juga khuatir jika segala ibadah yang mereka lakukan di bulan Ramadhan masih gagal menebus dosa-dosa mereka yang lalu, pendekata gagal mendapat keampunan daripada Allah SWT. Dalam hal ini Rasulullah saw, ويل لمن أدرك رمضان فلم يغفر له Maksudnya : Neraka Waillah, bagi mereka yang berkesempatan di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Manakala bagi orang mukmin yang hatinya berpenyakit, mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang kecewa, kecewa kerana terpaksa meningg...

Terima kasih sekalung budi

Image
Petang tadi Kolej Tuanku Jaafar telah dikunjungi oleh tetamu-tetamu dari Angkatan Belia Islam Malaysia. Mereka tiba dalam pukul 5.00 petang, disambut oleh En Adha bin Aris, Pengurus ICT Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Selain tazkirah, mereka turut membuat persembahan multimedia menceritakan pengalaman ketika menghantar misi bantuan di negara-negara Islam yang mereka kunjungi. Majlis diakhiri dengan program berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Saya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan mereka sewaktu solat Terawih. Rupa-rupanya mereka tidak dapat bersama untuk solat Terawih kerana sudah mempunyai program di tempat lain. Justeru ketika saya tiba, kami hanya sempat bertemu seketika sahaja. Di atas kesempatan ini , saya bagi pihak semua staf dan pelajar-pelajar muslim Kolej Tuanku Jaafar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan petang tadi. Terimalah serangkap pantun daripada saya. Sudi tuan menghadirkan diri, Ke tempat kami setulus hati, Ucapan terima kasi...

Catatan hari ini : Yang merah itu saga

Image
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Alhamdulillah, bulan ini saya menerima tiga helai kain pelikat. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghadiahkannya. Apa pun kualiti atau harganya, saya tetap menerima dengan rasa syukur dan gembira. Syukur kerana masih ada yang mengingati. Gembira kerana hubungan ukhwah sesama insan saling terjalin erat. Itulah yang lebih mahal dari segala-galanya. Budi bahasa yang tidak boleh di jual beli. Mengintai Lailatul Qadar di Al-Falah Hari ini rutin saya bermula seawal pukul 3.30 pagi. Jemputan sebagai pembimbing Qiamullail di Surau Al-Falah Taman Desa Rhu, saya terima dan laksanakan sebaik mungkin. Suasana tiga perempat malam di sini sungguh ceria. Kanak-kanak turut hadir menambahkan suasana gembira. Dua jemaah surau sedang berbual mesra Lampu surau yang bersinar terang menghilangkan rasa mengantuk. Kami bertasbih memuji Allah, bagaikan suara ombak membadai pantai. Majlis selesai sejam sebelum Fajar. Bermenu...