Gerakan Feminisme : Satu lagi ancaman akidah ke atas umat Islam di Malaysia !

Amina Wadud, pendokong utama Gerakan Feminisme

Selain berdepan dengan gerakan missionari Kristian, umat Islam di negara ini juga sedang di asak akidahnya oleh beberapa kumpulan sesat yang lain seperti Gerakan Feminisme,Kumpulan Anti Hadis dan Fahaman Islam Liberal. Artikel hari ini saya fokuskan kepada Gerakan Feminisme.

Gerakan Feminisme …?

Ya, Gerakan Feminisme sebenarnya berasal dari barat yang bertujuan mewujudkan persamaan laki-laki dan perempuan (gender equality). Gerakan yang didokong oleh mereka yang berfahaman Islam Liberal ini menunutut persamaan hukum-hukum syariah antara lelaki dan wanita.

Di antara isu-isu liberal dan kontroversi yang ditimbulkan oleh kumpulan ini ialah poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang, perkahwinan yang berbeza agama termasuk muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah, masa edah bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi juga untuk laki-laki, isteri boleh menjatuhkan talak dan bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah sama.

Sudah muncul ke kumpulan ini di Malaysia...?

Bibit-bibit feminisme di Malaysia sudah lama muncul. Kewujudan kumpulan NGO yang bernama Sisters in Islam yang dahulunya didirikan oleh Amina Wadud kini mula mempengaruhi wanita-wanita di Malaysia seperti Zainah Anwar, Marina Mahathir dan Nori Abdullah. Bahkan lebih terkehadapan perjuangan kumpulan ini seolah-oleh mendapat restu dari kerajaan.

Buktinya satu Persidangan Global Musawah Mengenai Tuntutan Kesaksamaan dan Keadilan dalam Keluarga Islam (Musawah atau kesaksamaan dalam Bahasa Arab)telah diadakan di ibu negara bermula 13 hingga 17 Februari 2009 lalu.

Persidangan ini dilancarkan oleh Penasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ia dihadiri lebih 250 peserta termasuk aktivis, sarjana, penggubal polisi, ahli Parlimen, usahawan dan golongan profesional dari 47 buah negara.

Selain Zainah Anwar sebagai perancang utama persidangan ini, Jawatankuasanya terdiri daripada Rabea Naciri dari Morocco, Asma'u Joda (Nigeria); Zainah Anwar, Prof. Yakin Ertürk, Ziba Mir-Hosseini (Iran/United Kingdom) dan Kamala Chandrakirana (Indonesia). Boleh dikatakan semua mereka ini berfikiran Islam Liberal.

Bukti lain yang mengesahkan wujudnya kumpulan ini ?

Kalau tiada angin bertiup masakan pokok boleh bergoyang. Sila amati bidasan Prof Mehrun Siraj (gambar)ke atas kumpulan ini yang sedang giat memperjuangkan hak kaum wanita di Malaysia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki pilihannya walaupun berlainan agama. Artikel yang bertajuk 'Love for Islam comes first'telah disiarkan oleh akhbar the Star pada ada 22hb Jun 2006. Layari http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg05050.html

Kesimpulan dan nasihat untuk pendakwah

Pendakwah-pendakwah Islam perlu berkerja keras menahan asakan-asakan ini yang datangnya dari luar dan dalam. Malaysia merupakan Negara yang subur mengeluarkan graduan-graduan pengajian Islam sama ada dari universiti tempatan mahu pun luar negara. Di UKM sahaja sebagai contoh, Fakulti Pengajian Islam mengijazahkan tidak kurang 400 orang graduan pengajian Islam setiap tahun.

Bayangkan berapa ramainya pendakwah-pendakwah Islam di bumi tercinta ini jika dicampurkan dengan jumlah graduan yang dilahirkan dari Universiti Malaya, UIA, KIAS, Universiti Darul Iman, Al-Azhar, Madinah, Maghribi, Jordan dan Indonesia.

Sepatutnya semakin ramai pelajar-pelajar yang berkelulusan Ijazah pengajian Islam, semakin meriah surau dan masjid dengan kuliah-kuliah agama. Namun, dari dulu sehingga sekarang ada masjid dan surau tertentu yang begitu suram dengan program kuliah, ceramah dan tazkirah. Soalan saya, tak kan tak ada seorang pun pendakwah-pendakwah yang tinggal di kawasan tersebut menampilkan diri untuk memimpin masyarakat ?

Sedarilah wahai para pendakwah sekalian,

Benarkah dakwaan yang mengatakan membenarkan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian akan memudahkan mereka memeluk Islam ? Sedangkan para pendakwah hari ini begitu pasif dan tidak pernah berusaha untuk keluar menerangkan keindahan Islam kepada orang ramai apatah lagi kepada non-muslim ?

Tidak malukah kita kepada mualaf-mualaf seperti Brother Shahkirit Kakulal Govindji dan Brother An Wan Seng yang begitu aktif kehulu kehilir menerangkan Islam di masjid dan surau termasuk di gereja ?

Ayuh bangkit dan bangunlah wahai para pendakwah sekalian. Sesungguhnya umat Islam memerlukan anda semua. Ilmu anda sentiasa ditagih !Anda adalah panglima-panglima yang berada di barisan hadapan ketika umat Islam di asak, digodam oleh mereka yang berfikiran sesat lagi menyesatkan. Pantang panglima, sekali melangkah akan kembali undur !

Wallahualam.

Rujukan,

Kertas kerja : Isu-isu Sentral Dalam pemikiran Islam Liberal -Dr. Ugi Suharto, UIA

Comments

  1. assalammualaikum,

    sy harap sy tidak menyinggung ustaz atau sesiapa... sekadar pendapat peribadi...

    pendakwah memang perlu bangkit dan menahan asakan ini dari luar dan dalam... cuma adakala, mungkin, kita terlepas pandang, bahawa adakala feminisme yang diperjuangkan asasnya bertujuan melindungi (memperjuangkan) hak-hak wanita...

    dan kalau pemikiran ini boleh sampai pada gelanggang umat islam, perlu diperhalusi semula puncanya. masakan jika wanita tidak merasakan mereka ditindas (oleh umat islam bukan oleh islam), mereka perlu bangkit menentang. masakan boleh timbul perjuangan jika tiada apa yang perlu diperjuangkan...

    jadi saya rasa, ungkapan bahawa 'islam membela nasib wanita ke tahap tertinggi' perlu diberi penekanan agar tidak menjadi sekadar slogan sedangkan realiti saban hari menayangkan banyak kes penderaan, ibu tunggal, gantung tak bertali, rogol, dinafikan hak selepas bermadu dan sebagainya lahir dalam gelanggang umat islam ini...

    mungkin selain menahan asakan, perlu juga ada perjuangan oleh pendakwah untuk membetulkan situasi ini

    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,

    Terima kasih di atas komen saudari. Cuma yg ingin saya tekankan di sini, perjuangan feminisme jgn melampaui sempadan, melampaui hukum syarak. Itu sahaja....

    Isya Allah saya akan menulis membicarakan permasalahan kaum wanita spt yang saudari bangkitkan.

    Semoga Allah memberi kebaikan kpd saudari.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu