Allah SWT benci 3 golongan ini....
Ada tiga golongan yang Allah SWT tidak mahu pandang dengan pandangan rahmat malah mereka disediakan azab yang pedih di akhirat kelak. Sabda Rasulullah saw,
َثلاثًة لا يكَلِمهم الله يَومَ القيَامَةِ وَلا يزَكِيهم وَلا يَنظر اِليهم ولهم عَذَاب ألِيم.
شَيخ زَان, ومَلك كَذاب, وعَائل مستَكبر
Maksudnya : Tiga golongan yang mana Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari Qiamat, mereka juga tidak dimuliakan dan mereka tidak dipandang dengan pandangan rahmat dan bagi mereka disediakan azab yang sangat pedih iaitu orang tua yang berzina, pemimpin yang pendusta dan orang fakir yang miskin. (Riwayat Muslim)
Tiga golongan yang disebut dalam hadis ini ialah :
Pertama : Orang tua yang penzina.
Kebanyakkan golongan ini sudah berkahwin, sudah merasai nikmat alam perkahwinan , nikmat berkelamin, sudah beranak pinak malah ada yang bercucu dan bercicit, maka sepatutnya mereka menjadi contoh teladan kepada golongan muda. Namun sekiranya mereka masih terjebak ke lembah zina, maka memang wajarlah mereka menerima kutukan daripada masyarakat dan di akhirat kelak akan mendapat penghinaan pula di sisi Allah SWT.
Kedua : Pemimpin yang pendusta
Yang dimaksudkan dengan pemimpin yang pendusta ialah mereka yang mempunyai kekuasaan tetapi menyalahgunakan kuasa yang ada untuk menipu rakyat, terlibat dengan pelbagai korupsi seperti pecah amanah, rasuah dan sebagainya.
Ketiga : Orang miskin yang sombong
Iaitu mereka yang malas berusaha dan berikhtiar untuk mencari rezeki yang halal. Golongan tidak tahu bersyukur untuk menggunakan nikmat pemberian Allah seperti akal, tenaga dan tubuh badan yang sihat. Sebaliknya lebih suka meminta-minta daripada orang ramai.
HANYA 3 GOLONGAN YANG BOLEH MINTA SEDEKAH
Dalam sepotong hadis Nabi saw berpesan kepada Qabisah bin Mukhariq Al-Hilali r.a,
يا قبيصة ان المسالة لا تحل الا لأحدث ثلاثة : رجل تحمل حمالة فحلت له المسالة حتى يصيبها ثم يمسك . ورجل أصابته جائحة اجتاحت ماله فحلت له المسالة حتى يصيب قواما من عيش أو قال سدادا من عيش ورجل أصابته فاقة حتى يقوم ثلاثة من ذوى الحجا من قومه لقد أصابت فلان فاقة فحلت له المسالة حتى يصيب قواما من عيش أوقال سدادا من عيش فما سواهن من المسالة. يا قبيصة سحتا يأكلها صاحبها سحتا .
Maksudnya : Wahai Qabisah ! Sesungguhnya perbuatan meminta-minta itu tidak halal melainkan untuk tiga golongan : Pertama orang yang menanggung hutang (gharim untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya) Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Kedua orang yang kena bencana sehingga habis harta bendanya musnah. Maka orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak baginya. Ketiga orang yang ditimpa kemiskinan (disaksikan atau dikethui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin ) Maka orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak. Ya Qabisah ! Selain tiga golongan itu tadi haram bagi seseorang meminta-minta dan haram pula memakan hasil meminta-mintanya itu. (Riwayat Muslim)
Wallahualam.

Comments
Post a Comment