Mendulang hikmah di sebalik Hijratur Rasul....
Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan oleh Malaikat dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini ? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu ? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali". (An-Nisa 97)
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mencerca orang mukmin di Mekah yang tidak mahu berhijrah kerana takut kepentingan peribadi mereka terjejas. Di kalangan mereka ada yang menjalankan perniagaan bersama dengan orang musyrikin Quraisy, ada yang mempunyai harta berupa rumah, binatang ternakan dan kebun tanaman di Mekah, justeru mereka merasa sayang untuk meninggalkan harta benda yang mereka kumpulkan selama ini untuk berhijrah ke Yathrib.
Kepada golongan ini, mereka akan di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh mengapa mereka tidak mahu mengikut Rasulullah saw untuk berhijrah ke Yathrib ? Mereka menjawab bahawa mereka adalah golongan lemah, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana takut kepentingan mereka terjejas. Lalu di tempelak oleh malaikat, bukankah bumi Allah SWT ini luas untuk kamu mencari rezeki ? Kesudahan nasib golongan ini , Allah SWT menjanjikan kepada mereka balasan azab neraka Jahannam di akhirat kelak.
Pengajaran ayat
Berdasarkan ayat ini hukum berhijrah di zaman Nabi saw itu adalah wajib. Justeru di zaman ini boleh diqiaskan kepada mana-mana umat Islam yang tidak boleh mengerjakan suruhan agamanya seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya maka wajiblah dia berhijrah ke satu tempat yang membolehkan dia melakukan suruhan agamanya.
Kepada ulama yang tidak berani menyatakan kebenaran kerana takut kedudukannya terjejas maka hendaklah dia berhijrah menjadi ulama yang berani menyatakan kebenaran. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
Kewajipan berhijrah di zaman Nabi saw itu ada pengecualiannya sebagaimana firmanNya pada ayat 98 surah an-Nisaa’,
"Kecuali orang-orang yang lemah (tertindas) dari golongan lelaki dan perempuan dan kanak-kanak" (An-Nisaa 098)
Dalam ayat ini pengecualian diberikan kepada orang-orang lemah seperti sakit, orang tua atau kanak-kanak. Termasuklah anak sulung Rasulullah saw yang berkahwin dengan Abul Ash bin Rabi’, yang masih lagi setia dengan agama jahiliah.
Zainab binti Rasulullah saw berhijrah selepas berlakunya peperangan Badar dimana suaminya Abul Ash bin Rabi’ telah ditawan dalam peperangan tersebut. Sebagai janji untuk untuk mengembalikan Zainab kepada Rasulullah saw, akhirnya beliau dibebaskan oleh Rasulullah saw . Tidak berapa lama selepas itu Abul Ash memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah. Beliau dinikahkan semula oleh Rasulullah dengan anaknya Zainab.
Mereka yang tidak dapat berhijrah kerana faktor-faktor seperti ini, diberi keampunan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam ayat 99 surah an-Nisaa’,
"Mudah-mudahan Allah SWT memaafkan mereka kerana Allah itu adalah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun". (An-Nisaa 099)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa berhijrah itu bukan suatu perintah ringan yang boleh diabaikan. Bahkan setiap orang yang tertindas itu wajib mengusahakannya jika ada peluang untuk berhijrah.
Ganjaran berhijrah
Setelah Allah SWT menjelaskan kepentingan berhijrah, maka Allah SWT menyatakan pula tentang ganjaran yang bakal diperolehi oleh mereka yang berhijrah. Firman Allah SWT,
"Barangsiapa yang meninggalkan negerinya pada jalan Allah, nescaya akan mendapat negeri tempat ia tinggal serta mendapat penghasilan yang banyak. Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemuadian ia mati sesungguhnya dia beroleh paahala dari Allah dan adalah Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (An-Nisaa 100)
Hijrah adalah ujian Allah
Kalau di lihat peristiwa hijrah ia merupakan satu bentuk ujian yang Allah SWT berikan kepada orang-orang Islam Mekah. Sudahlah mereka dicerca, dikutuk, dipulau malah ada yang diseksa dan dibunuh kerana menganut agama Islam tiba-tiba datang pula perintah Allah yang menyuruh mereka meninggalkan harta benda, seterusnya meninggalkan kampung halaman tempat tumpahnya darah untuk pergi ke satu tempat yang bernama Yathrib yang jaraknya lebih kurang 500 km.
Untuk ke Yathrib mereka perlu merentasi padang pasir, menempuh cuaca yang panas dan keadaan jalan yang berdebu sebelum sampai ke sana yang memakan masa hampir sebulan lamanya. Sebab itulah Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar untuk mereka yang berhijrah sesuai dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Allah SWT menyatakan, siapa yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya untuk berhijrah mereka dijanjikan kehidupan yang makmur serta keuntungan yang banyak. Di kalangan sahabat yang berhijrah bukan sahaja diberi keuntuungan pahala yang besar malah di dunia lagi mereka diberi penghormatan oleh Allah SWT .
Ada dikalangan mereka dilantik sebagai khalifah Islam seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Othman danSaidina Ali kwj. Ada yang menjadi Gabenor seperti Amru bin Al-Ash, ada yang menjadi jutawan seperti Abdur Rahman bin Auf ada yang menjadi panglima tentera seperti Sa’ad bin Abi Waqas dan ada yang menjadi juruazan seperti Bilal bin Rabah.
Malah tidak ada kaum muhajirin yang hidup terseksa dan mati kebuluran di Madinah. Apa yang mereka perolehi ialah ketenteraman, keselesaan untuk beribadah dan mengamalkan ajaran Islam.
Sebab turun hujung ayat 100, surah an-Nisaa’
Diterangkan juga dalam ayat ini, sekiranya mereka mati dalam perjalanan berhijrah, mereka akan beroleh pahala yang berterusan serta mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan sebab ayat ini diturunkan.
Ada yang berpendapat ayat ini turun sempena kisah seorang sahabat yang bernama Dhumrah bin Jundub yang ingin berhijrah ke Yathrib sedangkan dia sudah tua. Lalu dia berkata kepada anak-anaknya, Tolong ayah, tolong bawa ayah keluar dari bumi musyrik ini, tolong bawakan ayah kepada Rasulullah saw di Madinah. Lalu dia di bawa oleh anak-anaknya menuju ke Madiah, namun di pertengahan jalan dia meninggal dunia. Maka turunlah wahyu ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah menyediakan pahala untuknya.
Menurut Ibnu Hatim ayat ini turun sempena kisah seorang sahabat yang bernama Dhamurah az-Zarki. Matanya sudah rabun tidak boleh melihat kerana usianya yang lanjut. Apabila turun ayat 99 surah an-Nisaa’ yang menyatakan pengecualian berhijrah diberikan kepada orang yang lemah dan dan juga kanak-kanak, maka Dhamurah merasa keberatan untuk menganggap dirinya lemah. Kata Dhamurah, “Aku seorang yang kaya raya, aku orang yang mampu, maka aku perlu berhijrah”. Lalu dia pun bersiap untuk berhijrah, namun apabila sampai di Tanaim, Dhamurah meninggal dunia. Maka turunlah ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT telah menyediakan pahala yang banyak untuk dirinya.
Manakala Ibnu Sa’ad pula menyatakan ayat ini turun bersempena kisah seorang sahabat yang bernama Jundab bin Dhumrah, yang mana ketika orang-orang Islam sedang berhijrah ke Madinah beliau pula jatuh sakit. Lalu dia berkata kepada anak-anaknya, “Aku tidak mahu mati di Mekah”. Anaknya bertanya, “Kalau begitu ayah mahu mati di mana ? ”. Jawab Jundab, “Aku mahu mati di Madinah ”, jawabnya tegas. Permintaannya diusahakan oleh anak-anaknya, namun sampai di perkampungan Bani Ghiffar, Jundab bin Dhumrah meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, tindakan berhijrah bergantung kepada niat. Sabda Nabi saw,
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
Maksudnya : Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya.
Dalam sebuah lagi hadith,
من جرج حجا فمات كتب له أجر الحج إلى يوم القيامة . ومن خرج معتمرا فمات كتب له أجر المعتمر إلى يوم القيامة . ومن خرج غازيا فى سبيل الله فمات كتب له أجر الغازى
إلى يوم القيامة
Maksudnya : Barangsiapa yang keluar mengerjakan Haji lalu ia mati, maka ditulis baginya pahala orang yang mengerjakan Haji sehingga hari Qiamat. Barangsiapa yang keluar mengerjakan umrah kemudian ia mati, maka ditulis baginya pahala orang yang mengerjakan umrah sehingga hari Qiamat. Barangsiapa yang keluar berperang di jalan Allah kemudian ia mati, maka ditulis baginya pahala orang yang berperang sehingga hari Qiamat.
Pandangan orientalis barat
Peristiwa hijrah berlaku pada tahun 622 Masihi. Orientalis Barat mendakwa hijrah bermaksud Nabi Muhammad saw lari dari Mekah kerana takut di seksa dan diancam oleh kaum Quraisy. Pandangan ini tersasar kerana kalaulah Rasulullah saw takut, tentulah baginda orang yang pertama sekali keluar dari Mekah. Sebaliknya Rasulullah saw merupakan antara orang yang terakhir sekali berhijrah bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar, selain Saidina Ali bin Abi Talib.
Kenapa Saidina Ali lewat berhijrah ? Kerana beliau telah dminta oleh Rasulullah saw untuk membereskan amanah orang-orang Mekah kepada baginda sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa orang Quraisy Mekah sangat percaya kepada Rasulullah saw yang amanah dan jujur sehingga mereka menyerahkan barang-barang mereka yang berharga untuk disimpan oleh Rasulullah saw.
Barang-barang inilah yang dipulangkan semula oleh Saidina Ali kepada orang-orang Mekah apabila Rasulullah saw telah berhijrah ke Yathrib.
Keadaan sahabat yang berhijrah
Boleh dikatakan keseluruhan para sahabat berhijrah ke Madinah dalam keadaan bersembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan sanak saudara masing-masing. Berbeza dengan Saidina Umar bin al-Khattab yang berhijrah secara terang-terangan.
Saidina Ali kwj menceritakan sewaktu Saidina Omar mahu meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Yathrib, beliau mengambil sebilah pedang lalu disisip di sisi pinggangnya, kemudian dicapai pula busar panah lalu disangkut di bahunya, kemudian melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah. Ketika itu tokoh-tokoh ternama Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar. Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik sahaja selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat dua rakaat.
Setelah selesai solat , Sayyidina Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedih yang ditujukan kepada puak kuffar Quraisy yang asyik memerhatikannya. Kata Sayyidina Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia (yang beriman) di dunia ini, melainkan wajah kamu wahai puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah .”
Sambungnya lagi, “Sesiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, menjadikan anak-anak mereka yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini".
Berdasarkan tindakan Saidina Omar ini, orientalis barat memburuk-burukkan Rasulullah saw, kononnya baginda adalah seorang pengecut kerana berhijrah dalam keadaan bersembunyi berbanding dengan Saidina Omar yang berhijrah dalam keadaan terang-terangan. Jawapannya, apa yang dilakukan oleh Saidina Omar bin al-Khattab adalah tindakan yang bersifat individu mengikut keselesaannya. Sedangkan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah saw adalah sesuatu yang telah diatur oleh Allah SWT kepada RasulNya yang menjadi sunnah dan ikutan kepada umatnya.
Maksudnya kalaulah Nabi saw berhijrah sama seperti Saidina Omar, maka akan wujudlah kefahaman umat Islam dihari kemudian iaitu tidak berlu berjaga-jaga atau tidak perlu berwaspada atau tidak perlu berstrategi ketika kita dalam keadaan bahaya.
Dalam konteks hari ini, akan timbul pula fahaman songsang seperti tidak perlu takut kalau berjalan keseorangan di tengah malam gelap gelita di lorong-lorong yang sunyi dari penglihatan manusia, tawakal sahaja kepada Allah SWT !
Hijrah serta kaitan dengan Hablum minallah dan Hablum minannaas
Hijratur Rasul menggambarkan kepada kita betapa pentingnya hubungan Hablum Minallah dan Hablum Minan Naas. Kalau di Mekah ajaran Islam lebih tertumpu kepada Hablum Minallah, iaitu hubungan dengan Allah, menyeru manusia menyembah dan mentauhidkan Allah. Sebab itu ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah banyak berkisar tentang ketuhanan.
Tetapi di Madinah ajaran Islam diperluaskan kepada Hablum Minan Naas, iaitu hubungan sesama manusia. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang turun di Madinah berkait rapat dengan kehidupan antara manusia sesama manusia seperti pembahagian harta pusaka, hukum perkahwinan, penceraian, jual beli, politik, peperangan, kejiranan, ekonomi dan sebagainya.
Wallahualam.
Nota ini dikuliahkan di Masjid Negeri (kuliah Subuh) & Surau al-Hidayah Warisan Puteri pada 20.12.2009, Masjid Sikamat 21.12.2009, Masjid Ampangan 23.12.2009 dan Surau al-Falah 25.12.2009.
Rujukan,
Fiqh Sirah, jilid 1
Tafsir Ahmad Sonhadji.
Tafsir Al-Azhar

Comments
Post a Comment