Menghias rumah..,apa yang boleh,apa yang tidak...
Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan….
Sabda Rasulullah saw,
أربع من السعادة المرأة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمراكب الهنئ
Maksudnya : “4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang elok”.
Berdasarkan hadis ini, di antara tanda-tanda kebahagiaan seseorang itu ialah mempunyai isteri yang solehah.Apabila dilihat,dia menyenangkan hati dan apabila ditinggalkan dia berupaya menjaga dirinya juga harta yang ditinggalkan.
Tanda kebahagiaan yang kedua ialah rumah yang luas yang banyak didatangi tetamu. Tanda ketiga ialah jiran yang baik. Justeru sebelum membeli rumah maka hendaklah merisik siapakah jiran kita di sebelah. Plihlah jiran yang soleh jika tidak pilihlah jiran yang tidak menyakiti jirannya.
Tanda kebahagiaan yang keempat ialah kuda yang jinak yang menurut perintah tuannya, yang laju pecutannya serta berupaya membawa tuannya kedestinasi yang dituju.
Rasulullah saw suka rumah yang luas…
Rasulullah saw sangat suka dengan rumah yang luas sehingga baginda sering berdoa,
اللهم اغفرلى ذنبي ووسع لي في داري وبارق لي في رزقي فقيل له ما أكثر ما تدعو بهذه الدعوات يا رسول الله ؟ فقال وهل تركن من شئ
Maksudnya : Ya Allah ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah keberkatan pada rezekiku. Kemudian baginda ditanya oleh sahabat : Mengapa doa ini yang banyak engkau baaca ya Rasulullah ? Di jawab oleh Nabi saw, apakah ada sesuatu perkara lain yang lebih kamu sukai ?”.
Rumah juga kadang-kadang boleh membawa kecelakaan kepada seseorang. Sabda Rasulullah saw,
إنما الشؤم في ثلثة فى الفرس والمرأة والدار
Maksudnya : “Kecelakaan itu datang kerana tiga perkara iaitu kuda, isteri dan rumah”.
Jagalah kebersihan rumah …
Rasulullah saw juga menyeru umatnya supaya menjaga kebersihan rumah sebagai sebahagian daripada syiar agama. Sabda baginda,
إن الله طيب يحب طيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود
فنظفوا أفنيتكم ولا تشبهوا باليهود
Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT itu baik, dia sukakan kebaikan. Dia bersih suka kepada kebersihan. Dia mulia suka kepada kemuliaan. Dia juga pemurah suka kepada kemurahan. Oleh itu bersihkanlah rumahmu, jangan kamau menyerupai rumah orang-orang Yahudi”.
Adab menghias rumah…
Islam tidak melarang umatnya berhias termasuk menghias rumah. Rasulullah saw bersabda,
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر فقال رجل إن الرجل يحب
أن يكون ثوبه حسنا ونعله حسنا ؟ فقال إن الله جميل يحب الجمال
Maksudnya : “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat kesombongan. Kemudian ada seorang lelaki yang bertanya – Ya Rasulullah ! sekiranya itu senang, memakai pakaian yang baik dan kasutnya juga baik, apakah itu termasuk sifat sombong ? Jawab Nabi saw, sesungguhnya Allaah SWT itu baik dan Dia sukakan kebaikan”.
Jangan terlampau bermewah….
Tetapi yang Islam larang ialah sikap suka berlebih-lebihan dalam menghias. Seperti menggunakan pinggan mangkuk daripada emas atau perak. Sabda Rasulullaah saw,
إن الذي يأكل ويشرب في أنية الذهب والفضة إنما يجرجر في بطنه نار جهنم
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan pinggan emas dan perak maka akan gemercik bunyi api neraka dalam perutnya ”
Jangan hias rumah dengan patung …
Islam juga melarang menghias rumah dengan patung binatang sama ada yang dikeraskan daripada binatang yang asal atau yang dibuat daripada batu, tanah dan sebagainya. Larangan ini termaktub dalam sebuah hadis Rasulullah saw,
إن الملائكة لا تدخل بيتا فيه تماثل
Maksudnya : “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada di dalamnya patung-patung”.
Malaikat yang dimaksudkan di sini ialah malaikat Rahmat. Adapun malaikat yang mencatat amalan seseorang hamba Allah tetap menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan malaikat maut tetap akan mencabut nyawa seseorang hamba Allah tanpa terikat dengan apa-apa keadaan suasana di rumah itu.
Ada pengecualian…
Bagaimanapun patung kecil yang menjadi permainan anak-anak adalah diharuskan. Begitu juga model-model yang digunakan untuk tujuan ilmiah seperti sains perubatan dan sebagainya. Termasuk juga diharuskan ialah patung-patung yang dibuat dari kuih-kuih untuk hari-hari kebesaran seperti Hari Raya yang mana patung itu kemudiannya di makan.
Justeru Islam melarang keras seseorang muslim bekerja sebagai tukang pemahat patung sekali pun dia membuat patung itu untuk orang lain. Sabda Rasulullah saw,
أشد الناس عذابا يوم القيامة المصورون
Maksudnya : “ Orang yang paling dahsyat azabnya di akhirat kelak ialah tukang-tukang pembuat patung.”
Hukum menghias rumah dengan gambar-gambar….
Menghias rumah dengan gambar-gambar adalah harus sekiranya gambar-gambar itu tidak disanjung lebih-lebih lagi kalau yang disanjung itu orang-orang kafir, zalim, ahli fasik, pemimpin yang menyengutukan Allah atau pemimpin Islam yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah. Menyanjung dan mengagungkan orang-orang seperti ini bererti meruntuhkan Islam. Tetapi boleh menjadi harus sekiranya gambar-gambar ini direndahkan seperti diletakkan di lantai, menjadi penfesat kaki aatau untuk dipijak.
Begitu juga haram menggantung gambar-gambar perempuan telanjang atau separuh telanjang atau gambar-gambar perempuan yang tida hubungan kekeluargaan seperti gambar para artis yang biasa dilihat di majalah-majalah atau surat khabar dan sebagainya.
Termasuk juga ialah haram gambar-gambar yang dinilai sebagai menyengutukan Allah seperti gambar berhala, salib, Isa al_masih dan sebagainya. Pelukis dan penggantung gambar-gambar seperti ini boleh menjadi kafir sekiranya dia melakukan hal itu dengan sengaja dan dengan pengetahuannya.
Harus hukumnya menggantung gambar gambar orang alim, kerana ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya serta untuk dijadikan contoh. Harus juga menggantung gambar-gambar ahli keluarga yang diambil secara fotografi.
Bela anjing…?
Dilarang memelihara anjing di dalam kawasan rumah tanpa ada keperluan. Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah yang ada patung dan anjing”.Adapun anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan misalnya untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan, dan sebagainya dapayt dikecualikan daripada hokum ini. Berdasarkan sebuah hadis Rasululah saw,
من اتخذ كلبا إلا كلب صيد أو زرع أو ماشية إنتقص من اجره كل يوم قيراط
Maksudnya : “ Barangsiapa yang memelihara anjing selain anjing memburu atau menjaga tanaman dan binatang ternakan, maka pahalanya berkurang satu qirat”
Wallaahualam.
Rujukan - Halal dan Haram dalam Islam – Prof Yusof al-Qardhawi.

Comments
Post a Comment