Apakah hukum mengupah baca Al-Quran atau zikir untuk pahalanya kepada roh si mati?

Seringkali di bulan Ramadhan, wujud pakej-pakej tertentu yang menawarkan khidmat upah membaca Al-Quran atau tahlil dengan bayaran tertentu. Di sini saya lampirkan Fatwa Kerajaan Negeri Kedah mengenainya.

Jawapan:

Harus mengupah baca Al-Quran atau zikir untuk disampaikan pahalanya kepada roh si mati seperti upah baca Al-Quran di atas kubur dengan kadar tertentu sekali khatam umpamanya atau didalam tempoh yang tertentu sebulan umpamanya kerana manfaatnya kepada si mati yang dapat menerima rahmat dari Allah samada diiringi bacaan itu dengan doa atau pun dijadikan bacaan itu untuk atau tidak, manfaat bacaan itu akan kembali kepada si mati dalam itupun sayugia diingatkan bahawa mana-mana Qari yang membaca Al-Quran kerana tujuan mendapat wang(upah) sepertimana biasa juga berlaku dizaman ini yang mana bacaan Al-Quran dijadikan sebagai suatu pekerjaan atau sumber pencarian dan terdapat kumpulan-kumpulan menjadi pemborong pekerjaan ini yang meletakkan harga upahnya dan ada tawar menawar maka bacaan mereka atau zikir mereka tiada ada pahala baginya dan boleh jadi berdosa dengan kerana disebabkan bacaan itu bukan lagi ikhlas kerana Allah.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

Ulasan saya :

Sebenarnya tiada syariat untuk mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran untuk simati kerana anak yang soleh sama sekali tidak akan mengupah orang lain untuk mengirimkan pahala kepada arwah ibu atau bapanya yang sudah meninggal dunia. Lebih baik anak itu sendri yang melakukannya bersesuaian dengan hadis Rasulullah saw,

إذا ما ت ابن أدم إنقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به , أو ولد صالح يدعو له

Maksudnya : “Bila anak Adam (manusia) telah meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya melainkan tiga perkara iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya”. (HR Muslim)

Jika amalan ini disyariatkan, bermakna beruntunglah orang-orang kaya yang meninggal dunia. Sebelum mati mereka akan berwasiat atau / sedekahkan RM 1 juta kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz untuk membacakan Al-Quran setiap hari di atas kuburnya.

Dan negatifnya lagi, jika amalan mengupah ini tidak dihentikan, maka ramailah yang akan mengambil ringan tentang kepentingan belajar membaca Al-Quran. Tidak mustahil satu hari nanti akan keluar kata-kata seperti,

"Apa susah-susah nak belajar Al-Quran, tak pandai ngaji Quran pun tak pa, esok kita upahlah mana-mana Ustaz yang boleh mengajikan Quran atas kubur kita..."

Atau kata-kata,

" Kita ni sibuk.., manalah ada masa nak baca Al-Quran untuk arwah mak dan ayah, upah ajalah kat Ustaz-ustaz tu..., suruh dia orang bacakan".

Kesimpulan

Belajar... dan bacalah Al-Quran selalu. Sabda Rasulullah saw,

إقرأوا القران فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لأصحابه

Maksudnya :” Bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan membantu orang yang membacanya di hari Qiamat kelak”

Sabdanya lagi,

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” (Abu Daud & Ahmad)

Wallahualam.

Comments

  1. Salam..
    saya suka blog ustaz..sgt bermanfaat..syukran atas ilmu yang disampaikan..
    btw, saya ni super junior ustaz masa kat SHAMS kalau x silap..tp ustaz x kenal saya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Puan,

    Terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog saya. Saya juga sudah mengunjungi blog Puan, rupa-rupanya Puan seorang wanita yang bekerjaya di rantau orang.

    Saya doakan Puan, suami dan anak-anak di dalam peliharaan Allah hendaknya.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu