Buku saya bakal dilancarkan secara rasminya.....
Bulan lepas ketika mengunjungi Jabatan Mufti Negeri Sembilan, saya diberitahu bahawa buku saya berjudul “Sebutir Permata Segunung Jasa” bakal dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 18 hb Disember 2009 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.
“Sebutir Permata Segunung Jasa” ialah sebuah biografi Allahyarham Dato’ Haji Abu Hasan bin Haji Sail (1922-1994) bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua.
Latar belakang penulisan
Pada asalnya buku ini ialah Latihan Ilmiah yang saya hasilkan pada tahun 1996 sebagai syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Salinan Latihan Ilmiah ini saya hadiahkan ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk simpanan.
Pada hujung tahun 2007, saya telah dihubungi oleh Jabatan Mufti untuk mengemaskini serta membaik tambah Latihan Ilmiah saya untuk dijadikan sebuah buku. Saya diminta membuat proposal beserta dengan kos perbelanjaan yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.
Pada awal tahun 2008, saya menerima sepucuk surat dan sekeping cek dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri sebagai bayaran pendahuluan bagi menyiapkan kajian dalam tempoh enam bulan. Alhamdulillah, setelah berusaha menjejaki kaum keluarga Allahyarham Dato Haji Abu Hasan bin Sail beserta rakan-rakannya yang masih hidup akhirnya buku ini berjaya disiapkan pada sekitar bulan Jun tahun yang sama. Baki bayaran telah dijelaskan kepada saya apabila Jabatan Mufti berpuas hati hasil kerja yang saya lakukan.
Saya tidak dijemput hadir ?
Sepasang baju Melayu dan kain samping songket sudah pun disediakan oleh isteri untuk saya menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu. Dua tiga hari ini, pandangan saya tertumpu ke pos surat di pagar rumah menunggu –nunggu surat jemputan dari Jabatan Mufti, namun hampa. Surat yang ditunggu-tunggu tidak juga kunjung tiba.
Lalu pada hari ini saya menghubungi Jabatan Mufti di talian 06 7652424. Panggilan saya dijawab oleh Ust Hafiz pegawai Jabatan Mufti,
“ Assalamualaikum Ust Hafiz, ana Ust Hishamuddin penulis buku Sebutir Permata Segunung Jasa”, saya memperkenalkan diri.
“Waalaikumussalam Ust Hisham, ada apa yang ana boleh tolong ?”, tanya Ust Hafiz.
“Betul ke buku ana akan dilancarkan pada 18 hb ini ?”, tanya saya meminta kepastian.
“Ya begitulah, akan dilancarkan oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan sempena sambutan Maal Hijrah”, jawabnya.
“Kalau begitu.., sebagai penulis saya tidak dijemputkah ?”, tanya saya gembira.
“Maaflah ana, ana pun tak tahu pasal jemput-jemput ni. Jabatan Mufti hanya uruskan penerbitan buku sahaja. Lagi pun ana baru sangat ambil alih tugas Ust Amrul al Haz. Tahun-tahun lepas dia yang uruskan. Sekarang dia dah pergi ke JAKIM ”, jelas Ust Hafiz.
“Boleh ana dapatkan sebuah buku tu ?”, tanya saya.
“Boleh, tapi bukan sekarang. Tunggu sehingga buku itu dilancarkan”, jawabnya lagi.
“Terima kasih Ustaz, saya akan hadir ke majlis itu nanti walaupun tidak dijemput”, saya mengakhiri perbualan telifon.
Kepada anak-anak saya (Fatin, Amir, Arif dan Azim), ayah dedikasikan buku ini untuk kalian semua.
Wallahualam.

Salam.
ReplyDeleteTahniah ustaz! Moga boleh dimanfaatkan oleh warga N9 khasnya untuk mengenal bekas mufti mereka dan meneladaninya.
salam..
ReplyDeletewahh...cikcam da ade buku!!
tahniah2...keep up the good work...maju dan maju lagi =)