Menjunjung kasih Tuanku...atas pelancaran buku patik.

Alhamdulillah, buku saya Sebutir Permata Segunung Jasa : Biografi Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Sail bekas Mufti Negeri Sembilan kedua telah sempurna dilancarkan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tepat jam 9.55 minit pagi tadi.

Menerima surat jemputan

Dua hari lepas saya menerima surat jemputan rasmi dari Pusat Dakwah Paroi yang di hantar melalui by hand untuk menghadiri majlis yang bersejarah ini. Kemudian dihubungi pula melalui telifon oleh pegawai dari Pusat Dakwah yang bertanya sama ada saya akan hadir atau tidak ke majlis itu nanti. Jawapan saya insya Allah.

Hari Jumaat -18/12/2009

Pagi-pagi lagi saya sudah bersiap memakai bayu Melayu lengkap bersamping songket. Berbekalkan sarapan tiga keping roti telur, saya kemudian dihantar oleh isteri ke dewan MPS.

Sampai sahaja di dewan tersebut saya memperkenalkan diri lalu dipersilakan oleh urusetia protokol untuk duduk di barisan ketiga bersama tetamu-tetamu VIP yang lain.Saya rasa mereka adalah ketua-ketua Jabatan kerajaan. Selang sebaris, (barisan pertama) ialah Dato’ Baharom bin Hasbullah tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan tahun ini.

Manakala di sebelah kiri saya ialah Datin Hajah Faridah bt Sheikh Haji Ahmad, isteri Allahyarham Dato’ Haji Abu Hassan bin Sail. Sambil berbual saya tunjukkan kepada Datin Hajah Faridah bekas pengetua sekolah saya , kebetulan beliau sedang berada di atas pentas mungkin berbincang sesuatu dengan urusetia protokol.

“Datin, yang pakai baju biru atas pentas tu pengetua sekolah saya Dato’ Haji Yusuf bin Haji Ahmad. Sekarang beliau menjadi Mufti kerajaan Negeri Sembilan”, kata saya.

“Ya ka, kenapa Mufti tak pakai jubah dan serban ? Masa suami saya jadi Mufti dulu kemana-mana dia pergi mesti pakai serban dan jubah ,” tanyanya pelik.

“Entahlah”, jawab saya ringkas.

Majlis bermula tepat jam 9.30 pagi. Selepas ucapan Dato’ Razak Mansor Speaker Dewan Undangan Negeri yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, pengacara mengumumkan pelancaran buku saya. DYMM Tuanku Muhriz dipersilakan oleh Sahibus Samahah meletakkan tangannya di atas bebola kaca, tiba-tiba seolah-oleh bunyi mercun diikuti kertas bewarna warni berguguguran dari atap dewan menandakan buku saya telah selamat dilancarkan dengan gemilangnya.

Majlis diteruskan dengan ceramah oleh Prof Mahmood Zuhdi dari Universiti Islam Antarabangsa. Isi ceramahnya ialah beliau sebagai rakyat jelata tidak redha perpecahan politik di kalangan pemimpin Melayu di Malaysia. Nada tersirat di sebalik ceramahnya macam suruh UMNO dan PAS (dua buah parti politik terbesar Melayu) agar bersatu.

Majlis akhirnya selesai pada pukul 11.30 pagi. Kami kemudian dijemput ke dewan makan VIP. Pukul 12.10 saya menghantar sms kepada isteri saya, “jemput abang sekarang”.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu