Posts

Showing posts from July, 2010

Di ambang Ramadhan

Image
Sabda Rasulullah saw, إن في الجنة بابا يقال له الريان منه الصائمون يوم القيامة , لا يدخل منه أحد غيرهم , يقال أين الصائمون ؟ فيقومون فيدخلون فإذا دخلوا أغلق عليهم , فلم يدخل منه أحد Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. Berdasarkan hadis ini, kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia sehingga Allah SWT menyediakan pintu khas untuk mereka ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Pintu ini dijaga oleh Malaikat yang akan menyeru orang yang berpuasa untuk masuk ke syurga melalui pintu ini. Sabda Rasulullah saw, مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه Maksudnya : “Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan ihtisab (berhadap ganja

Enam atau lapan masa ?

Image
Petikan dari manuskrip buku bertajuk “ Jika misionari Kristian bertanya anda…” Kalau dilihat dalam beberapa ayat Al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia telah mencipta langit dan bumi selama enam masa . Hal ini boleh dilihat dalam surah Al-‘Araf ayat 54, “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa , lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Dia pula yang menciptakan) matahari, dan bulan dan bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekelian alam” (54) Cantiknya Dalam surah Yunus ayat 3, “ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, mentadbirkan segala urusan. Tidak ada siapa yang dapat memberi syafaat melaink

Doa bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan

Image
Sumber, http://impiutm.blogspot.com/

Bersama warga Flat PPR Seri Alam, Kuala Lumpur

Image
Sebahagian yang hadir Asalnya mereka adalah golongan setinggan Kg Delima Kuala Lumpur, berhampiran Istana Negara. Setelah penempatan mereka di roboh pada tahun 2004, mereka dipindahkan ke Flat ini dengan sewa bulanan sebanyak RM 124.00 sebulan. Malam tadi saya berkesempatan menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj di Surau Flat ini. Surau yang bernama "Silatur Rahim" ini hanyalah surau sementara. Insya Allah mereka bakal memiliki surau baru dalam sedikit masa lagi. Ceramah bermula pukul 8.03 minit Rupa-rupanya jemaah surau ini ramai orang Negeri Sembilan. Justeru tidak ada masalah jika saya menggunakan loghat Negeri Sembilan dari mula sampai akhir sepanjang menyampaikan ceramah. Tepat pukul 9.10 malam, saya menamatkan ceramah. Saya tidak boleh mengambil masa lama kerana bimbang terlepas komuter terakhir untuk balik ke Seremban. Tuan Haji Mansor bin Minal (berbaju hijau) Selepas menikmati jamuan, saya dihantar oleh Tuan Haji Muazzan ke Stesyen Komuter Bank Negara. "

Pengalaman menduduki peperiksaan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Image
Semalam saya menghadiri peperiksaan bertulis dan lisan sebagai Guru Pembimbing Ibadah Haji di Kompleks Haji Kelana Jaya. Bila sampai, saya melihat ramai Ustaz dan Ustazah sudah menunggu sejak awal pagi. Mereka datang dari seluruh Negara. Ada yang sedang membaca nota, ada yang sedang berbual-bual dalam bahasa Arab dan ada juga yang relaxs sahaja. Di kalangan mereka ada yang memiliki jazah Master dari dalam mahu pun luar Negara. Latar belakang kerjaya juga agak hebat, ada yang berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di JAKIM, ada yang bekerja di Jabatan-Jabatan Agama Islam, ada yang berpangkat Mejar dalam KAGAT, ada Pensyarah-pensyarah IPTA, ada bekas Qadhi, ada bekas Pengetua Sekolah Ma’had dan ramai lagi. "Anta kerja di mana ?", tanya saya bila berjumpa seorang Ustaz dari Seremban. "Ana kerja sebagai Pensyarah di Institut Perguruan Raja Melewar", jawabnya. Saya cuba melihat diri saya….., Masya Allah… siapalah saya jika dibandingkan dengan mereka

Kuliah Penghayatan Ramadhan

Image
Esok Cikgu Hasmol Watan Shamsol (Ketua Warden SMV Ampangan) akan berpindah ke Melaka Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [183]Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. “[184] Huraian ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa….” Ayat ini tur

Ceramah Israk Mikraj di Kg Ismail : Berkata benar walaupun pahit !

Image
Memulakan ceramah Apabila Rasulullah saw balik dari pengembaraan Israk wal mikraj, Ummu Hani’ melarang baginda menceritakan kisah ini kepada orang ramai. Dia bimbang orang ramai tidak akan percaya dengan cerita Rasulullah saw. Antara yang hadir Namun yang benar tetap benar. Rasulullah saw tetap bertegas untuk menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko akan kehilangan pengaruh. Baginda sedar apa yang dilakukannya adalah betul. Umatnya perlu diberitahu kisah ini, sama ada mereka percaya atau tidak, biarlah Allah SWT yang menentukan. Kelihatan Tuan Haji Hashim bin Jasa Sudah menjadi fitrah, sesuatu yang benar itu mesti ada penentangnya. “Tak logiklah”, kata Abu Jahal. “Susah nak percaya”, kata orang munafik. “Sampai mati pun aku tak akan percaya”, kata seorang lagi penentang kebenaran. Maka benarlah, kisah Israk wal Mikraj yang disampaikan oleh Rasulullah saw telah menjadi fitnah dan ujian kepada masyarakat. Ramai warga emas Firman Allah SWT, Maksudnya : “…..dan tiada

Ke Bangunan Telekom, Kuala Lumpur

Image
Bilik Mesyuarat Rajawali tkt 3A, Bukit Mahkamah KL. Tiga minggu lepas saya dihubungi oleh En. Fuzi bin Tajuddin, ahli jemaah surau Taman Desa Beringin Sikamat. Beliau menjemput saya menyampaikan ceramah Israk Wal Mikraj di Bangunan Telekom Bukit Mahkamah Kuala Lumpur. “Ustaz, saya nak tanya pada 21hb Julai 2010, pukul 11.30 pagi Ustaz free tak ?”, tanyanya. “Insya Allah, free ”, jawab saya. Menaiki komuter Justeru, hari ini saya ke Kuala Lumpur. Saya bertolak dari stesyen Komuter Seremban pukul 9.00 pagi dan sampai di perhentian Bank Negara tepat 10.30 pagi. Seminit kemudian, Tuan Haji Muazzan menjemput saya ke lokasi yang dimaksudkan. Ceramah habis pukul 1.15 tengah hari kemudian diikuti sesi soal jawab. Menikmati jamuan makan tengah hari Selepas makan tengah hari dan solat Zuhor berjemaah, Tuan Haji Muazzan menghantar saya kembali ke Stesyen Komuter Bank Negara untuk pulang ke Seremban. Terima kasih kepada warga Telekom Kuala Lumpur. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Mu

Bertandang ke Labu

Image
Menjelang waktu Maghrib Sebenarnya ada dua isi yang hendak saya sampaikan di Masjid Qaryah Gadong Jaya, Labu pada malam ini. Namun oleh kerana masa terbatas, saya cuma sempat menyentuh mengenai solat sahaja. 1. Orang yang tidak solat Rasulullah saw melihat satu golongan yang menghempap-hempapkan kepala mereka dengan batu yang besar. Setiap kali mereka menghempapkan kepala mereka dengan batu sehingga pecah , kepala mereka akan bercantum kembali seperti sediakala dan mereka akan mengulangi perbuatan itu dengan tidak henti-henti . Maka Baginda pun bertanya kepada Jibril, "Siapakah gerangan ini wahai Jibril?'. Malaikat Jibril menjawab : "Merekalah golongan yang berat kepalanya untuk mengerjakan sembahyang Fardu". Betapa hinanya orang yang meninggalkan solat seperti yag dikisahkan di zaman Nabi Musa a.s. Di zaman ini, ada seorang sepasang suami isteri yang sudah lama berumahtangga , namun tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik di dalam hati suami untuk bernazar.

Israk wal Mikraj : Pergi dengan roh, jasad atau kedua-duanya sekali ?

Image
Peristiwa Israk wal Mikraj merupakan mukjizat kedua terbesar Nabi Muhammad saw selepas Al-Quran. Musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang kafir dan munafik mengambil peluang untuk menyerang peristiwa ini bersandarkan beberapa hujah. Antaranya mereka berpendapat bahawa peristiwa Israk wal Mikraj hanyalah sekadar mimpi Rasulullah saw yang hanya melibatkan roh, bukannya jasad. Mereka menggunakan dalil Al-Quran surah al-Israa ayat 60, Firman Allah SWT, “…..dan tiadalah Kami menjadikan mimpi pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia …” (60) Dalam ayat ini Allah SWT menggunakan perkataan ar-Rukya ; jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ertinya penglihatan dalam mimpi. Mimpi hanya melibatkan roh bukannya jasad. Ia berlaku apabila seseorang itu tidur dan di luar kesedaran manusia. Dalam menjawab persoalan ini seorang ulama terkenal yang bernama Sheikh Mutawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya ‘Isra wal Mikraj’ menyataka

Sepetang di Sek Men Keb Tunku Ampuan Najihah

Image
Sudah 14 tahun isteri saya mengajar di Sek Men Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah Seremban (SMKTAN). Sepanjang tempoh itu dia tidak pernah menjemput saya untuk menyampaikan ceramah agama di sekolahnya. “ Selagi Na ada di sekolah itu, abang tak boleh datang beri ceramah sebab Na rasa malu dengan kawan-kawan kalau ceramah abang tak sedap”, kata isteri saya. Tiga hari lepas Ustazah Afzilah dari sekolah ini menelefon isteri saya, bertanya sama ada saya free atau tidak pada hari Selasa 13.7.2010 jam 2.30 petang kerana hendak menjemput menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj. Isteri saya pun menyampaikan pesanan ini kepada saya. Respon saya, “Hai…, selama ini awak melarang abang berceramah di sekolah awak, kenapa tiba-tiba kali ini bertukar fikiran ?”. “Kali ini tak pa.., sebab Na bukan ada di sekolah pun ”, jawab isteri saya. Isteri saya sedang cuti bersalin anak kelima dan insya Allah cutinya masih berbaki sebulan lagi. Justeru, petang tadi saya pun bertandang ke Sekolah ini untu

Israk wal Mikraj dan RIBA

Image
Adakah anda pergi ke masjid dan surau dengan kenderaan yang dibeli dengan cara riba. ? Atau insuran kenderaan anda dibeli dengan syarikat yang mengamalkan riba ? Atau rumah yang dihuni turut dibiayai oleh perbankan riba ? Barangsiapa yang terlibat dengan riba atau bersubahat dengan amalan riba maka azab Allah SWT amat pedih. Hidupnya di dunia tidak berkat. Mereka seperti sedang berperang dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 278-279, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.(278) Maka jika kamu tidak meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu, dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya"(279) Ambillah iktibar dari kisah Israk wal Mikraj. Dalam peristiwa ini Rasulullah saw saw telah melihat sebuah sungai darah yang m

Berkunjung ke Felda Bukit Rokan Utara

Image
Bergambar di hadapan Masjid Felda Bukit Rokan Utara Kata orang tua-tua jauh perjalanan luas pemandangan. Malam tadi saya ke Masjid Felda Bukit Rokan Utara kerana memenuhi undangan menyampaikan ceramah Israk Wal Mikraj. Tiga minggu lepas, sebelum pihak Masjid mengesahkan jemputan, mereka bertanyakan maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan nombor surat tauliah mengajar untuk tujuan semakan dan tapisan di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. “Wah ketat betul prosedur untuk berceramah di masjid ini”, tanya saya. “Bukan apa ustaz…, saya hanya menjalankan arahan seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Masjid “, kata Ust Osman bin Hasan Guru Agama Felda yang menghubungi saya. Suasana menjelang waktu Maghrib Setelah rujukan dan tapisan di buat, barulah Ust Osman menghubungi saya mengesahkan jemputan tersebut. "Berapa bayarannya Ustaz ?", tanya Ust Osman. "Terpulanglah kepada pihak Masjid, saya tidak meletakkan sebarang bayaran, lagi pun saya ini bukanlah p

Berkuliah di surau As-Siddiq

Image
Isnin lepas, saya dihubungi oleh Tuan Haji Muazzan, pegawai khas Ybhg Al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus untuk menggantikan beliau menyampaikan kuliah bulanan di Surau As-Siddiq Taman Tun Hussein Onn Cheras, pada Rabu 7.7.2010. Program ini khas untuk kaum wanita. Tuan Haji Muazzan sempat menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ybhg Al-Fadhil Dato' untuk bercakap dengan saya. Tergamam rasanya bila bercakap dengan tokoh ulama yang disegani seluruh Malaysia. Tak tahu nak cakap apa. "Anta tolong gantikan tempat ana kuliah ya. Satu perkara lagi, ana nak tanya bila anta nak tambah isteri ?", gurau Ybhg Al-Fadhil Dato'. Saya tidak sedar apa yang saya jawab. Yang saya ingat, "Ok Dato'", dua perkataan ini sahaja. Kuliah bermula pada pukul 3.15 petang. Saya bertolak dari rumah selepas solat Zuhor di Masjid Qaryah Sikamat. Parking kereta di Surau Taman Sri Pulai. Kemudian menaiki Toyota Avanza milik Tuan Haji Muazzan dan sampai kedestinasi pukul 2.40 peta

Sebuah cerpen… Menanti Azan Subuh.

Image
Tik tok, tik tok, tik tok … jam loceng Pak Hashim berdetik dan terus berdetik. Sudah pukul tiga pagi rupanya. Malam ini Pak Hashim tidak dapat melelapkan mata. Dia terkenangkan dua orang anaknya iaitu Hasan yang sedang menjalani rawatan di Pusat Serenti Dadah Tampin, manakala anak bongsunya pula Halim seorang usahawan yang tinggal di Kuala Lumpur. Isteri Pak Hashim sudah lama meninggal dunia, lima tahun yang lalu. Kini Pak Hashim tinggal keseorangan di Kg Pilin Rembau Negeri Sembilan. “Esok aku mahu melawat Halim. Semenjak dia berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun lepas dia tidak pernah mengirim berita . Ah ! mungkin dia sedang sibuk dengan urusan bisnesnya”, senyum Pak Hashim cuba memujuk hatinya yang kecewa. Keesokkan harinya Selepas bersarapan pagi, berangkatlah Pak Hashim ke Kuala Lumpur untuk menemui anak bongsu kesayangannya yang dirindui selama ini. Sampai di perhentian Pudu Raya, dengan berbekalkan alamat yang diberi Pak Hashim menyewa sebuah teksi lalu menuju ke Tama

Cuti penggal kedua pun bermula

Image
Minggu depan saya mula bercuti selama enam minggu. Bermakna Kolej Tuanku Jaafar hanya akan di buka semula pada pertengahan Ogos nanti. Besok hari terakhir bagi penggal kedua. Semua guru di sini sedang sibuk mengemaskan barang-barang. Buku-buku mula di susun kemas dan dimasukkan ke dalam almari. Mood mengajar sudah tidak ada. Di wajah guru-guru terukir senyuman gembira. Mungkin dalam hati sudah tidak sabar-sabar mahu bercuti agaknya. Cuti sebulan setengah, masing-masing sudah ada rancangannya tersendiri. Ada yang mahu pergi melancong, ada yang hendak menyelam di Pulau Sipadan, ada yang hendak pergi Umrah, ada yang hendak panjat Gunung Kinabalu dan bermacam-macam lagi. Saya pula tidak boleh pergi kemana-mana kerana anak-anak bersekolah. Biarlah saya dengan aktiviti saya di rumah. Esok hari Speech Day di Kolej Tuanku Jaafar. Orang-orang penting Kolej seperti YAM Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar serta kaum kerabat Negeri Sembilan turut hadir. Dan seperti biasa saya ak

Cara ringkas mengerjakan Umrah

Image
Puan Zuraidah Omar, Guru Bahasa Melayu Kolej Tuanku Jaafar bakal mengerjakan Umrah pada pertengahan bulan Julai ini. Baru-baru ini beliau meminta saya menyampaikan taklimat ringkas kepadanya sekitar 30 minit, bagaimana mahu mengerjakan Umrah. Bertempat di perpustakaan Kolej dan bersaksikan beberapa orang pelajar saya mula menjalankan kewajipan mengajar orang yang tidak tahu. "Kenapa Puan tidak mahu pergi ke kursus intensif ?", soalan pertama saya. “ I bukan tak nak pergi kursus Ustaz …, tapi I tak ada masa”, dia memulakan bicara. “Oklah, sebelum itu saya mahu tanya, Puan pergi ke mana dulu, Mekah atau Madinah ?”, soalan saya seterusnya. “Madinah”, jawabnya ringkas. “O.k, setelah Puan selesai menziarahi Madinah, sebelum bertolak ke Mekah, Puan digalakkan mandi sunat Ihram di Hotel. Niatnya sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Taala. Selepas itu Puan pakai telekung”, kata saya. Dia mengangguk. “Kemudian Puan naik bas bertolak ke Mekah. Lebih kur